Akaun Facebook Kedua (Profil Tambahan) Ditamatkan Selepas 14 Dis 2026 – Pihak Meta telah mengeluarkan makluman rasmi bahawa ciri Profil Tambahan Facebook (Additional Facebook Profiles) akan dipadamkan secara kekal selepas 14 Disember 2026.
Ramai pengguna Facebook dah mula risau lagi-lagi yang menggunakan akaun kedua (profil tambahan) mereka sebagai admin mana-mana Facebook Group.
Sebelum anda tersalah faham mengenai akaun Facebook kedua yang bakal ditamatkan, mari kita fahami apa yang sedang berlaku berdasarkan makluman rasmi daripada pihak Meta.
Apa Itu Profil Tambahan Facebook (Additional Profiles)?
Additional Facebook Profiles merupakan ciri yang diperkenalkan oleh Meta pada tahun 2023 bagi membolehkan pengguna mencipta sehingga empat profil berbeza di bawah satu akaun log masuk yang sama.
Melalui fungsi ini, pengguna boleh bertukar daripada satu profil ke profil lain dengan pantas tanpa perlu log keluar atau mendaftar alamat e-mel baharu.
Namun, Meta kini mahu memudahkan penggunaan Facebook dengan kembali kepada konsep satu akaun, satu profil sahaja. Ini kerana terlalu banyak profil boleh menyebabkan pengalaman penggunaan menjadi lebih rumit.
Jangan risau, perubahan ini hanya melibatkan profil tambahan. Profil utama Facebook dan Facebook Pages tidak terjejas.

Akaun Mana Satu yang Bakal Dipadamkan?
Ramai yang keliru antara “profil tambahan” dengan “akaun kedua yang berasingan”.
Jika anda mencipta profil kedua, ketiga, atau keempat menggunakan satu akaun log masuk yang sama (ciri yang membolehkan anda tukar-tukar profil dengan satu klik tanpa perlu log keluar), profil tambahan inilah yang akan dipadamkan secara kekal.
Profil utama anda tidak akan diusik.
Selain itu, jika anda memang ada akaun kedua yang didaftarkan secara berasingan dengan alamat e-mel atau nombor telefon serta kata laluan sendiri, akaun tersebut tidak akan terjejas langsung.
Apa Pengguna Perlu Tahu?
- Senarai rakan, keahlian kumpulan dan pengikut Page daripada profil tambahan tidak akan dipindahkan secara automatik ke akaun utama.
- Jika anda merupakan admin kumpulan Facebook menggunakan profil tambahan, pastikan anda melantik admin lain sebelum tarikh penamatan.
- Instagram, Threads, Facebook Page dan profil utama tidak terjejas.
- Pengguna yang tidak mempunyai profil tambahan tidak perlu melakukan apa-apa.
3 Tindakan Wajib Buat Sebelum 14 Disember 2026
Sekiranya anda mempunyai profil tambahan Facebook, pastikan anda buat tiga langkah persediaan berikut sebelum 14 Disember 2026 ini:


1. Eksport dan Muat Turun Maklumat Profil Tambahan
Bagi mengelakkan kenangan gambar dan video penting hilang, anda perlu memuat turun salinan data daripada profil tambahan masing-masing:
- Buka aplikasi atau laman web Facebook dan tukar paparan (switch) ke profil tambahan anda.
- Pergi ke bahagian Settings & privacy > Settings.
- Di bawah menu Your information and permissions, klik pada Export your information.
- Pilih Create export, tandakan profil tambahan yang dikehendaki, dan pilih destinasi simpanan sama ada ke peranti (Export to device) atau perkhidmatan awan (Export to external service).
- Tekan Create export untuk memulakan proses.
Peringatan: Proses penyediaan fail oleh sistem Facebook mengambil sedikit masa. Jika anda memiliki lebih daripada satu profil tambahan, anda perlu mengulangi langkah ini secara berasingan bagi setiap profil. Bagi data berkaitan iklan (ads information), maklumat tersebut hanya boleh diakses sekiranya anda mengeksport data daripada profil utama anda.
2. Lantik Admin Baharu untuk Facebook Group
Sekiranya profil tambahan anda memegang peranan sebagai pentadbir (admin) bagi mana-mana Facebook Group, anda wajib melantik profil utama anda (atau individu lain yang dipercayai) sebagai admin baharu sebelum 14 Disember 2026.
Jika tiada admin baharu dilantik apabila profil tambahan tersebut dipadamkan, kumpulan berkenaan akan dijeda (paused) secara automatik dan aktiviti komuniti akan terhenti sehinggalah admin baru ditetapkan.
3. Pindahkan Rangkaian Melalui Menu Review Connections
Untuk memastikan anda tidak terputus hubungan dengan senarai rakan, kumpulan, dan Pages yang diikuti menerusi profil tambahan:
- Log masuk ke profil utama anda dan semak paparan notifikasi atau menu Review connections.
- Sekiranya pilihan Review connections tidak dipaparkan pada akaun anda, anda perlu menambah semula rakan serta menyertai kumpulan tersebut secara manual daripada profil utama.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Pengguna yang terlibat akan menerima pemberitahuan secara berperingkat melalui e-mel, notifikasi aplikasi, atau paparan di ruangan Feed.
Untuk panduan lebih lanjut, anda boleh merujuk terus Pusat Bantuan Facebook.
Semua profil tambahan (Additional Facebook Profiles) akan dipadamkan secara kekal selepas 14 Disember 2026. Pengguna dinasihatkan untuk menyelesaikan semua urusan pemindahan data sebelum tarikh tersebut.
Tidak. Profil utama (Main Profile), iaitu profil pertama yang anda cipta semasa mendaftar Facebook, akan kekal selamat dan boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Tidak. Akaun kedua yang didaftarkan secara berasingan menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon serta kata laluan yang berbeza tidak akan terjejas. Pemadaman hanya melibatkan profil tambahan yang dicipta di bawah satu akaun log masuk yang sama.
Sekiranya tiada admin baharu dilantik sebelum 14 Disember 2026, Facebook Group tersebut akan dijeda (paused) secara automatik selepas profil tambahan anda dipadamkan. Oleh itu, segera lantik profil utama anda sebagai admin baharu.
Tidak. Tiada pemindahan data secara automatik akan dilakukan. Anda perlu memuat turun maklumat penting menggunakan fungsi Export your information dan menyambung semula rangkaian rakan melalui menu Review connections (atau secara manual) sebelum tarikh akhir.




