Panduan Penggunaan & Pengiraan Kalkulator Merit Lepasan SPM 2021
Pengiraan merit sangat penting untuk mengetahui program pengajian yang sesuai dengan markah merit yang diperolehi.
Oleh itu, ia dapat membantu lepasan SPM membuat pilihan yang bersesuaian dengan markah merit anda.
Jom kami kongsikan panduan dan kepentingan membuat kiraan melalui kalkulator merit untuk lepasan SPM.
Apakah Kalkulator Merit Lepasan SPM?
Kalkulator merit membolehkan calon lepasan SPM membuat kiraan markah merit menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum)
Melalui pengiraan merit ini, lepasan SPM boleh membandingkan markah merit yang diperolehi dengan purata markah merit calon yang ditawarkan untuk setiap program pengajian.
Panduan Pengiraan Kalkulator Merit SPM
Berikut adalah cara penggunaan kalkulator merit:
- Masukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi
- Pilih pakej Mata Pelajaran:
- STEM A
- STEM B
- STEM C
- KSI / Lain-lain
- Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk kenalpasti pakej
- Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik.
- Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira.
- Masukkan markah ko-kurikulum
- Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk ketahui markah ko-kurikulum
- Tekan butang kira
- Markah merit akan dipaparkan di ruangan yang disediakan.
Sila rujuk infografik di bawah:
Kelebihan & Ciri Baru
Kalkulator merit yang baru ini dilihat dapat memberi kelebihan dan mesra kepada pelajar mengikut aliran.
Kiraan merit yang baru ini tidak lagi mewajibkan pelajar aliran sains tulen utk mletakkan semua subjek sains dalam kiraan mata merit, sebaliknya mereka hanya perlu ambil 2 subjek terbaik dalam pakej aliran masing-masing.
Berita gembiranya ialah subjek Matematik Tambahan juga tidak menjadi kiraan wajib; dan bagi aliran sastera / ikhtisas yang mengambil subjek sains juga tidak dijadikan subjek pilihan.
Bagi kiraan merit pelajar KSSM, subjek penting kiraan adalah mengikut aliran dan subjek elektif masing-masing.
Subjek universal menjadi subjek wajib untuk semua aliran termasuk sejarah.
Pengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline & Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery.
Dasar Pemilihan Meritokrasi
Dasar pemilihan UPUonline adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:
Maklumat Lanjut
Sila layari laman web rasmi BKPA :
https://upu.mohe.gov.my/
Anda juga boleh merujuk Manual Pengguna UPUOnline bagi lepasan SPM 2021:
Untuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2022, sila hubungi saluran berikut:
- Hotline : 03 – 8870 8200
- Waktu talian dibuka :
- (Isnin – Jumaat) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin – Khamis), 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat)
- Waktu talian dibuka :
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2022, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
Baca juga: