Rayuan SBP dan Sekolah Khusus 2026 boleh disemak oleh ibu bapa dan pelajar yang telah membuat permohonan rayuan. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan bermula 6 hingga 10 Februari 2026 bagi mengetahui status penempatan yang terkini. Semakan Kemasukan & Permohonan Rayuan ke SBP & SMKA 2026 di pautan ini : Tingkatan 1 / Tingkatan 4.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi sesi 2026.
Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2026
Menurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat pada tarikh berikut:
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN
- Tarikh rayuan : Mulai 26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
- Tarikh semakan keputusan rayuan : 6 – 10 Feb 2026
- Tarikh pendaftaran : 10 Februari 2026
Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2026.
Pautan Semakan Rayuan SBP 2026
INFO KPM: Semakan Kemasukan & Permohonan Rayuan ke SBP & SMKA 2026
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my atau terus ke pautan pantas https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my atau terus ke pautan pantas https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.


Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Cara Permohonan Rayuan
Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.
- e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.

NOTA:
- Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
- Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan
Baca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia
Tips Tambahan & Contoh Surat Rayuan – Perkongsian Ibu Bapa
Menurut sebuah perkongsian seorang pengguna di Facebook, ibu bapa juga boleh membuat permohonan rayuan melalui surat secara manual.
Di sini kami kongsikan posting beliau:


Link post asal: https://www.facebook.com/groups/787042404964321/posts/2202444673424080/
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada calon-calon agar terus membuat rayuan dan tidak berputus asa walaupun masih belum mendapat tempat di Sekolah Khusus.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan SBP dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk saluran di bawah:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/
ATAU
Hubungi hotline 03-8000 8000
Soalan Lazim – Rayuan SBP
Semakan boleh dibuat oleh ibu bapa dan pelajar yang telah mengemukakan permohonan rayuan kemasukan ke SBP dan Sekolah Khusus bagi sesi 2026.
Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan bermula 6 hingga 10 Februari 2026.
Tarikh penting adalah seperti berikut:
Tarikh rayuan: 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026
Tarikh semakan keputusan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Tarikh pendaftaran: 10 Februari 2026
Sekolah Khusus merangkumi beberapa jenis sekolah berikut:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Semakan dan permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut peringkat berikut:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/
Pemohon perlu melayari portal SPSK mengikut tingkatan, kemudian klik pada butang E-Rayuan yang disediakan.
Pemohon perlu mengisi nombor MyKad/MyKid pelajar serta nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam sistem APDM.
Ya, pemohon perlu memilih senarai SBP yang diinginkan semasa mengisi permohonan rayuan dalam sistem e-Rayuan.
Semakan dalam tempoh yang ditetapkan penting bagi memastikan pemohon tidak terlepas maklumat status penempatan dan proses pendaftaran bagi sesi akademik 2026.
Baca juga:




