Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan Bantuan Bina Rumah (BBR) kepada golongan asnaf yang memenuhi syarat kelayakan dan permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun di pautan https://shorturl.at/LqqAE.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Bina Rumah (BBR)

Bantuan Bina Rumah (BBR) merupakan salah satu program bantuan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi skim bantuan perumahan tanpa bayaran.

Ini bertujuan membantu golongan asnaf di Negeri Perak memiliki tempat tinggal yang selamat, sempurna, dan selesa.

Pemberian bantuan ini adalah khusus untuk membina rumah baharu bagi menggantikan rumah lama yang terlalu uzur, tidak selamat didiami, atau untuk pemohon yang tidak mempunyai rumah tetapi memiliki sebidang tanah sendiri.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2026.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Agama : Beragama Islam
  2. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  3. Pemastautin : Bermastautin di Negeri Perak sekurang-kurangnya 2 tahun
  4. Pendapatan : Pendapatan isi rumah tidak melebihi Had Kifayah
  5. Kategori Asnaf : Tergolong dalam kategori Asnaf Fakir, Miskin atau Muallaf
  6. Umur : Ketua Isi Rumah berumur 45 tahun dan ke atas
  7. Keadaan Rumah : Rumah yang diduduki berada dalam keadaan usang, tidak selamat atau tidak sesuai didiami

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila muat turun di pautan di pautan https://shorturl.at/LqqAE.

Permohonan mestilah mengikut prosedur berikut:

  • Pemohon hendaklah mengisi borang yang berasingan sekiranya memohon lebih daripada satu skim bantuan.
  • Borang ini mesti diisi dengan menggunakan huruf besar.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport pasangan pemohon (jika berkahwin).
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah.
  • Salinan penyata pendapatan pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan pasangan pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga.
  • Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga.
  • Salinan Sijil Nikah / Cerai (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga).
  • Salinan Sijil Kematian (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga).
  • Salinan Surat Pengesahan Sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga).
  • Salinan Kad Memeluk Islam (bapa / penjaga, ibu / pasangan penjaga)
  • Salinan geran tanah.
  • Surat Akuan Bersumpah kebenaran pemilik tanah.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Bina Rumah (BBR) MAIPk?

Bantuan Bina Rumah (BBR) merupakan salah satu program bantuan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi skim bantuan perumahan tanpa bayaran.

Bilakah tarikh permohonan bantuan bina rumah ini dibuka?

Tarikh permohonan bantuan bina rumah ini dibuka pada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2026.

Apakah kategori asnaf yang layak memohon bantuan ini?

Kategori asnaf yang layak memohon adalah asnaf Fakir, Miskin atau Muallaf.

Jika saya berumur 30 tahun dan merupakan ketua isi rumah, adakah saya layak untuk memohon?

Tidak. Ketua Isi Rumah mestiklah berumur 45 tahun dan ke atas sahaja.

Apakah keadaan rumah yang melayakkan saya menerima bantuan ini?

Keadaan rumah yang diduduki mestilah berada dalam keadaan usang, tidak selamat atau tidak sesuai didiami.

Saya baru berpindah ke Perak kurang daripada 2 tahun, adakah saya layak?

Syarat menetap ialah sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun, pengecualian boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus MAIPk bagi keadaan tertentu.

Bagaimanakah saya boleh memuat turun borang permohonan untuk memohon?

Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan https://shorturl.at/LqqAE.

Berapa lama tempoh kelulusan selepas borang dihantar?

Tempoh kelulusan bergantung kepada proses semakan dan kelulusan pihak MAIPk. Pemohon akan dimaklumkan setelah keputusan dibuat.

Adakah bantuan ini untuk bina rumah baharu atau baik pulih rumah sedia ada?

BBR adalah bantuan bina rumah baharu di atas tanah milik penuh pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Bina Rumah (BBR) MAIPk, sila layari laman web https://www.maipk.gov.my/.

    Baca juga: BSN MyHome-i SJKP-MADANI : Pembiayaan Rumah Pekerja Gig & Kontrak

    Penulis