Keputusan MUET bagi Sesi 3 Tahun 2025 akan diumumkan pada 27 Januari 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, termasuk permohonan rayuan semak semula keputusan MUET 2025. Calon boleh membuat semakan melalui portal rasmi semakan MUET.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.
Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2025
KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 3 TAHUN 2025
Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan bahawa keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2025 boleh disemak mulai 27 Jan 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi.
Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

- KAEDAH SEMAKAN ONLINE
- Pautan semakan keputusan : https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
- Pautan rayuan semak semula keputusan: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss/
- KAEDAH SEMAKAN MELALUI SMS
- Bagi semakan melalui SMS, anda boleh taipkan : MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888
- Jika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel ke: [email protected]
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.
- Permohonan dibuka bermula 27 Jan 2026 (10 pagi) hingga 31 Jan 2026 (11.30 malam) di portal rasmi rayuan MUET.
- Calon perlu mengisi permohonan dan membuat bayaran secara atas talian melalui sistem ini.
- Jika calon menghadapi masalah tentang pembayaran/sistem permohonan secara dalam talian sila e-mel ke [email protected].
- Pertanyaan selain masalah pembayaran/sistem permohonan secara dalam talian sila hubungi MPM di talian 0361261691/1692 atau e-mel ke [email protected].
- Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia selepas 20 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja
Komponen Ujian MUET
Peperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:
- Listening (30 minit)
- Speaking (30 minit)
- Reading (90 minit)
- Writing (90 minit)
Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Pendaftaran MUET 2026
Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara dalam talian (online).
Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia .
Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2026 Bagi Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM bagi komponen Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia
atau
hubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.
Soalan Lazim – Semakan MUET
Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.
Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.
Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM
Ya.
Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya.
Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.
Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
a)Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:
i)Melalui Portal MPM
ii)Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT dan hantar ke 15888.
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.
Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.
Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.
Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.
Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.
MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemerosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.
Baca juga:




