Rayuan SBP dan Sekolah Khusus 2026 boleh disemak oleh ibu bapa dan pelajar yang telah membuat permohonan rayuan bagi mengetahui status penempatan yang terkini. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan bermula 6 hingga 10 Februari 2026. Semakan Kemasukan & Permohonan Rayuan ke SBP & SMKA 2026 di pautan ini : Tingkatan 1 / Tingkatan 4.
Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga murid disarankan untuk mengambil maklum tarikh-tarikh penting berkaitan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi 2026.
Menurut INFO KPM, semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus melibatkan murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM telah mula diumumkan pada 26 Disember 2025.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2026


Semakan SBP 2026 boleh dibuat secara online melalui URL berikut bermula 26 Disember 2025.
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP, SMKA) SESI 2026
Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan menerusi pautan berikut :
- Untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
Berikut merupakan contoh butiran yang disediakan :

Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.

RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP, SMKA) SESI 2026
Bagi calon yang tidak berjaya, keputusan akan dipaparkan dalam teks berwarna merah dan hanya menunjukkan status berjaya atau tidak berjaya, bukannya keputusan penuh atau markah terperinci. Paparan ini adalah normal dan tidak bermaksud terdapat ralat dalam sistem.
Sekiranya permohonan awal tidak berjaya dan anda ingin membuat rayuan, peluang masih terbuka.
- Tempoh rayuan dibuka dari 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026.
Rayuan mestilah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan yang lewat biasanya tidak akan dipertimbangkan, jadi ibu bapa disarankan bertindak segera. - Keputusan rayuan boleh disemak dari 6 Feb hingga 10 Feb 2026. Semak di pautan ini:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my atau terus ke pautan pantas https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my atau terus ke pautan pantas https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
- Tarikh pendaftaran pula pada 10 Februari 2026.
Sementara menunggu keputusan rayuan, ibu bapa dinasihatkan untuk menyediakan pilihan sekolah harian sebagai pelan sandaran (back-up).
Langkah ini penting bagi mengelakkan kelewatan pendaftaran sekiranya rayuan tidak berjaya. Dengan persediaan awal, proses kemasukan ke sekolah alternatif boleh dilakukan dengan lebih lancar.
Jangan lupa untuk menghantar borang feeder school atau melengkapkan urusan pendaftaran lain yang berkaitan. Ini bagi memastikan anak tidak tercicir daripada sistem pendidikan sekiranya perlu mendaftar di sekolah lain selain SBP atau SMKA.
Garis Masa Permohonan Tingkatan 1 & 4
Berikut ialah garis masa penting Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Khusus (SBP, SMKA & MRSM) bagi Tahun 2026 sebagai panduan ibu bapa dan calon agar tidak terlepas tarikh penting sepanjang proses permohonan hingga pendaftaran:
1 Ogos – 7 Sept 2025
Permohonan PKSK Tingkatan 1 dibuka
8 Sept 2025
Permohonan PKSK Tingkatan 1 ditutup
12 Sept – 17 Okt 2025
Semakan pusat PKSK Tingkatan 1
6 Okt – 17 Okt 2025
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1
26 Dis 2025
Semakan tawaran Tingkatan 1 Tahun 2026
26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
Tempoh Rayuan Dibuka
13 Jan 2026
Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2026
6 – 10 Feb 2026
Semakan Keputusan Rayuan
10 Feb 2026
Tarikh Pendaftaran

Pakej Yang Ditawarkan di SBP / SMKA
1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
Objektif pelaksanaan pakej ini di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Di SBP murid akan didedahkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran elektif, murid wajib untuk mengikuti mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Di samping itu, mata pelajaran wajib yang perlu diikuti ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
SBP yang melaksanakan pakej ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Pelaksanaan pakej ini dapat memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kurikulum ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Bagi mata pelajaran elektif pula, murid diwajibkan mengikuti Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Di samping itu, murid akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT))
Pelaksanaan Kurikulum Model Ulul Albab (TMUA) di SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:
i. menghafaz 30 juzuk Al-Quran;
ii. profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan;
iii. memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan
iv. boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Pakej TMUA ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi , Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
2) SMKA
PAKEJ MATA PELAJARAN SMKA
| MATA PELAJARAN | PAKEJ STEM | PAKEJ SASTERA DAN KEMANUSIAAN |
|---|---|---|
| Teras | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah |
| Elektif Pengajian Islam | Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah | Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah |
| Elektif Bahasa | Bahasa Arab | Bahasa Arab |
| Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan | Fizik Kimia Biologi Matematik Tambahan | |
| Elektif Sains Gunaan dan Teknologi | Sains Komputer Grafik Komunikasi Teknikal | |
| Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas | Prinsip Perakaunan Perniagaan Ekonomi Geografi |
ENDEKATAN TMUA
Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga (3) aspek iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik:
i. Quranik – Murid menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar (BIFFAS). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran;
ii. Ensiklopedik – Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akan datang; dan
iii. Ijtihadik – Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif.
Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan kokurikulum.
PAKEJ MATA PELAJARAN TMUA (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
| MATA PELAJARAN | PAKEJ STEM TMUA (Sains) |
|---|---|
| Teras | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam |
| Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan | Fizik Kimia Biologi Matematik Tambahan |
| Elektif Pengajian Islam | Hifz Al-Quran Maharat Al-Quran |
| Elektif Bahasa | Bahasa Arab |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Soalan Lazim – Semakan MRSM 2026
Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026 dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025, melalui pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 26/12/2025 melalui pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014, manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.
Pemilihan murid dibuat mengikut dasar pengambilan dan kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa dan diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.
– Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan Buku Tawaran yang disertakan.
– Buku Tawaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak SBP semasa hari pendaftaran.
– Sekiranya maklumat dalam Buku Tawaran tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk TIDAK mendaftarkan murid dan menolak pendaftaran tersebut.
Tawaran ini adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan untuk bertukar ke SBP lain tidak akan dipertimbangkan.
Murid perlu mendaftar pada 13/01/2026 di SBP yang ditawarkan.
Sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah SBP yang ditawarkan
Boleh. Murid yang melapor diri ke SBP dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah menengah harian semasa hari pendaftaran.
Boleh. Murid boleh membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis serta peralatan pembelajaran lain yang telah dimiliki ke SBP yang ditawarkan
Benar. Seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada di SBP, sekolah khusus atau MRSM.
TIDAK BOLEH. Berdasarkan sistem single entry point, murid hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja di mana-mana sekolah khusus atau MRSM yang dipilih semasa permohonan.
BENAR. Sekiranya didapati bahawa seorang murid yang ditawarkan ke SBP telah memalsukan sebarang maklumat termasuk laporan perubatan, tawaran kemasukan tersebut boleh dibatalkan serta-merta.
TIDAK. Hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.
e-Rayuan mula dibuka pada 26/12/2025 sehingga 13/01/2026.
Tarikh semakan keputusan rayuan diumumkan dari 6 – 10 Feb 2026
Semasa proses e-Rayuan, pemohon dibenarkan membuat tiga pilihan sekolah.
BOLEH. Walau bagaimanapun, penawaran bagi e-rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP yang dipilih.
TIDAK. Penawaran ke TMUA hanya untuk murid yang berjaya dalam temu duga.
Mesyuarat Pengurusan BPSBP telah membuat keputusan agar sekolah-sekolah berikut dikeluarkan daripada senarai rayuan:
i. Sekolah Seri Puteri
ii. Kolej Tunku Kurshiah
iii. Sekolah Tun Fatimah
iv. Sekolah Sultan Alam Shah
v. Kolej Melayu Kuala Kangsar
vi. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
vii. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (TMUA)
viii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (TMUA)
ix. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (TMUA)
x. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (TMUA)
Penawaran telah dibuat secara maksimum di sekolah-sekolah tersebut. Rekod tahun-tahun sebelum ini menunjukkan bahawa semua calon yang ditawarkan pada ambilan pertama akan melapor diri. Hal ini juga memberi ruang untuk perayu memilih sekolah yang lain bagi mengelakkan pemohon merayu pada sekolah yang telah penuh.
Oleh itu, semua perayu diminta untuk membuat rayuan ke sekolah-sekolah lain bagi membolehkan BPSBP mengenal pasti pemohon yang masih berminat untuk ditawarkan ke SBP.
Sekiranya calon memenuhi kelayakan dan terdapat kekosongan di mana-mana sekolah yang disenaraikan di atas, pertimbangan penawaran tetap akan dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya calon tidak mengemukakan rayuan semasa proses e-Rayuan, BPSBP akan menganggap calon tidak lagi berminat untuk ditawarkan ke mana-mana SBP.
Keputusan RAYUAN pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 06/02/2026 – 10/02/2026 melalui pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
Mohon rujuk pihak sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan bayaran lain yang berkaitan.

Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:
a. e-mel – [email protected]
b. Talian Rasmi – 0383217400
(Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
Baca juga:




