Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2025/2026

Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf Sesi 2025/2026
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan bagi sesi akademik 2025/2026 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang. Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline di pautan berikut: upu.mohe.gov.my atau Aplikasi UPUPOCKET.

Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rayuan UPUOnline 2025 bagi lepasan STPM dan setaraf.

Apa itu Rayuan UPUOnline?

Rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline.

Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada.

Hebahan Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf

Bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran pengajian untuk sesi akademik 2025/2026, anda boleh mengemukakan rayuan bermula 5 September 2025 (12.00 tengah hari) sehingga 14 September 2025 (5.00 petang).

Semakan keputusan rayuan boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang.

Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline di pautan berikut: upu.mohe.gov.my atau Aplikasi UPUPOCKET.

Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?

  • Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang benar-benar tidak mendapat sebarang tawaran. Jika anda telah menerima tawaran dan menolaknya, anda tidak layak untuk membuat rayuan melalui sistem e-rayuan UPU
  • Pemohon lepasan SPM atau STPM/setaraf yang tidak menerima sebarang tawaran ke UA/Politeknik selepas keputusan rasmi diumumkan.
  • Pemohon yang hanya mendapat tawaran program peringkat sijil dan ingin mencuba nasib untuk program lebih tinggi.

Calon yang tidak berjaya semasa hebahan perdana boleh mengemukakan permohonan rayuan di UPUOnline® dengan membuat 4 pilihan program pengajian sahaja.

Pilihan 1-2 adalah program pengajian yang  bertemuduga dan/atau ujian. Permohonan rayuan hanya dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja bermula 5 – 14 September 2025.

Tarikh Penting Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Berikut ialah tarikh penting Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf 2025:

[TERKINI]

Semakan keputusan rayuan fasa 1 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang.

Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.

NOTA:

  • Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak mendapat tawaran mana-mana program pengajian melalui permohonan asal.
  • Pemohon boleh membuat rayuan secara online melalui laman rasmi UPU (https://upu.mohe.gov.my) dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan maklumat yang diperlukan dalam tempoh tersebut.

TARIKH PENTING UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

Tarikh Penting Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf
Tarikh Penting Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DILAKUKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :

Institusi yang boleh dimohon adalah :

  • 20 Universiti Awam
  • 36 Politeknik
  • 105 Kolej Komuniti
  • 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Cara Permohonan & Rayuan UPUOnline 2025/2026

Berikut adalah panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sesi 2025/2026.

PANDUAN PENGGUNA BAGI PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE  (STPM/SETARAF)

  1. Layari portal UPUOnline: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2
  2. Log masuk sistem UPUOnline
  • Masukkan No Kad Pengenalan calon
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Log Masuk 
  1. Halaman permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2025/2026
  • Klik disini untuk ke halaman berikutnya 
  • Klik Seterusnya 
  1. Klik Seterusnya 
  1. Halaman Maklumat Peribadi 

** Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan

  1. Halaman Maklumat Keputusan SPM
  • Klik Simpan setelah calon kemaskini maklumat akademik 
  • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
  1. Halaman Maklumat Pilihan Program

** Klik Ya atau Tidak bagi permohonan ke Program Pendidikan Tinggi TVET.

  1. Lengkapkan 4 Pilihan Program dan susun mengikut minat calon di ruangan yang disediakan 
  1. Maklumat Lain-Lain 
  • Klik Kembali untuk ke halaman sebelum
  • Klik Simpan selepas calon kemas kini maklumat 
  • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
  1. Halaman Pengesahan 

** Pastikan calon klik Cetak untuk ke halaman cetak slip permohonan UPUOnline

  1. Halaman Cetak / Muat Turun Slip Permohonan

** Pastikan  klik Cetak / Muat Turun slip permohonan UPUOnline bagi rujukan calon.

NOTA: Rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT dibuat terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi sesi akademik 2025/2026 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang.

Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline di pautan berikut: upu.mohe.gov.my atau Aplikasi UPUPOCKET.

Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.

Semakan keputusan ini hanya terbuka kepada pemohon yang membuat rayuan kerana tidak menerima tawaran pada permohonan pertama.

Tarikh bagi fasa kedua keputusan rayuan masih akan dikemaskini kemudian.


Rayuan UPU
Kenapa Permohonan UPU boleh gagal?

UPU Pocket

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

UPU Pocket
UPU Pocket

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

  • Semakan Status UPU
    • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
  • e-Panduan
    • e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
  • Kalendar Akademik (Takwim)
    • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
  • Aduan
    • Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-

Panduan Memilih Program UPU Online

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online

PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT

MERIT UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU

Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan

Link Kalkulator Merit

Link Panduan Permohonan

Link Permohonan

Link Rayuan UPUOnline

Link Semakan Panggilan Ujian MEdSI

Link Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan

Link Semakan Keputusan UPU :

*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU

https://upu.mohe.gov.my/

Maklumat Lanjut Rayuan UPU Online

Maklumat Lanjut Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2025/2026
Maklumat Lanjut Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2025/2026

Untuk maklumat lanjut tentang sistem, permohonan dan rayuan UPU Online 2025 / 2026, sila hubungi saluran berikut:

Atau, sila scan QR KOD di bawah untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan hebahan keputusan & rayuan lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2025/2026. Anda juga boleh klik pautan berikut: https://bit.ly/FAQHebahanSTPMSetaraf2025

Rayuan UPUOnline 2025/2026
Scan untuk melihat soalan lazim UPUOnline 2025/2026

MUAT TURUN SOALAN LAZIM KEMASUKAN PELAJAR KE UA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF 2025/2026

Soalan Lazim – Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2025/2026

Bila tempoh rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf dibuka?

Rayuan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf dibuka dari 5 September 2025 (Jumaat) jam 12 tengah hari hingga 14 September 2025 (Ahad) jam 5 petang.

Siapa yang layak membuat rayuan?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA atau pemohon yang hanya ditawarkan program pengajian sijil, boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh rayuan dibuka.

Bila akan dapat surat tawaran UPU?

Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

Berapa banyak pilihan program boleh dipilih semasa rayuan?

Calon dibenarkan membuat 4 pilihan program pengajian, dengan program bertemuduga/ujian hanya di Pilihan 1 dan 2. Hanya program yang masih mempunyai kekosongan dan layak syarat akan terpapar untuk pemilihan.

Bagaiman cara buat rayuan UPU?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.

Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas
hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM akan diumumkan?

Keputusan Rayuan Lepasan STPM/Setaraf bagi calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi sesi akademik 2025/2026, boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang. Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline di pautan berikut: upu.mohe.gov.my atau Aplikasi UPUPOCKET.

Bila pengesahan keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM perlu dibuat?

Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.

Kenapa permohonan UPU saya gagal?

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :

Berapa tempoh untuk setuju terima tawaran jika berjaya rayuan?

Calon perlu membuat pengesahan terima tawaran dalam 9 hari selepas keputusan rayuan diumumkan. Kegagalan membuat pengesahan dikira sebagai menolak tawaran.

Bolehkah semakan keputusan rayuan dibuat melalui SMS?

Untuk sesi akademik 2025/2026, semakan keputusan hanya boleh dibuat secara online melalui portal rasmi UPUOnline atau aplikasi UPUPocket 2.0. Semakan melalui SMS tidak disediakan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut