Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1447H / 2026M bermula Isnin, 3 November 2025.
Pemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.
Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji telah dikeluarkan bermula pada Jumaat, 24 Oktober 2025 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.
Bagi yang tidak terpilih, rayuan haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.
Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store. Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.
Bagi rayuan haji 2026 ini, TH akan menilai berdasarkan beberapa kriteria seperti:
- Tempoh pendaftaran haji,
- Umur,
- Purata baki simpanan dalam akaun TH, dan
- Kekerapan permohonan rayuan
Cara Daftar Pengguna THiJARI
Pendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.
- Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
- Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
- Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.

Cara Permohonan Rayuan Haji Online di THiJARI
Permohonan rayuan bagi 1447H / 2026 M dibuka mulai 3 November 2025 (Isnin).
Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my.
Rayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.
Sila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:
- Login ke THiJARI.
- Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
- Pilih Menu Rayuan_Haji.
- Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
- Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
- Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
- Klik pada ruangan Berikutnya.
- Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
- Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
- Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
- Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
- Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
- Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.

LANGKAH PERMOHONAN RAYUAN-HAJI MELALUI THIJARI
LOGIN KE THIJARI

PILIH ‘PERKHIDMATAN HAJI’

KLIK ‘RAYUAN HAJI’


NYATAKAN SEBAB-SEBAB PERMOHONAN ANDA

LENGKAPKAN BUTIRAN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN.
Kategori & Contoh Alasan Rayuan
Terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri untuk mengikut suami Terpilih
- Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal haji Mualaf
- Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal haji Daftar lama
- Lain-lain Rayuan

Baca juga: Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh
Maklumat Lanjut
Rujuk info lebih terperinci dengan klik di perkara berikut:
- Carta Pengurusan Haji
- Surat Jadual Penerbangan
- Pasport
- Pemeriksaan Kesihatan
- Pembatalan / Penundaan Pemergian Haji
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Soalan Lazim
Rayuan Haji 2026 ialah peluang kedua yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah yang tidak tersenarai dalam tawaran haji utama untuk tahun 1447H / 2026M. Proses ini membolehkan mereka memohon semula tempat melalui sistem THiJARI secara dalam talian.
Permohonan Rayuan Haji 2026 dibuka bermula 3 November 2025 (1447H). Pemohon disarankan untuk membuat permohonan seawal mungkin kerana kuota adalah terhad dan tertakluk kepada pertimbangan pihak TH.
Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi THiJARI dengan langkah berikut:
1. Log masuk akaun THiJARI anda.
2. Pilih menu “Rayuan Haji”.
3. Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun TH dan tahun pendaftaran.
4. Hantar permohonan dan pastikan anda menerima pengesahan permohonan berjaya dihantar.
Rayuan dibuka kepada:
– Pemohon yang telah berdaftar haji dengan TH tetapi belum mendapat tawaran menunaikan haji tahun 2026.
– Pemohon yang mempunyai baki simpanan mencukupi dalam akaun TH.
– Pemohon yang pernah membuat rayuan pada tahun sebelumnya, tetapi belum berjaya (boleh memohon semula).
TH akan menilai berdasarkan beberapa faktor utama berikut:
– Tempoh pendaftaran haji (lebih lama berdaftar akan diberi keutamaan).
– Umur pemohon, dengan keutamaan kepada warga emas.
– Purata baki simpanan dalam akaun TH (mencerminkan kesediaan kewangan).
– Kekerapan permohonan rayuan yang pernah dibuat sebelum ini.
Ya. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui:
– Portal THiJARI, atau
– Sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang berdaftar dengan TH.
Boleh. Sekiranya salah seorang pasangan mendapat tawaran, pasangan boleh membuat rayuan untuk menunaikan haji bersama. TH akan mempertimbangkan permohonan bergantung kepada kuota dan syarat kelayakan.
Tidak. Setiap rayuan tertakluk kepada kelulusan dan kuota tahunan haji Malaysia yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Walaupun semua syarat dipenuhi, kelulusan masih bergantung kepada penilaian TH.
Tidak perlu. Mulai tahun 2025, semua rayuan haji dilakukan secara dalam talian sahaja melalui portal THiJARI. Namun, bantuan dan panduan boleh diperoleh di mana-mana cawangan TH sekiranya pengguna menghadapi masalah log masuk.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui:
– Laman web rasmi: www.thijari.com.my
– Hotline TH: 03-6207 1919
– Media sosial rasmi Tabung Haji




