Kad Bank Hilang : Ini 6 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak ‘Lesap’

Apa nak buat bila kad bank hilang?

Kehilangan beg tangan, tercicir atau diragut memang bukanlah satu kenangan yang manis – yang lebih buruk bila ia melibatkan barang-barang berharga.

Yang pastinya, apa kita risaukan bukanlah beg itu sendiri, tetapi barang-barang berharga seperti kad pengenalan, wang ringgit dan tentunya KAD BANK aka kad debit yang ada di dalamnya.

Mana tidaknya, kalau hilang kad bank bukan benda yang remeh.

Silap-silap kad bank tu jatuh ke tangan orang yang salah, boleh lesap duit kita dalam bank tu dalam sekelip mata saja!

Jadi, mari kita tengok apa yang kita kena buat bila kita perasan kad bank kita hilang.

  1. Cari / Double Check
    Kadang-kadang boleh jadi kad terselit di celah-celah dompet kita atau tercicir di sekitar rumah.
    Tapi jangan cari berhari-hari okay. BAHAYA!
    Terus ke langkah seterusnya kalau memang tak jumpa.
    Kalau diragut, tak perlu cari dah, kita boleh terus ke langkah seterusnya.
  2. Check Online Banking Kita
    Kalau ada sebarang transaksi terkini yang tak dikenali,
    jangan lupa catat segala maklumat berkaitan – contoh; jumlah transaksi, masa dan tarikh.
    Jangan ambil remeh walaupun transaksi hanya melibatkan bilangan yang kecil seperti RM5, sebab boleh jadi itu satu trick sebelum satu transaksi yang lebih besar
    dibuat oleh si pencuri.
  3. SEGERA Call Customer Service
    JANGAN BERTANGGUH!
    Beritahu pegawai bank yang kad kita hilang dan minta mereka batalkan kad itu serta merta – jangan ambil remeh ya!
    Walaupun pencuri tu tak tahu no pin kita, zaman sekarang
    dah canggih, pakai PayWave pun dah boleh guna.
    Mulakan dengan kad yang paling penting, banyak duit dan aktif. Kemudian, bertindak satu persatu untuk batalkan yang lain.
    P/S: Pastikan website tempat kita rujuk untuk dapatkan no telefon customer service itu website yang betul – jangan terbuka website scammer pula tau.
  4. Siapkan Dokumen Untuk Kad Baharu
    Jangan lupa tanya dokumen apa yang bank perlukan untuk pembaharuan kad.
    Sesetengah bank perlukan dokumen seperti laporan polis, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
    Jika mereka perlukan laporan polis – teruskan ke step seterusnya. Jika tidak diperlukan, boleh skip langkah ke-5.
  5. Buat Laporan Polis
    Setelah call customer service, kebiasaannya kita dah boleh tahu langkah seterusnya yang kita perlu ambil.
    Tapi kalau kehilangan kad bank tu disebabkan ragut, segeralah ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian.
    Laporan polis tu diperlukan juga untuk perbaharui kad pengenalan nanti.
  6. Pergi Ke Cawangan Bank Terdekat
    Akhir sekali, bolehlah pergi ke cawangan bank berdekatan. Beritahu pegawai bank itu yang kad kita dah hilang dan minta untuk buat kad baru.
    Kemungkinan sikit cas akan dikenakan untuk menggantikan kad yang hilang itu, jadi siapkan sedikit tunai.
    Biasanya nak buat kad bank baru tak ambil masa yang lama pun, namun bergantung juga kepada polisi bank masing-masing terutamanya dalam tempoh PKP ini.
kad bank hilang

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

Nombor Panggilan Untuk Laporkan Kad Bank Hilang

Di sini disenaraikan bank dan nombor terkini (2021) pusat panggilan Pusat Kad / Customer Service untuk bank yang berkaitan:

  • Maybank: 1-300 88 6688
  • CIMB : 03-6204 7788 
  • RHB: 03-92068118
  • BSN: 1300-88-1900
  • Public Bank: 03-2179 5000
  • Bank Rakyat: 03- 2692 4600
  • Bank Islam: 03-26 900 900
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!