Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa dan Dermasiswa Yayasan Kuok 2026 kini dibuka bagi pelajar Universiti Awam yang boleh dipohon menerusi pautan https://apply.kuokfoundation.org/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa dan dermasiswa ini ini.

Mengenai Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Kuok
Biasiswa dan Dermasiswa Yayasan Kuok 2026 merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Yayasan Kuok bagi membantu pelajar Universiti Awam.
Biasiswa dan dermasiswa ini adalah untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan pencapaian akademik, penglibatan ko-kurikulum dan kemahiran komunikasi yang baik.
Selain itu, bantuan dan biasiswa ini bertujuan bagi mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat di samping merapatkan jurang ekonomi di antara rakyat Malaysia.
Kemasukan Universiti Awam mestilah ditawarkan melalui UPU sahaja dan bukan melalui saluran terus /
terbuka universiti.
Tarikh Permohonan
Permohonan perlu dilakukan bermula 15 Jun 2026 sehingga 15 Julai 2026 dan tarikh akhir untuk menghantar borang bercetak adalah pada 22 Julai 2026.
Senarai Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Kuok
Berikut merupakan senarai biasiswa serta bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad bagi pelajar Universiti Awam yang berkelayakan :
- Biasiswa Kuok Keng Kang : RM 18,000 setahun
- Biasiswa Kuok Khoon Hong : RM 18,000 setahun
- Biasiswa Wilmar : RM 18,000 setahun
- Dermasiswa Yayasan Kuok : RM 17,000 hingga RM18,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti)
Pemohon Yang Layak Memohon
Pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Menunggu tawaran UPU ke universiti awam ATAU sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa sesi 2026/2027.
- Kurang berkemampuan.
- Mempunyai pencapaian akademik, penglibatan ko-kurikulum & kemahiran komunikasi yang baik
Kaedah Permohonan
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :
Langkah 1 (Penyerahan borang permohonan dalam talian)
- Memohon dan menghantar permohonan dalam talian di https://apply.kuokfoundation.org.
Langkah 2
- Penyerahan Borang Permohanan Bercetak perlu dibuat selepas menghantar permohonan melalui dalam talian.
- Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan ke pejabat Yayasan Kuok.
Borang yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggit untuk temu duga.
Soalan Lazim
Biasiswa dan Dermasiswa Yayasan Kuok 2026 merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Yayasan Kuok bagi membantu pelajar Universiti Awam.
Permohonan dibuka bermula 15 Jun 2026 sehingga 15 Julai 2026 dan tarikh akhir untuk menghantar borang bercetak adalah pada 22 Julai 2026.
– Biasiswa Kuok Keng Kang : RM 18,000 setahun
– Biasiswa Kuok Khoon Hong : RM 18,000 setahun
– Biasiswa Wilmar : RM 18,000 setahun
– Dermasiswa Yayasan Kuok : RM 17,000 hingga RM18,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti)
Ya. Mereka yang sedang menunggu keputusan UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam layak memohon.
Permohonan perlu menghantar memohon dan menghantar permohonan dalam talian di https://apply.kuokfoundation.org. Borang permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan ke pejabat Yayasan Kuok.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa dan Dermasiswa Yayasan Kuok, sila layari laman web https://kuokfoundation.com/.




