Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Hari Sukan Negara 2026 kembali sebagai platform untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Sambutan ini menjadi peluang untuk semua lapisan masyarakat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan serta menjadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Baca juga: Nak Jadi Sukarelawan Le Tour de Langkawi 2026? Permohonan Kini Dibuka

Apa itu Hari Sukan Negara 2026?

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan, seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
  2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
  3. Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
  4. Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
  5. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembangunan sukan untuk semua.

Bila HSN 2026 Diadakan?

Hari Sukan Negara 2026 secara rasmi akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu).

Kategori Penyertaan HSN 2026

Program dan aktiviti HSN 2026 memberi tumpuan kepada penyertaan masyarakat merentas usia, latar belakang dan tahap kecergasan.

  • Warga Emas: 60 tahun ke atas
  • Warga Veteran: 40–60 tahun
  • Rakan Muda: 13–29 tahun
  • Wanita: Semua peringkat umur
  • Kanak-Kanak: Penyertaan aktif dan selamat

    Acara dan Aktiviti

    Hari Sukan Negara Kini Kembali! Pelbagai program dan aktiviti akan dianjurkan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

    Antaranya adalah Larian Ria MADANI yang dikuasakan oleh Safi Shayla pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    Pendaftaran akan dibuka esok, 16 Ogos 2026, jam 9.00 pagi!

    Hari Sukan Negara 2026

    Anda boleh semak pelbagai aktiviti menarik lain menerusi portal Hari Sukan Negara.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut dan info terkini berkenaan dengan Hari Sukan Negara 2026, anda boleh rujuk:

    Atau hubungi:

    1. Sekretariat Hari Sukan Negara Jabatan Belia dan Sukan Negara
    Aras 13, Menara KBS
    No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Putrajaya

      2. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
      Jalan Hospital
      01000 Kangar, Perlis

      • Tel: 04-9793505
      • Faks: 04-9762555

      3. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
      Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
      Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
      06550 Alor Setar, Kedah

      • Tel: 04-7324500
      • Faks: 04-7311909

      4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
      Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
      Jalan Sultan Azlan Shah
      11700 Gelugor, Pulau Pinang

      • Tel: 04-6554444
      • Faks: 04-6574444

      4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
      Tingkat 1, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak
      Jalan Ghazali Jawi
      31400 Ipoh, Perak

      • Tel: 05-5489501
      • Faks: 05-5489504

      5. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
      Tingkat 5, Bangunan Plaza Perangsang
      Persiaran Perbandaran
      40000 Shah Alam, Selangor

      • Tel: 03-55192326
      • Faks: 03-55192231

      6. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
      Jalan Bukit Kiara 1
      60000 Bukit Kiara
      Kuala Lumpur

      • Tel: 03-20815800
      • Faks: 03-20956997

      7. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
      D/A Kompleks Belia dan Sukan Paroi
      70400 Seremban
      Negeri Sembilan

      • Tel: 06-76131163 / 06-7641480
      • Faks: 06-7625569

      8. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
      Jalan Tasik, Hang Tuah Jaya
      75450 Melaka

      • Tel: 06-2345900 / 01 / 02 / 03
      • Faks: 06-2345905

      9. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
      Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan
      Jalan Air Molek
      80000 Johor Bahru, Johor

      • Tel: 07-2232614
      • Faks: 07-2224485

      10. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
      Kompleks Belia dan Sukan Panji
      15200 Kota Bharu, Kelantan

      • Tel: 09-7661200
      • Faks: 09-7642919 / 7667269

      11. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
      Jalan Pasir Panjang
      21100 Kuala Terengganu
      Terengganu

      • Tel: 09-6222344
      • Faks: 09-6236596

      12. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
      Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang
      Jalan Tun Ismail
      25000 Kuantan
      Pahang

      • Tel: 09-5164354
      • Faks: 09-5162272

      13. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah
      Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah
      Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
      Mel Beg 81
      88998 Kota Kinabalu, Sabah

      • Tel: 088-765777
      • Faks: 088-765262

      14. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
      Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
      Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
      93150 Kuching, Sarawak

      • Tel: 082-240631 / 248321
      • Faks: 082-244537

      15. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
      Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
      Peti Surat 80906
      87019 Wilayah Persekutuan Labuan

      • Tel: 087-415344
      • Faks: 087-415345

      Soalan Lazim Hari Sukan Negara 2026

      Bilakah Hari Sukan Negara 2026 diadakan?

      Hari Sukan Negara 2026 akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu).

      Apa itu Hari Sukan Negara?

      Hari Sukan Negara merupakan inisiatif nasional untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

      Siapakah yang boleh menyertai Hari Sukan Negara 2026?

      HSN 2026 terbuka kepada masyarakat daripada pelbagai usia, latar belakang dan tahap kecergasan, termasuk kanak-kanak, wanita, Rakan Muda, warga veteran dan warga emas.

      Apakah aktiviti yang dianjurkan sempena HSN 2026?

      Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan dianjurkan di seluruh negara. Antaranya ialah Larian Ria MADANI yang dikuasakan oleh Safi Shayla pada 10 Oktober 2026 di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

      Di manakah boleh semak senarai aktiviti HSN 2026?

      Senarai aktiviti boleh disemak menerusi portal rasmi Hari Sukan Negara di harisukannegara.my

      Apakah kategori penyertaan Hari Sukan Negara 2026?

      Antara kategori yang diberi tumpuan ialah warga emas (60 tahun ke atas), warga veteran (40–60 tahun), Rakan Muda (13–29 tahun), wanita dan kanak-kanak.

      Siapakah pihak yang menguruskan Hari Sukan Negara 2026?

      Hari Sukan Negara dilaksanakan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama Jabatan Belia dan Sukan di setiap negeri serta Wilayah Persekutuan.

      Baca juga: SUKMA Selangor 2026: Tarikh, Lokasi & Jadual Acara

      Penulis
      Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku