Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

CARA TUKAR KAD DEBIT ATM MAYBANK

Kad ATM @ kad debit Maybank anda rosak atau expired (tamat tempoh)?

Berikut kami kongsikan cara untuk memohon penukaran kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu ke bank lagi.

Caj RM12 dikenakan.

Penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda.

Menurut Maybank, semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.

Baca juga: Cara Tukar MyKad Online

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Untuk tukar kad ATM Maybank, sila ikut langkah-langkah di bawah:

1. Log Masuk Maybank2u di sini (sila gunakan browser, bukan app)

2. Pergi ke bahagian Settings

3. Pilih Cards

4. Pada bahagian Manage Debit Cards, pilih Replace Card

Bahagian “Activate” akan digunakan bila anda terima kad baru nanti.

5. Masukkan alamat penuh anda

6. Klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut

Siap! Kad anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja.

Selepas terima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.

Selain membuat penukaran online, anda juga boleh menukar kad debit yang tamat tempoh di kiosk-kiosk terpilih Maybank TANPA SEBARANG CAJ.

Sila rujuk kiosk langkah dan cara yang boleh dikunjungi dalam poster di bawah:

Cara Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk

Jika Kad Debit Maybank anda akan atau sudah tamat tempoh, tukar kepada kad baharu melalui Kiosk Penggantian Kad Debit kami di lokasi terpilih, berhampiran dengan anda.

Khas untuk pelanggan Maybank, penggantian kad adalah tanpa sebarang caj dan boleh dilakukan dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Maklumat Lanjut

Selain itu, anda boleh menukarkan Kad Debit Maybank anda di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda atau melalui Maybank2u.

Ketahui lebih lanjut di https://maybank.my/3P9gzY2

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!