Rayuan MRSM, SBP dan Sekolah Khusus 2026 boleh disemak oleh ibu bapa dan pelajar yang telah membuat permohonan rayuan. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan bermula 6 hingga 10 Februari 2026 bagi mengetahui status penempatan yang terkini. Semakan Kemasukan & Permohonan Rayuan MRSM 2026 di pautan ini : Tingkatan 1 / Tingkatan 4.
Berikut dikongsikan pautan dan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan kemasukan MRSM secara atas talian.

Rayuan Kemasukan MRSM Sesi 2025 / 2026
Untuk makluman, permohonan rayuan ke MRSM dibuka dari 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2026.

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:
- Login dan buat semakan keputusan di pautan
- Semakan tawaran ke Tingkatan 1 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
- Semakan tawaran ke Tingkatan 4 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
- Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online
- Jika tiada butang rayuan, maksudnya:
- Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
- Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
- *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM Sesi 2025 / 2026
Keputusan permohonan rayuan MRSM sesi 2025 / 2026 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.
Bagi tahun 2026, permohonan rayuan MRSM bagi ambilan kedua dibuka bermula 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026, dan semakan keputusan diumumkan pada 6 – 10 Februari 2026.

Tips Permohonan Rayuan MRSM
TIP 1 : CONTOH SURAT PERMOHONAN RAYUAN MRSM
Kepada yang dah semak keputusan MRSM, jangan terburu-buru untuk tulis rayuan.
Tunggu dulu …bawa bertenang. Ambil masa untuk drafkan terlebih dahulu surat permohonan dan tulis baik-baik.
Dicadangkan agar surat permohonan ditulis dalam bentuk point supaya senang dan jelas untuk dibaca.
Tulis sebab kita merayu.
Contoh:
1. Anak sangat berminat dan berharap…
2. Anak menjadi contoh dan harapan keluarga ..
3. Berbangga menjadi warga MRSM yg mendokong….
4. Berminat dgn sistem pembelajaran di MRSM..
Buat kajian sikit tentang MARA ..then relatekan dgn rayuan anak.
Kepada yg tiada butang rayuan…sabar.
Sentiasa cek selalu link semakan selalu sebab kadang-kadang butang rayuan tiba-tiba muncul. Mungkin sebab dah ada yang menolak tawaran.
Boleh rujuk lampiran di bawah yang boleh anda olahkan semula dengan memilih isi-isi yang penting sahaja.
Good luck!


KREDIT FB Syafarina
TIP 2 : BAGAIMANA MRSM BOLEH MEMBANTU PENACPAIAN ANAK
Tentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu.
Kalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataam tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.
Jangan tulis meleret2. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.
Ceritakan apa yg MRSM boleh buat pada anak kita. Contohnya, nyatakan bagaimana MRSM boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana MRSM mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..
‘Saya’ dalam rayuan itu adalah anak.
Kredit: FB Tarmixi Hashim
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
- Telegram : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483
Soalan Lazim – Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2026
Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2026 di bawah:
Tarikh semakan kemasukan ke MRSM adalah dari 26 Disembr 2025 – 13 Januari 2026.
Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
Kategori status semakan permohonan adalah seperti berikut:
Status: Tahniah, Permohonan Berjaya
Penerangan: Calon lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan menerima tawaran ke MRSM.
Status: Permohonan anda tidak berjaya. Anda gagal dalam UKKM. Selamat Maju Jaya
Penerangan: Calon gagal disebabkan tidak memenuhi syarat.
Status: Sekiranya tidak menerima makluman tawaran melalui SMS atau semakan dalam sistem sebelum 13 Januari 2026, permohonan adalah tidak berjaya
Penerangan: Calon berada dalam status calon simpanan dan berpeluang ditawarkan penempatan secara berperingkat sekiranya terdapat kekosongan.
Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
i. Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh semakan yang dikeluarkan oleh MARA.
ii. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
iii. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
iv. Membuat bayaran yuran pendaftaran (Rujuk: Panduan Pendaftaran MRSM).
Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah TIDAK DIBENARKAN.
Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 13 Januari 2025.
Pengambilan adalah secara berperingkat mengikut merit. Oleh itu, calon yang tidak menerima sebarang tawaran melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebelum 13 Januari 2026, permohonan adalah tidak berjaya.
Permohonan tidak berjaya disebabkan:
i. Calon gagal dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
ii. Calon tidak menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
iii. Waris telah disenarai hitam oleh pihak MARA
(Rujuk: Bahagian Kawalan Kredit untuk semakan)
Sebarang rayuan secara bertulis atau melalui e-mel adalah tidak dibenarkan.
Baca juga:




