WiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah

Sekiranya anda seorang ibu tunggal di Sabah, Wise Sabah merupakan laman we inisiatif Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang mesti anda akses.

Menjadi ibu tunggal sama ada sebab kematian suami atau berpisah hidup bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa menanggung anak-anak.

Walau bagaimanapun, hidup perlulah diteruskan demi masa hadapan anak-anak.

Laman Wise Sabah diwujudkan untuk memperjuangkan nasib para ibu tunggal di negara di bawah bayu ini.

Pendaftaran di wise Sabah

wise sabah

Harap maklum bahawa pendaftaran ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan bantuan (kewangan atau barangan).

Sebaliknya, pendaftara di laman Wise Sabah ini bertujuan untuk pengumpulan data wanita dan ibu tunggal di negeri ini sahaja.

Kategori Ibu Tunggal

  1. Balu (kematian suami) 
  2. Penceraian 
  3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah
  4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat 
  5. Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja)

Dokumen untuk pendaftaran

Memandangkan terdapat beberapa kategori ibu tunggal seperti senarai di atas, maka dokumen sokongan yang diperlukan juga berbeza bergantung kepada kategori ibu tunggal.

Berikut merupakan dokumen sokongan untuk pendaftaran mengikut kategori:

  1. Balu (kematian suami) – Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak
  2. Penceraian – Sijil Penceraian
  3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
  4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak
  5. Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) – Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan

Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses.

Cara pendaftaran

  1. Layari laman Wise Sabah di alamat https://wise.sabah.gov.my/
  2. Klik pada tab Daftara
  3. Masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emel
  4. Klik butang Daftar
  5. Muat naik dokumen seperti senarai di atas
  6. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!