Advertisements

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023

Advertisements

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM SESI 2022 / 2023

Makluman buat ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM, keputusan tawaran telah diumumkan pada 9 Mac yang lalu.

Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan sehingga 15 Mac 2022.

Permohonan rayuan MRSM dibuka secara atas talian (online) melalui laman web MARA.

Berikut dikongsikan pautan dan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan kemasukan MRSM secara atas talian.

semakan mrsm 2021

Baca juga: PICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 – 11 Tahun Di MySejahtera

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2022 / 2023

Untuk makluman, permohonan rayuan ke MRSM kini dibuka dari 9 Mac hingga 16 Mac 2022 secara dalam talian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2022.

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

  1. Login dan buat semakan keputusan di pautan
  2. Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online
  3. Jika tiada butang rayuan, maksudnya:
    • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
    • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
    • *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM Sesi 2022 / 2023

Keputusan permohonan rayuan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.

semakan keputusan rayuan mrsm

Jika anda tidak menerima sebarang maklumbalas SELEPAS 31 MEI 2022, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022

Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022 di bawah:

semakan mrsm
semakan mrsm
semakan mrsm
Bilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat?

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 9 Mac 2022.

Semakan kedua tawaran kemasukan ke MRSM pula akan dibuka mulai 12.30 tengah hari, 18 April 2022.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran?

Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjtunya yang perlu diambil?

Tindakan selanjutnya yang perlu diambila adalah:
1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran

2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.

4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 11 April 2022.

Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui?

Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan.
Sekiraya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment