Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Kepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masing-masing diperuntukkan RM50 juta bagi usaha tersebut di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu).

Tanggungjawab bersama tersebut dilaksanakan secara bersepadu dengan KPKT bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) di luar kawasan pentadbiran PBT.

Inisiatif ini juga akan melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya di peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Antara lain yang terlibat adalah ialah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri terlibat banjir dan pihak berkuasa tempatan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan sekiranya terjejas banjir.

Apakah Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia?

Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah inisiatif membaik pulih dan membina semula rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Terdapat 3 fasa dalam inisiatif ini iaitu:

  • Fasa 1
    • Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
    • Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir
  • Fasa 2
    • Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .
  • Fasa 3
    • Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.
Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Kadar Bantuan

Kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;

  • RM15,000 – baik pulih rumah
  • RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)
  • RM68,000 – bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)

Cara Permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan sama ada untuk Pembaikan atau Pembinaan Rumah:

  1. Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.
  2. Permohonan akan disahkan oleh PKOB
  3. Permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana
  4. Pelantikan Agensi Pelaksanan
  5. Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri
  6. Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan

Sila rujuk infografik di bawah untuk info lanjut:

Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Baca juga:

Anggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan

Berikut adalah anggaran jangka masa siap pembaikan atau pembinaan rumah:

  • Pembaikan rumah
    • Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
  • Pembinaan rumah
    • Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

NOTA: Cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!