Bakal Haji 1448H/2027M perlu memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan, termasuk lulus pemeriksaan kesihatan bagi melayakkan diri menunaikan haji pada tahun tersebut.
Berikut adalah info mengenai syarat kesihatan yang terbaharu yang perlu diambil perhatian oleh semua Jemaah Haji untuk tahun 2027.
Definisi Haji
Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima.
Ibadah ini didefinisikan sebagai mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji iaitu dari 1 Syawal hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.
Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.
Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi yang mengerjakan ibadah Haji antaranya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat Bukhari).
Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH)
Setiap bakal jemaah Haji perlu melalui pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) selaras dengan kehendak Akta 535 Akta Tabung Haji 1995 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji.
Pemeriksaan kesihatan ke atas setiap BH ini penting bertujuan untuk mengenalpasti BH yang berisiko mendapat komplikasi kesihatan semasa di Tanah Suci dan mengoptimakan tahap kesihatan.
Ini selaras dengan maksud isitito’ah yang menjadi salah satu syarat wajib haji sebelum diluluskan supaya mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.
Setiap Pegawai/Pakar Perubatan berdaftar (kerajaan dan swasta) akan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas pemeriksaan kesihatan ke atas BH dengan sempurna dan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Syarat Kesihatan Haji 2027

Jemaah yang di dalam kategori kesihatan berikut layak menunaikan haji:
- Bebas daripada penyakit berjangkit serta penyakit serius atau kronik yang tidak terkawal.
- Berupava menjalankan ibadah haji secara kendiri tanpa kebergantungan kepada bantuan fizikal yang berlebihan.
- Mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang sesuai untuk perjalanan dan ibadah haji.
- Lulus pemeriksaan kesihatan daripada fasiliti yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menerima tawaran haji.
Namun, jemaah yang di dalam kategori kesihatan di bawah tidak layak menunaikan haji:
- Kegagalan buan pinggang kronik (dialisis)
- Kegagalan jantung teruk (NYHA kelas TI/IV)
- Penyakit para-paru kronik (memerlukan bantuan oksigen)
- Penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati
- Masalah neurologi/ mental (menjejaskan fungsi kognitif & motor)
- Warga emas dengan demensia/ fizikal lemah
- Kehamilan berisiko tinggi
- Penyakit berjangkit aktif (contoh: TIBI)
- Penyakit kanser dalam rawatan
Selain itu, jemaah mungkin tidak disahkan layak untuk menunaikan haji sekiranya mempunyai:
- Hipoglisemia major dalam tempo 6 minggu terakhir.
- HbA1c > 10% dalam tempoh 3 bulan sebelum pemeriksaan kesihatan;
- Kemasukan ke hospital (dalam tempoh 3 bulan) akibat komplikasi berkaitan diabetes;
- Retinopati diabetik proliferatif dengan makulopati teruk.
Untuk BMI di atas 37.5, jemaah memerlukan penilaian kesihatan dan keupayaan fizikal oleh pegawai perubatan. Kelayakan tidak ditentukan berdasarkan BMI semata-mata, tetapi mengambil kira fungsi fizikal dan keadaan kesihatan lain (komorbiditi
Vaksin Haji
Vaksin wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua bakal jemaah haji ialah :
MENINGOKOKUS (ACWY).
Vaksinasi ini WAJIB bagi setiap jemaah sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Tempoh sah vaksin ialah 5 tahun dari tarikh suntikan.
Vaksinasi yang digalakkan pula ialah Vaksin COVID-19.
Vaksin ini digalakkan bagi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan pesakit kronik.
Pihak Tabung Haji dengan kerjasama KKM telah menyediakan 225 petugas kesihatan pada musim haji 1447H/2026M.
Selain itu, pihak Tabung Haji masih menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah Haji di Makkah dan Madinah.
Setiap bangunan tersebut akan dilengkapi dengan klinik pesakit luar dan farmasi yang dikendali petugas kesihatan bertauliah dari KKM bagi kesinambungan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada jemaah haji negara, termasuk pengiring kepada jemaah warga emas dan kelainan upaya.
Namun, bermula tahun 2026 juga, Tabung Haji tidak lagi dibenarkan untuk membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci.
Bagi mereka yang memerlukan rawatan lanjut, jemaah akan dirujuk ke hospital-hospital yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi dengan bantuan pemantauan rapi oleh pakar-pakar perubatan KKM.
Panduan Kesihatan Untuk Bakal Haji
Panduan kesihatan yang perlu diambil perhatian oleh Bakal Haji adalah seperti berikut:
- Turunkan berat badan pastikan BMI di bawah 37.5
- Kawal penyakit kronik (terutama diabetes & darah tinggi)
- Ambil ubat secara konsisten
- Jaga pemakanan
- Biasakan diri berjalan jauh di kawasan berbukit atau bertangga
- Jumpa doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas
- Berhenti merokok daripada sekarang

Soalan Lazim
Syarat yang ditetapkan bagi bakal jemaah adalah:
– Bebas daripada penyakit berjangkit serta penyakit serius atau kronik yang tidak terkawal.
– Berupava menjalankan ibadah haji secara kendiri tanpa kebergantungan kepada bantuan fizikal yang berlebihan.
– Mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang sesuai untuk perjalanan dan ibadah haji.
– Lulus pemeriksaan kesihatan daripada fasiliti yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menerima tawaran haji.
Namun, jemaah yang di dalam kategori kesihatan di bawah tidak layak menunaikan haji:
– Kegagalan buan pinggang kronik (dialisis)
– Kegagalan jantung teruk (NYHA kelas TI/IV)
– Penyakit para-paru kronik (memerlukan bantuan oksigen)
– Penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati
– Masalah neurologi/ mental (menjejaskan fungsi kognitif & motor)
– Warga emas dengan demensia/ fizikal lemah
– Kehamilan berisiko tinggi
– Penyakit berjangkit aktif (contoh: TIBI)
– Penyakit kanser dalam rawatan
Ya — bagi musim haji 1448H/2027M, pemeriksaan kesihatan / kecergasan jemaah diwajibkan sebagai sebahagian syarat mendapatkan visa dan kelayakan.
TH tidak lagi dibenarkan membuka pusat rawatan TH di Tanah Suci. Sehubungan itu, jemaah haji yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi dengan bantuan pemantauan rapi pakar-pakar perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ya. Vaksinasi wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua bakal jemaah haji ialah MENINGOKOKUS (ACWY). Tempoh sah vaksin ialah 5 tahun dari tarikh suntikan. Vaksinasi yang digalakkan pula ialah Vaksin COVID-19.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai syarat kesihatan Haji 2027, sila layari laman web Tabung Haji iaitu https://www.tabunghaji.gov.my/.
Baca juga: Seruan Istito’ah : Kelayakan Haji Automatik Simpanan RM15,000 & Pengenalan Multi-Tabung




