Duit Dah Cukup RM1300 Jangan Lupa Daftar Haji di TH, Ini Caranya!

buka akaun daftar haji
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Daftar Haji secara dalam talian melalui portal atau aplikasi THiJARI atau di kaunter sebaik sahaja anda membuka akaun simpanan Tabung Haji.

Dengan simpanan minimum RM1,300 di akaun Tabung Haji, anda boleh membuat pendaftaran Haji dan dapat nombor giliran berdasarkan quota tahunan.

Jadi bagi anda yang belum mendaftar Haji, pastikan anda dah daftar supaya taklah lama sangat nak tunggu giliran nanti.

Di sini kami kongsikan bagaimana cara daftar Haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).

Ringkasan Cara Daftar Haji TH

Syarat Utama

  • Akaun TH aktif dengan baki sekurang-kurangnya RM1,300.
  • Belum pernah menunaikan haji fardhu (umur minimum 12 tahun).
  • MyKad asal; sijil kelahiran untuk bawah 12 tahun.

Cara Daftar Haji Online (THiJARI)

  1. Log masuk ke www.thijari.com.my atau app THiJARI.
  2. Pilih “Perkhidmatan Haji” > “Pendaftaran Haji”.
  3. Klik “Tambah Pemohon”, isi maklumat peribadi, kesihatan, dan perakuan istito’ah.
  4. Sahkan dan hantar; terima notifikasi serta nombor giliran.

Cara Daftar Di Kaunter/Cawangan TH

  • Hadir ke mana-mana kaunter/cawangan Tabung Haji.
  • Bawa MyKad dan slip akaun TH.
daftar haji online

Apa Itu Daftar Haji?

Daftar Haji bermaksud mendaftar sebagai bakal jemaah haji secara dalam talian melalui aplikasi atau portal THiJARI milik Tabung Haji (Lembaga Tabung Haji).

Syaratnya ialah mempunyai simpanan minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji dan belum pernah menunaikan fardhu haji.

Setelah berjaya daftar, nombor giliran dan anggaran tahun diperuntukkan pergi haji akan direkodkan dalam sistem TH, dan anda boleh semak status melalui THiJARI.

NOTA: Membuka akaun TH tidak bermakna anda telah mendaftar haji.

buka akaun daftar haji

Konsep Daftar Haji TH

TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.

Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

daftar haji online

Syarat Daftar Haji

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:

  1. Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  2. Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  3. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Pendaftaran haji kini boleh dibuat secara online melalui THiJARI.

Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
  3. Klik Pendaftaran Haji
  4. Klik ikon Tambah Pemohon
  5. Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
  6. Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
  7. Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
  8. Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui:

  1. Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
  2. Bank / rakan strategik TH
  3. Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919

Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak

Cara nak buka akaun Tabung Haji untuk anak mudah saja. Yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.

Jika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Langkahnya seperti berikut:

  1. Login akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  3. Isi semua maklumat anak-anak.
  4. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  5. Sila bawa dokumen berikut:
    • 1 salinan dan original surat beranak anak
    • 1 salinan dan original IC ibu / ayah
    • Wang untuk daftar Haji RM1300.00

Sila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak

NOTA: Pendaftaran Haji Kanak-kanak secara online hanya boleh dilakukan melalui THiJARI jika ibu bapa masih belum mendaftar Haji.

Selain melalui THiJARI, pendaftaran haji boleh dilakukan di : 

Baca juga: Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)

Cara Semak Giliran Haji

Tabung Haji menyediakan pelbagai saluran untuk bakal haji membuat semakan giliran haji seperti berikut:

  1. THiJARI: Semakan giliran haji anda boleh dibuat menerusi laman THiJARI.
  2. THCC: Hubungi THCC di talian +603-62071919 untuk mengetahui lebih lanjut tentang giliran haji anda.
  3. Kaunter Tabung Haji: Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH berhampiran anda untuk mengetahui tentang giliran haji anda. Cari kaunter TH yang terdekat →

Kos Haji 2026

Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi tahun semasa (2026) adalah seperti berikut:

Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji

Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi. 

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi  Musim Haji 1447H/2026M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:

TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:

  • Penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kursus-kursus haji,
  • Petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos berkaitan operasi haji di tanah air;
  • Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
  • Ubat-ubatan.

Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Rayuan Haji Online (THiJARI)

Rayuan haji disediakan sebagai saluran bagi bakal haji untuk mengemukakan rayuan atas sebab-sebab tertentu untuk menunaikan haji lebih awal daripada tahun yang diperuntukan semasa mendaftar haji.

Pertimbangan rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan merit tertentu, seperti berikut:

  1. Rayuan mahram bagi isteri atau suami kepada jemaah yang terpilih
  2. Pengiring bagi bakal haji lanjut usia yang terpilih
  3. Pengiring bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih. Bayaran haji bagi kategori ini adalah mengikut kadar bayaran haji asas yang terpilih.
  4. Rayuan lain yang memenuhi kriteria merit, termasuk:
    • Purata simpanan 5 tahun
    • Tempoh pendaftaran haji
    • Faktor umur
    • Kekerapan rayuan haji, dan sama ada pemohon kali pertama atau pernah menunaikan haji
    • Kehadiran kursus haji (Bayaran haji bagi rayuan yang diluluskan adalah mengikut kos penuh bayaran haji)

Cara Buat Rayuan Haji Online

Untuk membuat rayuan haji secara dalam talian (online), rujuk cara-caranya berikut:

  1. Login ke akaun THiJARI
  2. Klik Perkhidmatan Haji
  3. Klik Rayuan Haji
  4. Klik Rayuan Permohonan Haji
  5. Baca Garis Panduan
  6. Klik ‘Saya Faham’
  7. Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
  8. Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  9. Klik Berikutnya
  10. Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  11. Klik ‘Hantar’
  12. Muat Turun Surat Akuan

Rujuk info lebih lanjut rayuan haji di Portal Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/rayuan-haji

Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP

Bagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM1300 dalam akaun, jangan risau sebab anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.

  • Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
  • Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.
  • Ahli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-
    • Warganegara Malaysia
    • Beragama Islam
    • Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00
    • Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
       

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk:

Soalan Lazim Cara Daftar Haji

Apa itu daftar haji?

Daftar haji bermaksud mendaftar diri sebagai bakal jemaah haji secara rasmi melalui Tabung Haji Malaysia. Selepas berjaya daftar, calon jemaah mendapat nombor giliran dan menunggu tahun diperuntukkan pergi haji.

Siapa layak daftar haji?

– Beragama Islam.
– Menunaikan fardhu haji (untuk kali pertama).
– Mempunyai akaun TH aktif.
– Mempunyai baki minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji.

Bolehkah saya daftar haji melalui THiJARI?

Boleh. Pendaftaran haji boleh dibuat secara dalam talian melalui platform THiJARI (aplikasi atau portal web THiJARI).

Bolehkah saya daftar haji untuk orang lain?

Tidak. Pendaftaran haji hanya boleh dibuat untuk diri sendiri dan anak di bawah akaun pemegang amanah. Untuk pihak ketiga lain, perlu mendaftar di kaunter TH berhampiran.

Bagaimana saya semak status pendaftaran haji yang dibuat melalui THiJARI?

Anda boleh menyemak status pendaftaran haji melalui menu Perkhidmatan Haji → Semak Status Pendaftaran Haji di THiJARI.

Bila saya tahu bila giliran pergi haji?

Giliran tunai haji ditentukan berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa anda mendaftar. Nombor giliran dan anggaran tahun pergi haji akan dipaparkan di dalam sistem THiJARI.

Bagaimana saya tahu sama ada saya terpilih untuk menunaikan haji?

Bakal haji yang terpilih akan dihubungi oleh pejabat TH melalui surat atau panggilan telefon. Anda juga boleh semak dan muat turun surat tawaran haji secara dalam talian menerusi THiJARI.

Perlukah ada akaun THiJARI dahulu sebelum daftar haji?

Ya. Anda perlu mempunyai akaun Tabung Haji aktif dan telah daftar akaun THiJARI (menggunakan nombor akaun TH, MyKad, dan nombor telefon yang didaftarkan) sebelum boleh mendaftar haji secara dalam talian.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut