Program Sayangi Rumahku 2027 – Cara Mohon & Syarat

Program Sayangi Rumahku 2027 (Perak) - Cara Mohon & Syarat
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Program Sayangi Rumahku 2027 adalah inisiatif Yayasan Perak bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak mendapatkan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa.

Permohonan Program Sayangi Rumahku 2027 boleh dilakukan terus melalui laman sesawang Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my bermula 2 Jun 2026 hingga 30 September 2026.

Bantuan yang ditawarkan adalah Baik Pulih Rumah dan Bina Baharu Rumah.

Bagi yang ingin membuat permohonan, anda boleh semak syarat kelayakan dan cara permohonan Program Sayangi Rumahku 2027 Yayasan Perak di bawah.

Apa Itu Program Sayangi Rumahku 2027?

Program Sayangi Rumahku ialah inisiatif Kerajaan Negeri Perak untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar membaiki atau membina semula rumah mereka.

Melalui program bantuan ini, ia dapat membantu keluarga kurang berkemampuan memiliki tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa.

Permohonan boleh dibuat melalui Yayasan Perak dengan menyediakan dokumen lengkap.

Konsep Program: Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.

Syarat Kelayakan

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda memohon Program Sayangi Rumahku 2027:

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas (Tidak melebihi 70 Tahun bagi Bina Baharu) dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
Program Sayangi Rumahku 2027
Sumber: Yayasan Perak – Rasmi
Program Sayangi Rumahku 2027
Sumber: Yayasan Perak – Rasmi

Tarikh Permohonan Dibuka

Permohonan Program Sayangi Rumahku 2027 dibuka bermula:

  • 2 Jun 2026 hingga 30 September 2026

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi Yayasan Perak.

Cara Mohon Program Sayangi Rumahku 2027

Untuk membuat permohonan Program Sayangi Rumahku 2027, sila rujuk cara-cara berikut:

  1. Layari portal rasmi Yayasan Perak
  2. Klik “Mohon Bantuan”
  3. Log masuk ke Sistem Bantuan Yayasan Perak.
  4. Sekiranya tidak mempunyai akaun, sila klik “Tidak mempunyai akaun? Daftar sekarang

Setelah daftar dan log masuk, anda boleh terus membuat permohonan online Program Sayangi Rumahku 2027 dengan mengisi maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan.

Cara Mohon Program Sayangi Rumahku 2027
Sumber: Sistem Bantuan Yayasan Perak

Dokumen Diperlukan

Pastikan juga anda menyediakan dokumen-dokumen tersebut agar permohonan anda mudah diterima:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan / waris.
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

Kategori Sayangi Rumahku 2027

Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
  • Pelan lantai rumah bina baru :
Program Sayangi Rumahku 2027
Sumber: Yayasan Perak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Program Sayangi Rumahku 2027, sila rujuk:

  1. Portal Yayasan Perak
  2. Facebook Yayasan Perak – Rasmi
  3. Sistem Bantuan Yayasan Perak
  4. Talian (Bahagian Modal Insan): 05 246 0998
  5. Emel: [email protected]

Soalan Lazim Program Sayangi Rumahku 2027

Adakah saya perlu membayar semula kos pembinaan atau baik pulih rumah ini?

Tidak. Program ini adalah bantuan penuh secara percuma tanpa sebarang bayaran atau kadar faedah bagi pemohon yang layak.

Adakah program ini sama dengan Rumah Perakku Prihatin?

Tidak sama. Program Sayangi Rumahku ialah bantuan percuma (subsidi penuh). Manakala Rumah Perakku Prihatin ialah skim pinjaman perumahan tanpa faedah untuk golongan B40 membina rumah pertama

Saya belum berkahwin tetapi menanggung ibu bapa yang uzur, bolehkah saya memohon?

Mengikut syarat asas bertulis, pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan sudah berkahwin.

Bagaimanakah cara menghantar permohonan Program Sayangi Rumahku 2027?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal rasmi Yayasan Perak sepanjang permohonan dibuka (2 Jun 2026 hingga 30 September 2026).

Adakah saya boleh memilih pelan lantai atau reka bentuk rumah sendiri?

Tidak boleh. Reka bentuk, pelan lantai, dan spesifikasi bahan binaan telah ditetapkan secara standard oleh pihak jawatankuasa teknikal Yayasan Perak demi keselamatan dan kos ekonomi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut