Rumah Peranginan Persekutuan 2026 – Tempahan Dibuka 16 Disember 2025

Rumah Peranginan Persekutuan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan antara manfaat yang disediakan buat semua penjawat awam. Untuk membuat tempahan, semakan lokasi dan pendaftaran, anda boleh merujuk Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah di pautan berikut: 𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐩𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬.𝐛𝐩𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/

Secara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:

  1. RPP Eksekutif (RPPE)
  2. RPP Premier (RPPP)
  3. Rumah Tamu (RT)

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Setiap pemohon layak untuk menginap di RPP namun terhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.

RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025.

Rumah Peranginan Persekutuan
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025

Apa itu Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH?

Rumah Peranginan Persekutuan ialah kemudahan penginapan milik kerajaan yang ditadbir urus oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Ia bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam bercuti bersama keluarga pada kadar istimewa, dengan kemudahan penginapan setaraf hotel atau resort namun harga yang jauh lebih murah.

Konsep asal RPP adalah untuk menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance), meningkatkan kebajikan serta memberikan ganjaran dalam bentuk kemudahan rekreasi.

Oleh itu, lokasi RPP biasanya terletak di kawasan tumpuan pelancongan dalam negara termasuk pantai, kawasan tanah tinggi, serta destinasi pelancongan popular.

RINGKASAN

  • RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirahat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;
  • RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;
  • Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun boleh dipertimbangkan untuk menginap di RPPE tertakluk kepada kekosongan dan permohonan perlu di buat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh menginap;
  • Selain daripada kemudahan penginapan, antara kemudahan lain yang disediakan oleh BPH adalah bot, kayak dan lain-lain.

Syarat & Kelayakan

Kelayakan Pemohon

  • Terbuka untuk semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri tanpa mengira gred bagi RPP Eksekutif dan Rumah Tamu.
  • Bagi RPP Premier, kelayakan khusus untuk penjawat awam gred 48 dan ke atas.
  • Pesara kerajaan yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia juga layak memohon untuk beberapa kategori RPP.

Had Tempoh Penginapan

  • Tempoh maksimum penginapan adalah sehingga 7 hari berturut-turut untuk RPP dalam negara.
  • Setiap pemohon dibenarkan membuat tempahan maksimum 3 kali setahun untuk RPP Eksekutif dan Premier, kecuali bagi Rumah Tamu yang tiada had.

Tujuan Penginapan

  • RPP Premier dan Eksekutif disediakan untuk tujuan rehat dan rekreasi.
  • Rumah Tamu diperuntukkan untuk pegawai/kakitangan yang baru dilantik, bertukar penempatan, bertugas luar kawasan, atau dalam keadaan kecemasan seperti bencana kediaman.

Proses Permohonan

  • Permohonan dibuat secara atas talian melalui sistem rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).
  • Pemohon wajib mendaftar akaun dan mengemaskini maklumat dalam Sistem HRMIS untuk kesahihan.
  • Bayaran sewaan perlu dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan, biasanya sebelum 7 hari dari tarikh menginap.

Keutamaan dan Kekosongan

  • Keutamaan diberikan kepada pegawai bergaji rendah hingga sederhana bagi memastikan peluang sama rata.
  • Kelulusan permohonan bergantung kepada kekosongan dan syarat kelayakan.

Penginapan Keluarga

  • Penginapan hanya dibenarkan untuk pemohon dan keluarga terdekat sahaja (suami/isteri dan anak).
  • Tetamu tambahan tidak dibenarkan tanpa kelulusan khusus.

Peraturan Tambahan

  • Pemohon mesti menghormati peraturan penggunaan RPP seperti menjaga kebersihan dan keselamatan premis.
  • Pembatalan tempahan harus dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk elak penalti.

Pesara

Penggunaan RPP/RT bagi pesara adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia berdasarka gred jawatan terakhir sebelum persaraan
  • Balu atau waris kepada pesara adalah tidak layak
  • Permohonan pesara untuk menduduki RPPP boleh dipertimbangkan namun keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang sedang berkhidmat.

Baca syarat & kelayakan dengan lebih terperinci di bawah (PDF):

HEBAHAN: TEMPAHAN PENGINAPAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT), BPH

𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM) akan membuka sistem 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 (𝐑𝐏𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 (𝐑𝐓) bagi tempoh tiga bulan 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟎𝟓 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟔 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚), 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢.

JANGAN LUPA!! BAGI YANG BELUM MENDAFTAR, SILA BUAT PENDAFTARAN SEGERA DALAM SISTEM BAHARU PROMIS MELALUI CAPAIAN 𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐩𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬.𝐛𝐩𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/ BAGI MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT TEMPAHAN RPP, RT DAN UNTUK MENGGUNAKAN SEMUA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DI BPH.

Sumber : Bahagian Pengurusan Hartanah

Rumah Peranginan Persekutuan 2026 - Tempahan Dibuka 16 Disember 2025

BPH mengharapkan semua pelanggan dapat menikmati kemudahan yang disediakan di RPP dan RT dengan kadar bayaran yang amat berpatutan berbanding dengan penginapan komersial yang lain.

Dalam masa yang sama, BPH sentiasa berusaha untuk memastikan kondisi penginapan dan fasiliti di RPP dan RT yang terbaik, selesa dan cantik untuk semua.

Selamat bercuti dan alamilah keindahan dan keistimewaan di RPP dan RT, BPH.

Jenis Penginapan

Rumah Peranginan Persekutuan
Jenis Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk tahun 2025 menawarkan tiga jenis utama penginapan dengan kadar bayaran berbeza mengikut kategori, kelayakan, lokasi dan kemudahan:

1. RPP Eksekutif (RPPE)

  • Terbuka untuk semua penjawat awam (Persekutuan, Negeri), badan berkanun, dan pesara kerajaan.
  • Lokasi terletak di seluruh Malaysia: Port Dickson, Cameron Highlands, Morib, Pulau Pinang, Langkawi, Pangkor, Tasik Kenyir dan lain-lain.
  • Unit penginapan: bilik hotel, apartmen 2–3 bilik, chalet, suite keluarga, banglo.

2. RPP Premier (RPPP)

  • Kelayakan khusus untuk pegawai perkhidmatan awam Gred 48 ke atas dan pesara gred tinggi.
  • Lokasi premium dalam dan luar negara seperti: Bukit Fraser (The Lodge), Cameron Highlands, Tanjung Tuan, Labuan, Port Dickson, Singapura dan London.
  • Unit penginapan: villa, banglo, suite mewah, apartmen premium.

3. Rumah Tamu (RT) / Rumah Transit

  • Untuk penjawat awam yang baru dilantik, berpindah, bertugas luar kawasan, kecemasan atau keluarga ketika perlu penempatan sementara.
  • Lokasi di Putrajaya, KLIA, Labuan, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain.
  • Unit penginapan: rumah teres, apartmen, dorm, rumah keluarga.

Kadar Sewaan

1. KADAR SEWAAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PREMIER

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025
Kadar Sewaan RPP Premier

2. KADAR SEWAAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN EKSEKUTIF

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025
Kadar Sewaan RPP Premier
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025
Kadar Sewaan RPP Premier

3. KADAR SEWA DAN GRED KELAYAKAN RUMAH TRANSIT

Rumah Transit

Senarai Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2026

Rumah Peranginan Persekutuan
Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) BPH 2025

RUMAH PERANGINAN PREMIER:

  • Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser: (The Lodge) Jalan Lady Maxwell, 49000 Bukit Fraser, Pahang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands: Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Labuan: Jalan Sawangan Cina Membedai, 87009 Wilayah Persekutuan Labuan
  • Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson: KM 18, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan, Port Dickson: (Regency Tanjung Tuan Beach Resort) KM 8, Jalan Pantai 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Rumah Peranginan Persekutuan Singapura: No. 2, Holt Road, Singapura 1024
  • Rumah Peranginan Persekutuan London (Hyde Park Gate): 58/59, Hyde Park Gate, Kensington, London SW7 5ED, United Kingdom
  • Rumah Peranginan Persekutuan London (York House): 2, York House, Apy 15, Church Street, Kensington, London W8 4EY, United Kingdom
  • Rumah Peranginan Persekutuan Transit Middlesex: 9, Wykeham Close, Sipson, Middlesex, West Drayton, UB7 UH, United Kingdom

RUMAH PERANGINAN EKSEKUTIF:

  • Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser: Jalan Girdle, 49000 Bukit Fraser, Pahang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands: Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Morib: KM 47 Jalan Morib, 42700 Banting, Selangor
  • RPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir: Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang, Terengganu
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang: No. 9, Jalan D.S. Ramanathan (Jalan Scott), 10350 Pulau Pinang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson: Km 18 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson Negeri Sembilan
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor: Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Negeri Sembilan

RUMAH TAMU:

1. Putrajaya

  • Presint 11, Putrajaya (semi-detached): No.30 & 32, Jalan P11/1, Presint 11 PUTRAJAYA
  • Presint 11 Zon 6B (apartmen): Blok C Presint 11, Zon 6B, Jalan P11j, 62200 PUTRAJAYA

2. Kuala Lumpur

  • KKKA Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur, Pejabat Cawangan Senggara Jalan Duta, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Jalan Dutamas 3, 56000 Kuala Lumpur.

3. Johor

  • KKKA KIK Tanjung Kupang, Pejabat Senggara KIK Tanjung Kupang, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KIK, Jalan Bukit Kuching, 81560 Tanjung Kupang Johor.

Cara Membuat Tempahan RPP BPH 2026

Permohonan boleh di buat secara atas talian (online) melalui laman web Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (ProMIS) di pautan berikut: https://promis.bph.gov.my/login

Pemohon dikehendaki mendaftar bagi mendapatkan kata laluan / akses dan seterusnya membuat permohonan secara atas talian.

Rujuk cara daftar Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (ProMIS) di sini: https://ecentral.my/promis/ bagi membolehkan anda membuat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP).

Bagi tetamu yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, HANYA suami/isteri pemohon yang tersenarai dalam surat kelulusan penginapan dibenarkan untuk mendaftar masuk.

Bagi permohonan berkelompok:

  • Tempahan hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tarikh penginapan.
  • Permohonan berkelompok hanya dibenarkan pada luar waktu puncak sahaja iaitu hari selain daripada Sabtu/Ahad, Cuti Umum Persekutuan dan Cuti Sekolah.
  • Surat permohonan rasmi Jabatan perlu dimuat naik sebelum kelulusan dipertimbangkan.

Kelulusan permohonan RPPE/RT adalah tertakluk kepada kekosongan manakala kelulusan bagi RPPP dan berkelompok tertakluk kepada kekosongan, keutamaan kelayakan dan kelulusan Pengurusan BPH.

Bagi permohonan berkelompok dan menginap di RPPP, sekiranya tiada kelulusan diterima dalam tempoh 30 hari daripada tarikh menginap, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan secara walk-in diterima di semua RPPE/RT sekiranya terdapat kekosongan.

Permohonan kemudahan perkhidmatan bot diantara Pengkalan Gawi ke RPP Tasik Kenyir (pergi dan balik) hendaklah di buat semasa membuat permohonan menginap secara online.

Tarikh tempahan dibuka adalah empat (4) kali setahun iaitu:

  • Buka bermula 16 Disember 2025 (Tarikh penginapan Jan – Mac 2026 ) – TERKINI
  • Buka bermula Mac (Tarikh penginapan April – Jun)
  • Buka bermula Jun (Tarikh penginapan Julai – September)
  • Buka bermula September (Tarikh penginapan Okt – Disember)

Rumah Peranginan Persekutuan - Tempahan Dibuka 23 Sept 2025
Daftar Masuk & Daftar Keluar RPP BH 2025

Kaedah Pembayaran

Pembayaran boleh di buat melalui kaedah berikut:

i. secara atas talian (online) melalui laman web BPH. Resit bayaran hanya perlu dicetak oleh pemohon sebagai bukti pembayaran sekiranya perlu dan dimaklumkan oleh pegawai BPH; atau

ii. secara tunai di Kaunter Bahagian Pengurusan Hartanah, Blok F6, Parcel F, Putrajaya.

NOTA PENTING:

  • Pemohon perlu memastikan bayaran dijelaskan kepada BPH selewatlewatnya tujuh (7) hari dari tarikh tempahan diluluskan. Jika bayaran gagal di buat dalam tempoh yang telah ditetapkan, tempahan terbatal secara automatik.
  • Tempahan yang di buat dalam tempoh kurang tujuh (7) hari dari tarikh menginap, bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 48 jam tetapi tidak kurang daripada tempoh 12 jam dari tarikh menginap. Pemohon perlu memuat naik salinan resit bayaran sebagai bukti bayaran.
  • Bagi permohonan berkelompok, salinan Pesanan Tempatan hendaklah dimuat naik dalam sistem tidak kurang dalam tempoh 30 hari daripada tarikh menginap setelah kelulusan diberikan dan kelulusan akan terbatal sekiranya Pesanan Tempatan tidak dikemukakan.
  • Pengurusan BPH berhak mengenakan tindakan termasuk disenaraihitamkan dan laporan mengenainya akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing sekiranya penginap turut melakukan kesalahan melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  • Pemulangan deposit adalah tidak lewat dari 30 hari selepas tempoh daftar keluar menginap tertakluk kepada terma dan syarat dan bayaran akan di buat melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
  • Bayaran bagi kemudahan perkhidmatan bot diantara Pengkalan Gawi ke RPPPTK (pergi dan balik) hendaklah di buat semasa membuat permohonan menginap secara atas talian (online) melalui sistem SBBPH. Resit bayaran perlu dicetak oleh pemohon sebagai bukti pembayaran dan dikemukakan sebagai bukti sebelum menaiki bot.

Penginapan RPPP di Luar Negara

Penginapan RPP Premier (RPPP) di luar negara merupakan salah satu kemudahan eksklusif untuk pegawai perkhidmatan awam Gred 48 dan ke atas, serta golongan pesara layak.

Dua lokasi RPPP utama di luar negara ialah Singapura dan London, United Kingdom.

Lokasi RPPP di Luar Negara

RPPP Singapura

  • Alamat: No. 2, Holt Road, Singapura 1024
  • Unit: Banglo 3 bilik

RPPP London (Hyde Park Gate & York House)

  • Alamat Hyde Park Gate: 58/59, Hyde Park Gate, Kensington, London SW7 5ED, United Kingdom
  • Alamat York House: 2, York House, Apt 15, Church Street, Kensington, London W8 4EY, United Kingdom
  • Unit: Apartmen 2/3 bilik

Tempoh & Syarat Penginapan

  • Hanya penjawat awam/pesara yang memenuhi syarat kelayakan (minimum Gred 48) dibenarkan memohon.
  • Tempoh maksimum penginapan bagi RPPP di luar negara adalah sehingga 14 hari sahaja bagi satu permohonan.
  • Permohonan terhad kepada satu unit sahaja pada satu masa, tertakluk kekosongan dan kelulusan BPH.

Pihak Pengurusan BPH berkuasa meluluskan permohonan penginapan di RPP/RT kecuali permohonan menginap di United Kingdom.

Kuasa meluluskan permohonan menginap di United Kingdom terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan hendaklah di isi secara atas talian di melalui www.bph.gov.my.

Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dikemukakan kepada:

  • Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.
  • Tel: 03-8888 8053

Bagi permohonan yang telah diluluskan, pembayaran perlu dilakukan melalui sistem SBBPH atau di kaunter BPH, Parcel F.

Syarat dan terma peraturan adalah seperti Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2015.

Had Tempoh Penginapan

  • Tempoh masa penginapan yang dibenarkan bagi RPP dalam negara adalah tidak melebihi tujuh (7) hari manakala bagi RPP di luar negara adalah tidak melebihi empat belas (14) hari.
  • Tempoh masa penginapan yang dibenarkan bagi RT adalah tidak melebihi empat belas (14) hari.
  • Tempoh satu (1) hari adalah mulai waktu daftar masuk, iaitu jam 2.00 petang sehingga jam 12.00 tengah hari pada hari berikutnya.

Sebarang permohonan untuk penangguhan masa daftar keluar hendaklah berurusan dengan Penyelia/Staf RPP/RT berkenaan dan kebenaran hanya berdasarkan kepada justifikasi yang ditetapkan oleh pengurusan BPH.

Had Bilangan Tetamu

Had bilangan tetamu yang dibenarkan mengikut jenis adalah seperti di jadual di
bawah:

Rumah Peranginan Persekutuan
Had Bilangan Tetamu

Tanggungjawab Tetamu

  • Semasa pendaftaran masuk, pemohon yang mendaftar masuk (“tetamu”) hendaklah menunjukkan kad pengenalan/ pas jabatan dan mengisi borang pengesahan mendaftar masuk.
  • Tetamu yang diluluskan penginapan hendaklah mendudukinya sendiri dan tidak boleh ditukar ganti kepada orang lain.
  • Tetamu perlu melaporkan dengan segera kepada Penyelia RPP/RT jika terdapat peralatan yang rosak atau tidak lengkap berdasarkan senarai inventori sebaik sahaja menduduki unit yang diberikan.
  • Tetamu perlu memastikan segala peralatan dan kelengkapan yang disediakan di RPP/RT digunakan dengan baik.
  • Tetamu perlu memastikan membawa peralatan penginapan yang secukupnya kerana pihak BPH hanya menyediakan kemudahan asas penginapan dan tidak menyediakan kemudahan kelengkapan diri seperti tuala, peralatan membasuh dan lain-lain.

Larangan

Tetamu adalah DILARANG melakukan perkara-perkara berikut ketika berada dalam premis atau kawasan RPP dan RT:

  1. Membawa masuk haiwan peliharaan
  2. Membawa masuk makanan dan minuman yang tidak halal
  3. Mengadakan aktiviti yang bertentangan dengan kelaziman sosial dan kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, maksiat dan sebagainya
  4. Merosakkan atau membawa keluar sebarang peralatan, kelengkapan atau tumbuh – tumbuhan yang disediakan di RPP
  5. Merokok atau vape di kawasan RPP dan RT
  6. Membawa masuk senjata berbahaya
  7. Menyalahgunakan fungsi kemudahan yang disediakan

Maklumat Lanjut & Tempahan

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/, atau terus ke Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (ProMIS) di pautan berikut: https://promis.bph.gov.my/login

Untuk sebarang info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk:

Muat Turun Panduan PDF di bawah:

Soalan Lazim Rumah Peranginan Persekutuan

Apakah itu Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)?

RPP ialah kemudahan rumah rehat yang disediakan oleh kerajaan untuk pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pesara bagi tujuan istirehat dan rekreasi.

Apakah perbezaan antara RPP Eksekutif, RPP Premier dan Rumah Tamu?

RPP Eksekutif dan Premier adalah rumah rehat untuk pegawai dan kakitangan awam mengikut kelayakan gred. Rumah Tamu (RT) adalah penginapan sementara bagi kegunaan tugas rasmi, perpindahan, atau kecemasan.

Siapa yang layak membuat tempahan RPP?

Penjawat awam Persekutuan dan Negeri, pesara kerajaan serta anggota badan berkanun (bergantung kepada kategori RPP).

Berapa kali setahun saya boleh membuat tempahan?

Tempahan untuk RPP Eksekutif dan Premier terhad kepada maksimum tiga (3) kali setahun. Rumah Tamu tiada had tempahan.

Bagaimana cara membuat tempahan?

Tempahan dibuat secara atas talian melalui portal eRPP Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dengan pendaftaran awal akaun.

Apakah tempoh maksimum penginapan?

RPP dalam negara: maksimum 7 hari berturut-turut.
RPP luar negara (RPPP): maksimum 14 hari.
Rumah Tamu: maksimum 14 hari mengikut keperluan rasmi.

Adakah saya boleh membawa keluarga atau tetamu?

Ya, hanya suami/isteri dan anak yang tersenarai sahaja dibenarkan mendaftar masuk bersama pemohon. Tetamu tambahan tidak dibenarkan tanpa kebenaran.

Apakah kemudahan yang disediakan di RPP?

Kemudahan berbeza mengikut lokasi dan jenis RPP tetapi biasanya termasuk bilik ber-AC, ruang tamu, dapur kecil, televisyen, WiFi, parkir dan kawasan rekreasi.

Di manakah lokasi RPP di Malaysia?

RPP terdapat di destinasi popular seperti Cameron Highlands, Port Dickson, Morib, Pulau Pinang, Langkawi, Genting Highlands, Melaka, Kuala Terengganu, dan beberapa lokasi lain.

Adakah RPP dibuka kepada orang awam?

Tidak. RPP hanya untuk penjawat awam persekutuan sahaja. Orang awam tidak layak untuk menempah penginapan ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut