ProMIS BPH – Panduan Login & Cara Tempah RPP 2025

promis
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau ProMIS, Property Management Information System merupakan sistem yang menggantikan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH). Layari portal rasmi ProMIS di pautan berikut: promis.bph.gov.my

Untuk makluman, sebelum ini SBBPH merupakan sistem tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

 ProMIS
Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau ProMIS

Apa Itu ProMIS?

ProMIS atau Property Management Information System (Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah ) ialah sistem digital yang mengurus permohonan, penempatan, pengagihan serta penyimpanan maklumat hartanah kerajaan seperti kuarters, rumah peranginan, bangunan pejabat dan aset berkaitan.

ProMIS dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk menggantikan sistem lama SBBPH dalam urusan hartanah kerajaan . Ia juga dibangunkan dengan kerjasama 20 agensi kerajaan dan dua syarikat swasta.

Sistem ini merupakan sistem digital baharu yang dijangka merevolusikan pengurusan kuarters, bangunan kerajaan dan rumah peranginan Persekutuan.

Ia telah dilancarkan pada 26 Jun 2025 untuk menggantikan SBBPH yang telahpun ditutup pada 3 Julai 2025 (Khamis). ProMIS mula beroperasi sepenuhnya bermula 7 Julai (Isnin) dan digunakan sehingga kini untuk semua perkhidmatan yang dikendalikan oleh SBBPH sebelumnya.

 ProMIS
Halaman Utama ProMIS

Fungsi Utama ProMIS RPP BPH

Antara fungsi sistem ini adalah seperti berikut:

  • Menyemak dan memproses permohonan: Digunakan untuk menyemak dan memproses permohonan menduduki hartanah, seperti kuarters, RPP BPH.
  • Mengagihkan hartanah: Pengagihan hartanah kepada pemohon yang layak, berdasarkan lokasi dan kriteria lain.
  • Menguruskan dokumen: Pengurusan dokumen berkaitan seperti surat tawaran dan kunci kuarters.
  • Mengemaskini rekod: Memastikan rekod penghuni dan hartanah sentiasa dikemaskini.
  • Penyimpanan dan akses maklumat: Tempat penyimpanan maklumat hartanah yang terpusat dan mudah diakses oleh pihak yang berkenaan.
  • Penilaian dan pelaporan: Digunakan untuk menjana laporan dan penilaian berkaitan pengurusan hartanah.

Kelebihan ProMIS

Kelebihan sistem ProMIS adalah seperti berikut:

  • Pengurusan lebih teratur dan mesra pengguna, antaramuka jelas dan proses langkah demi langkah.
  • Menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan, stabil akses, dan guna teknologi terkini untuk pengurusan permohonan.
  • Data dari sistem lama (SBBPH) dipindahkan dengan selamat ke ProMIS, disimpan secara sulit serta diperkuat dengan penyulitan (encryption).
  • Memudahkan urusan penjawat awam, kontraktor, syarikat dan pengguna awam.
  • Log masuk serta pendaftaran pengguna dibuat secara atas talian dengan verifikasi pelbagai agensi

Kategori Pengguna

Kategori Pengguna
Kategori Pengguna

Kategori pengguna yang boleh login sistem ini adalah seperti berikut:

  • Individu
    – Penjawat Awam (Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
    – Penjawat Awam Kontrak
    – Hakim
    – Pesara Awam Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
    – Pesara Hakim
    – Pengguna Awam
  • Syarikat/Pertubuhan

Cara Daftar ProMIS (Pengguna Baru)

Terdapat 2 pengguna yang boleh login sistem ini iaitu:

    INDIVIDU

    Pendaftaran bagi kategori pengguna Penjawat Awam, Pesara Awam, Polis, Tentera, Pesara Polis, Pesara Tentera, Hakim dan Badan Berkanun

    • Pegawai Kontrak (COS / CFS / MYSTEP) yang telah mempunyai peranan dalam sistem SBBPH dipohon untuk mendaftar sebagai PENGGUNA AWAM.
    • Pegawai Kontrak (COS / CFS / MYSTEP) yang belum mempunyai peranan dalam sistem SBBPH tetapi mempunyai urusan dengan ProMIS, dipohon untuk mendaftar sebagai PENJAWAT AWAM KONTRAK dan sila lampirkan surat pelantikan jawatan daripada jabatan serta surat pengesahan peranan pengguna di ProMIS.

    Cara Daftar ProMIS (Kategori Individu)

    LANGKAH 1:

    • Layari portal Sistem Pengurusan Makluma Hartanah (ProMIS) di pautan berikut: https://promis.bph.gov.my/login.
    • Klik butang “Daftar” pada halaman utama ProMIS.

    LANGKAH 2:

    • Klik butang “Daftar” pada bahagian “Individu”.
    • Lengkapkan butiran semakan pengenalan individu dan masukkan CAPTCHA.
    • Klik butang “Semakan Pengenalan”.

    LANGKAH 3:

    • Pilih kategori pengguna (Badan Berkanun, Hakim, Pengguna Awam, Penjawat Awam, Penjawat Awam Kontrak, Penjawat Awam PDRM, Pesara, dll)
    • Lengkapkan butiran pendaftaran dan muat naik dokumen yang terlibat.
    • Klik butang “Daftar Pengguna” untuk teruskan pendaftaran pengguna bagi kategori badan berkanun.

    LANGKAH 4:

    • Pengguna akan dapat kata laluan sementara melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Pengguna perlu log masuk sistem untuk mengemaskini kata laluan baharu.
    • Pengguna perlu menunggu pengesahan kelulusan akaun pengguna sistem bagi akses kepada menu yang terlibat.

    LANGKAH 5:

    • Buka Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (ProMIS) melaui pautan berikut:
    • https://promis.bph.gov.my/login.
    • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
    • Klik butang “Seterusnya”.
    • Pengguna akan dapat kod pengesahan melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Masukkan kod pengesahan dan klik butang “Log Masuk”.
    • Tempoh luput isi kod pengesahan hanya 2 minit, selepas itu ianya akan tamat dan perlu kod pengesahan lain.

    LANGKAH 6:

    • Pengguna perlu menunggu pengesahan kelulusan akaun pengguna daripada pihak BPH bagi akses kepada menu yang terlibat.
    • Klik butang “Ok” untuk teruskan dengan proses tukar kata laluan.
    • Pengguna perlu mengemaskini kata laluan baharu bagi pertama kali log masuk selepas pendaftaran akaun pengguna dengan lengkapkan butiran tukar kata laluan.
    • Klik butang “Kemaskini Kata Laluan” untuk tukar kata laluan.
    • Pengguna akan dapat emel kata laluan telah berjaya ditukar.

    LANGKAH 7:

    • Selepas berjaya mengemaskini kata laluan baharu, pengguna perlu log masuk semula ke sistem dengan
    • menggunakan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.
    • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah dikemaskini.
    • Klik butang “Seterusnya”.
    • Pengguna akan dapat kod pengesahan melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Masukkan kod pengesahan dan klik butang “Log Masuk”.
    • Tempoh luput isi kod pengesahan hanya 2 minit, selepas itu ianya akan tamat dan perlu kod pengesahan lain.

    LANGKAH 8:

    • Klik pada nama pengguna dibahagian kanan.
    • Klik pada “Profil Pengguna”.
    • Klik tab “Maklumat Perjawatan” untuk melihat status pengesahan jawatan sama ada ditolak atau disahkan.

    LANGKAH 9:

    • Sekiranya pengesahan ditolak, pengguna akan dapat emel pengesahan ditolak dan pengguna perlu mengemaskini maklumat perjawatan di profil.
    • Muat naik dokumen perjawatan baharu dan klik butang “Hantar” untuk hantar pengesahan semula.

    LANGKAH 10:

    Sekiranya pengesahan telah disahkan, pengguna akan dapat emel pengesahan disahkan dan boleh menggunakan sistem dengan pilih menu yang diperlukan.

    Panduan Pengguna ProMIS Kategori Individu

    Muat turun PDF Panduan Pengguna ProMIS Kategori Individu di bawah untuk info lebih terperinci:

    SYARIKAT/PERTUBUHAN

    Pendaftaran bagi kategori pengguna Syarikat atau Pertubuhan

    Cara Daftar ProMIS (Kategori Syarikat/Pertubuhan)

    LANGKAH 1:

    • Layari portal Sistem Pengurusan Makluma Hartanah (ProMIS) di pautan berikut: https://promis.bph.gov.my/login.
    • Klik butang “Daftar” pada halaman utama ProMIS.

    LANGKAH 2:

    • Klik butang “Daftar” pada bahagian “Syarikat / Pertubuhan”.
    • Pilih jenis syarikat / pertubuhan “Syarikat” ATAU “Pertubuhan”.
    • Masukkan No SSM ATAU No Pertubuhan dan klik butang “Semakan” untuk semak maklumat no SSM/No Pertubuhan tersebut.
    • Klik butang “Daftar Akaun Syarikat/Pertubuhan” untuk teruskan pendaftaran pengguna syarikat/pertubuhan.
    • Lengkapkan butiran maklumat syarikat / pertubuhan dan muat naik dokumen yang terlibat.
    • Klik butang “Simpan”.
    • Lengkapkan butiran maklumat pemilik dan muat naik dokumen yang terlibat.
    • Klik butang “Simpan”.

    LANGKAH 3:

    • Pengguna akan dapat kata laluan sementara melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Pengguna perlu log masuk sistem untuk mengemaskini kata laluan baharu.

    LANGKAH 4:

    • Log masuk semula ke Sistem Pengurusan Maklumat.
    • Hartanah (ProMIS) menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
    • Klik butang “Seterusnya”.
    • Pengguna akan dapat kod pengesahan melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Masukkan kod pengesahan dan klik butang “Log Masuk”.
    • Tempoh luput isi kod pengesahan hanya 2 minit, selepas itu ianya akan tamat dan perlu kod pengesahan lain.

    LANGKAH 5:

    • Pengguna perlu mengemaskini kata laluan baharu bagi pertama kali log masuk selepas pendaftaran akaun pengguna dengan lengkapkan butiran tukar kata laluan.
    • Klik butang “Kemaskini Kata Laluan” untuk tukar kata laluan.
    • Pengguna akan dapat emel kata laluan telah berjaya ditukar.

    LANGKAH 6:

    • Selepas berjaya mengemaskini kata laluan baharu, pengguna perlu log masuk semula ke sistem dengan menggunakan kata laluan baharu yang telah dikemaskini.
    • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah dikemaskini.
    • Klik butang “Seterusnya”.
    • Pengguna akan dapat kod pengesahan melalui emel yang telah diguna pakai sewaktu pendaftaran akaun pengguna.
    • Masukkan kod pengesahan dan klik butang “Log Masuk”.
    • Tempoh luput isi kod pengesahan hanya 2 minit, selepas itu ianya akan tamat dan perlu kod pengesahan lain.

    Panduan Pengguna ProMIS Kategori Syarikat/Pertubuhan

    Muat turun PDF Panduan Pengguna ProMIS Kategori Syarikat/Pertubuhan di bawah untuk info lebih terperinci:

    Cara Tempah Rumah Perangin BPH

    Tempahan Rumah Peranginan BPH kini wajib dilakukan melalui sistem digital ProMIS secara atas talian mulai Julai 2025.

    Syarat & Kelayakan:

    • Terbuka kepada penjawat awam Persekutuan/Negeri, pesara kerajaan, dan anggota badan berkanun.
    • Had tempahan maksimum 3 kali setahun untuk RPP Eksekutif/Premier, tiada had untuk Rumah Tamu.
    • Penginapan untuk tujuan rehat, pertukaran penempatan atau kecemasan.
    • Tempahan berkelompok perlu dibuat lebih awal dengan surat permohonan rasmi dan hanya dibenarkan pada tarikh bukan waktu puncak.

    Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan RPP BPH & Rumah Tamu 2025

    Rujuk langkah-langkah untuk membuat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH menggunakan ProMIS:

    1. Daftar Akaun ProMIS

    • Layari portal rasmi ProMIS di https://promis.bph.gov.my/login.
    • Klik “Daftar” dan lengkapkan maklumat diri seperti nama, no. kad pengenalan, jawatan dan agensi bertugas.
    • Sahkan pendaftaran melalui e-mel pengaktifan untuk mendapatkan akses login.

    2. Log Masuk Sistem ProMIS

    • Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
    • Pastikan maklumat HRMIS telah dikemaskini bagi kelayakan permohonan.

    3. Pilih Rumah Peranginan

    • Dalam dashboard ProMIS, pilih menu “Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)” atau rumah tamu.
    • Pilih lokasi, jenis RPP (Eksekutif/Premier/Rumah Tamu), serta tarikh penginapan yang diingini.
    • Sistem akan paparkan senarai unit yang layak dipohon mengikut gred jawatan dan kelayakan.

    4. Lengkapkan Permohonan Tempahan

    • Isi maklumat tempahan (bilangan tetamu, tujuan penginapan, tempoh menginap).
    • Muat naik dokumen sokongan jika diminta (surat rasmi jabatan/keperluan khas pemohon berkumpulan).
    • Sahkan permohonan dan tunggu status kelulusan melalui e-mel atau paparan dalam sistem.

    5. Bayaran dan Cetak Surat Kelulusan

    • Cetak surat kelulusan serta dokumen pendaftaran untuk proses daftar masuk di lokasi rumah peranginan.
    • Jika permohonan diluluskan, buat bayaran sewa mengikut kadar dan arahan yang diberikan.

    MyProMIS

    Untuk pengetahuan anda, anda juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi sistem ProMIS yang dikenali sebagai MyProMIS.

    MyProMIS ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk mengurus permohonan, semakan dan tempahan fasiliti hartanah kerajaan secara digital dan pantas.

    Fungsi Utama Aplikasi MyProMIS

    • Membolehkan penjawat awam serta pengguna sah membuat permohonan, semakan dan tempahan rumah peranginan, kuarters, dewan dan kemudahan lain secara mudah alih.
    • Menyemak status permohonan dan giliran, serta menerima notifikasi kelulusan secara real-time.
    • Membantu pengguna membuat semakan maklumat pemohon bagi bayaran rumah peranginan dan mempercepat proses daftar masuk.
    • Termasuk peningkatan kestabilan aplikasi, proses pembayaran serta boleh diakses oleh pelbagai kategori pengguna yang layak.

    Muat Turun Aplikasi MyProMIS

    Aplikasi My ProMIS oleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bermula Ogos 2025.

    Maklumat Lanjut

    Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai sistem ProMIS dan tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) di:

    Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/, atau terus ke Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (ProMIS) di pautan berikut: https://promis.bph.gov.my/login.

    TEMPAHAN PENGINAPAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟎𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚), 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐦 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢.

    RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT)
    RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT)

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempahan RPP, sila rujuk: Rumah Peranginan Persekutuan – Tempahan Dibuka 23 Sept 2025

    Soalan Lazim ProMIS

    Apakah itu ProMIS?

    ProMIS ialah sistem pengurusan digital yang menggantikan sistem lama SBBPH bagi mengurus permohonan, pengagihan, dan penyimpanan maklumat hartanah kerajaan seperti kuarters, rumah peranginan, serta bangunan pejabat.

    Adakah sistem ini lebih mudah digunakan berbanding SBBPH?

    Ya, ProMIS lebih senang digunakan. Paparan antaramuka lebih jelas dan setiap proses disusun langkah demi langkah supaya tidak mengelirukan.

    Adakah semua maklumat dari sistem SBBPH akan sama 100% dengan sistem ini?

    Secara umumnya, semua data penting akan dipindahkan ke sistem ini. Pihak teknikal akan memastikan maklumat pengguna, permohonan dan rekod terdahulu tidak hilang.

    Kenapa perlu daftar dan bagaimana maklumat saya disahkan?

    Pendaftaran penting untuk memastikan hanya pengguna yang sah boleh mengakses dan menggunakan sistem. Maklumat asas seperti nama, jawatan dan agensi akan disemak secara automatik melalui integrasi dengan sistem agensi berkaitan.

    Adakah semua maklumat saya dalam SBBPH akan sama dan tidak berubah? Contohnya No. Giliran Tawaran Kuarters dan Permohonan Rumah Peranginan.

    Ya. Sistem ini menggunakan sambungan selamat (https) dan semua data disimpan secara sulit dan terlindung menggunakan teknologi penyulitan (encryption). Setiap tindakan pengguna juga direkodkan sepenuhnya untuk tujuan pemantauan dan keselamatan.

    Bagaimanakah sekiranya, e- mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima?

    Sekiranya e-mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima, sila ikuti langkah- langkah berikut:
    – Semak e-mel di peti masuk SPAM/Junk Mail
    – Semak semula alamat e-mel dan kemas kini sekiranya perlu.

    Bagaimana cara membuat permohonan rumah peranginan melalui ProMIS?

    Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal ProMIS setelah pendaftaran akaun dan pengemaskinian data HRMIS lengkap.

    Bila tempahan RPP dibuka?

    Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku tahun keempat 2025 untuk tempoh 1 Oktober 2025 hingga 4 Januari 2026 akan dibuka pada 23 September 2025 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

     Bagaimana cara mendaftar sebagai syarikat atau organisasi di ProMIS?

    Syarikat atau organisasi perlu mendaftar akaun menggunakan nombor pendaftaran SSM atau nombor pendaftaran pertubuhan di portal ProMIS. Proses melibatkan pengisian maklumat syarikat, pemilik atau wakil serta dokumen sokongan. Setelah selesai, kata laluan sementara akan dihantar melalui e-mel untuk log masuk pertama kali.

    Adakah ProMIS wajib untuk semua agensi kerajaan dan syarikat yang urus hartanah kerajaan?

    Ya, penggunaan ProMIS adalah diwajibkan bagi semua agensi kerajaan, badan berkanun, serta syarikat yang terlibat dalam pengurusan atau permohonan hartanah kerajaan untuk memastikan keseragaman dan pemantauan yang lebih baik.

    Apakah langkah untuk reset kata laluan jika terlupa?

    Pengguna boleh menggunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di portal ProMIS untuk mendapatkan pautan reset yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar. Sekiranya masalah berterusan, hubungi sokongan teknikal BPH.

    Bagaimana pihak majikan atau HR boleh mengurus permohonan kuarters untuk kakitangan?

    Majikan atau pejabat HR perlu mendaftar sebagai syarikat di ProMIS dan menggunakan akaun tersebut untuk memohon, mengesahkan, dan mengurus kuarters bagi kakitangan mereka melalui modul khas yang disediakan dalam sistem.

    Bagaimana pengguna boleh memeriksa status permohonan mereka?

    Status permohonan boleh dipantau secara langsung dalam dashboard ProMIS selepas log masuk, termasuk status kelulusan, bayaran, dan pengeluaran kunci.

    Apakah kaedah pembayaran untuk rumah peranginan atau kuarters yang diluluskan?

    Maklumat bayaran akan disediakan dalam sistem ProMIS selepas permohonan diluluskan, dan pengguna boleh membuat bayaran secara dalam talian atau melalui kaedah lain yang ditetapkan oleh BPH.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut