Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka secara rasmi dan serentak di seluruh negara pada 4 Januari 2027.
Ibu bapa dan penjaga boleh menyemak butiran kalendar akademik 2027/2028 serta jadual cuti perayaan utama melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagi memastikan kelangsungan kalendar akademik yang kembali ke kitaran asal (Januari–Disember), KPM juga telah menetapkan bahawa sesi persekolahan untuk tahun berikutnya akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.
Tarikh Buka Sekolah Sesi 2027/2028
Untuk makluman, sesi persekolahan bagi Penggal 1 sesi akademik 2027/2028 akan bermula pada tarikh berikut:
| Kumpulan Negeri | Negeri-Negeri Terlibat | Tarikh Buka Sekolah | Tarikh Akhir Sesi Sekolah |
|---|---|---|---|
| Kumpulan A | Kedah, Kelantan, Terengganu | 4 Januari 2027 | 2 Disember 2027 |
| Kumpulan B | Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya | 4 Januari 2027 | 3 Disember 2027 |
Ibu bapa boleh rujuk Kalendar Akademik Sesi 2027/2028 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah:


Berdasarkan Kalendar Akademik Tahun 2027 di atas, berikut ialah senarai lengkap cuti penggal dan cuti tambahan perayaan KPM sepanjang tahun 2027:
Kumpulan A:
- Cuti Penggal 1: 5 Mac 2027 – 13 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun: 21 May 2027 – 5 Jun 2027
- Cuti Penggal 2: 27 Ogos 2027 – 4 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan: 3 Disember 2027 – 31 Disember 2027
Kumpulan B:
- Cuti Penggal 1: 6 Mac 2027 – 14 Mac 2027
- Cuti Pertengahan Tahun: 22 May 2027 – 6 Jun 2027
- Cuti Penggal 2: 28 Ogos 2027 – 5 September 2027
- Cuti Akhir Persekolahan: 4 Disember 2027 – 31 Disember 2027
Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2027/2028 KPM
Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2027/2028 yang diumumkan oleh KPM.


Sumber: https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik-semasa
Muat Turun PDF Kalendar Akademik & Cuti Perayaan Tambahan KPM 2027/2028
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tarikh Buka Sekolah 2027
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai sesi persekolahan termasuklah cuti sekolah 2027 di saluran rasmi berikut:
- Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Sesi persekolahan 2027 akan dibuka secara serentak di seluruh negara pada 4 Januari 2027 bagi kedua-dua Kumpulan A dan Kumpulan B.
Ya. Bermula sesi 2027, kalendar akademik KPM telah berjaya dipulihkan sepenuhnya untuk bermula pada bulan Januari dan tamat pada bulan Disember, seperti sebelum era pandemik.
Perayaan Hari Raya Puasa 2027 (jangkaan 10 & 11 Mac 2027) jatuh di dalam tempoh Cuti Penggal 1, Sesi 2027. Oleh itu, murid-murid memang sudah berada dalam tempoh cuti sekolah panjang semasa perayaan tersebut.
Hari Deepavali bukan merupakan hari kelepasan am rasmi di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, KPM memperuntukkan satu (1) hari cuti tambahan khas untuk Sarawak iaitu pada 28 Oktober 2027 (Khamis).
Ibu bapa dan pihak sekolah boleh menyemak dan memuat turun takwim rasmi berserta jadual cuti penggal yang lengkap melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).




