Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500

PROGRAM BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK SEDA RM500

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli hari ini telah mengumumkan 2 jenis program yang boleh dinikmati oleh Keluarga Malaysia iaitu

  1. Program SAVE 3.0
  2. Rebat Peralatan Elektrik SEDA (Bantuan Banjir)

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta). 

Jika anda tertanya-tanya atau keliru apakah perbezaan antara kedua-dua program ini, Program SAVE 3.0 boleh ditebus oleh semua rakyat Malaysia, manakala rebat RM500 ini khas untuk yang terjejas banjir.

NOTA:

  • Penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon oleh mereka yang terjejas banjir walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.
  • Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.
  • Jika anda ingin mengetahui tentang SAVE 3.0, sila rujuk artikel berikut: SAVE 3.0: Cara Penebusan Baucar Online Shopee & Pembelian Manual

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA RM500).

bantuan rebat elektrik banjir SEDA

Apakah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA?

Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi menggantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.

bantuan rebat elektrik banjir SEDA

Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah:

  1. Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
  2. Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.
  3. Kelayakan maksimum adalah berdasarkan 1 rebat untuk 1 akaun bil elektrik yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh Kerajaan.

SEMAKAN KELAYAKAN

Terdapat 2 kaedah untuk menyemak kelayakan anda iaitu:

  1. Anda boleh melayari laman web https://save.seda.gov.my/publics/banjir untuk menyemak status kelayakan anda, atau
  2. Pergi ke Kedai Berdaftar dan pekedai boleh membantu menyemak kelayakan anda.

Jumlah Bantuan Rebat Barangan Elektrik

Setiap isi rumah layak untuk mendapat maksimum rebat sehingga RM500 dengan pembelian peralatan elektrik keperluan harian.

Ia merangkumi barangan peralatan elektrik untuk kegunaan harian dan  yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.

Cara Memohon / Menebus Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Elektrik Domestik)

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk memohon / menebus rebat ini iaitu:

  • Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar (Anda boleh melayari  laman web mikro  save.seda.gov.my/publics/retailer untuk melihat senarai Kedai / pasar raya Berdaftar di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.
  • Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian (e-dagang – Shopee / Lazada / PG Mall).

Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.

NOTA:

Rebat ini boleh ditebus di Shopee di bawah Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).

Langkah membuat penebusan adalah seperti berikut:

Dokumen Yang Diperlukan

Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti dalam senarai berikut.

Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan;
  2. Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
  3. Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
    • Polis;
    • NADMA;
    • Pegawai Daerah;
    • Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
    • Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.
Bagaimana cara memohon bantuan ini jika saya tidak disenaraikan sedangkan terjejas dalam banjir.

Jika anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, anda boleh:
Menghubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atau
Membuat permohonan untuk dimasukkan dalam kemas kini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12) melalui;
i. Bantuan Kedai Berdaftar
ii. Semak kelayakan anda di laman web https://save.seda.gov.my/publics/banjir
Kelulusan permohonan kemas kini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan.

Bolehkah saya menebus e-rebat Program SAVE 3.0 jika telah menebus Bantuan Rebat Pembelian Elektrik SEDA ini?

Boleh, penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik. Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.

Namun, untuk permohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.

Penebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir.

Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.

Pekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem.

Berapa lamakah diambil untuk menebus rebat ini?

Pemohon yang layak boleh membuat penebusan secara terus pada hari yang sama melalui Kedai dan pasaraya Berdaftar atau platform e-dagang yang diiktiraf.

Bagaimana cara menghubungi pihak yang menguruskan program ini?

Anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:
Pasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Program SAVE
SEDA Malaysia
03-8870 5800

[email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web SEDA dan FAQ penuh di pautan berikut :

http://www.seda.gov.my/2021/12/program-rebat-bantuan-banjir-pembelian-barangan-elektrik/

ATAU

Anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:

Pasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik
Program SAVE
SEDA Malaysia
03-8870 5800

[email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!