RHB Online Banking : Login, Pendaftaran & Pengaktifan Kali Pertama

CARA PENDAFTARAN RHB ONLINE BANKING & LOGIN KALI PERTAMA

Jika anda merupakan pengguna RHB Bank atau anda berminat untuk menggunakan bank ini untuk tujuan perbankan atas talian, di sini kami kongsikan cara daftar RHB online dengan mudah dan cepat.

Apakah RHB Online Banking?

RHB Bank Berhad adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen untuk melaksanakan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan memiliki pejabat berdaftar di Level 9, Tower One, RHB Centre Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Seperti mana bank-bank lain, RHB juga menawarkan perbankan internet untuk pengguna mereka.

Jika anda telah mepunyai akaun RHB, kini anda boleh mendaftar dan mengaktifkan perkidmatan RHB online banking dengan langkah yang ditunjukkan di bawah.

Cara Daftar RHB Online Banking

Sebelum anda daftar online banking, pastikan sediakan dulu beberapa butiran ini :

  • Kad debit / ATM
  • Butiran pengenalan diri
  • Telefon bimbit (untuk terima nombor OTP)

Kami kongsikan langkah-langkah pendaftaran RHB online banking di bawah:

rhb online login

Cara Daftar RHB Online Banking

  1. Layari laman web https://logon.rhb.com.my/
  2. Tekan butang ‘I want to register’
  3. Pilih ‘ATM / Debit Card’
  4. Sila masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit anda
  5. Isikan Username dan Password.
  6. Baca ‘Terma & Syarat’ sebelum menekan butang ‘I Agree’
rhb online daftar

Baca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Cara Daftar RHB Mobile Banking Apps

Untuk menggunakan aplikasi mudah alih RHB di telefon bimbit, sila muat turun di Google Play Store atau iOS seperti di bawah:

Bagi pendaftaran baru, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

rhb online banking

Klik Next

Pastikan ‘Secure word’ sama masa kita daftar tadi, kemudian masukkan password.

rhb online banking

Ok dah boleh login menggunakan RHB Mobile Apps!

rhb online login

Jika ada sebarang masalah, hubungi Customer Care Center RHB di talian 03-9206 8118 atau melalui email.

Cara Kemaskini Nombor Telefon RHB Bank

Jika anda perlu kemaskini nombor telefon, ikut langkah di bawah ini:

  1. Pergi ke mesin ATM dan masukkan nombor pin seperti biasa
  2. Tekan ‘Lain-lain’
  3. Pilih ‘Kemaskini No Tel’
  4. Tekan RHBNow OTP
Foto Kredit: Amirah Azmi

Anda akan menerima mesej notifikasi begini.

PENTING!

Jangan kongsikan mesej ini untuk tujuan keselamatan ya!

Mesej OTP ini penting sebagai pengesahan untuk anda semasa membuat semua unrusniaga secara online nanti.

Baca juga: Kad Bank Hilang : Ini 6 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak ‘Lesap’

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web rasmi RHB di
https://www.rhbgroup.com/others/highlights/index.html untuk
maklumat terkini dan sebarang perkembangan terbaharu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!