Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jika anda terlupa kata laluan portal MySTR 2027, anda boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan baharu secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan antara inisiatif bantuan tunai terbesar oleh kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat.

Semua urusan semakan status, kemas kini maklumat, permohonan baharu dan rayuan STR boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi MySTR. Namun, masalah utama yang sering dihadapi oleh pemohon ialah terlupa kata laluan untuk mendaftar masuk.

Jangan risau, anda boleh rujuk cara menyelesaikan masalah Lupa Kata Laluan STR 2027 di bawah.

Terlupa Kata Laluan STR

Jika anda ingin menyemak status kelulusan atau kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027, tetapi terkandas kerana terlupa kata laluan, jangan panik. Masalah ini sangat kerap berlaku, terutamanya apabila kita jarang log masuk ke portal berkenaan.

Sebelum anda cuba meneka kata laluan lama, jangan cuba log masuk dengan kata laluan yang salah melebihi 3 kali.

Jika anda berbuat demikian, akaun MySTR anda berpotensi untuk disekat (blocked) secara automatik selama 24 jam atas faktor keselamatan. Jika sudah terlupa, teruskan dengan langkah reset di bawah.

Cara Tetapkan Semula Kata Laluan STR 2027

Untuk menetapkan semula kata laluan STR anda, sila rujuk cara-cara berikut:

  1. Layari portal rasmi MySTR 2027 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  3. Klik Terlupa Kata Laluan.
  4. Masukkan alamat emel yang aktif, dan klik Hantar. Sistem akan memaparkan pengesahan telah dihantar ke emel yang diisi.
  5. Semak emel untuk mendapatkan kata laluan sementara untuk penukaran kata laluan.
  6. Seterusnya, log Masuk ke dalam sistem dengan mengisi kata laluan sementara.
  7. Masukkan Kata Laluan Sementara ke medan Kata Laluan Semasa.
  8. Kemudian, masukkan Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan Baharu. Klik butang Tukar.
  9. Lengkapkan soalan-soalan keselamatan yang dipaparkan. Klik butang Hantar.
  10. Isi Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu. Klik butang Tukar.
  11. Sistem akan memaparkan Kata Laluan Berjaya ditukar.
  12. Selesai.

Untuk panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah:

Muat Turun PDF Terlupa Kata Laluan MySTR 2027

Tarikh Permohonan Baharu & Kemaskini STR 2027 Dibuka

Permohonan baharu dan kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara rasminya telah mula dibuka mengikut kaedah permohonan berikut:

  • Secara Manual (Kaunter Pejabat HASiL): Telah dibuka sejak 1 Oktober 2026.
  • Secara Dalam Talian (Online): Dibuka bermula 15 Oktober 2026.

Anda boleh melayari Portal Rasmi MySTR untuk menghantar borang kemas kini secara online atau pergi ke kaunter Hasil berdekatan untuk permohonan/kemaskini secara manual.

Syarat Permohonan Baharu STR 2027

Kategori PermohonanHad UmurStatus Perkahwinan & PrasyaratHad Pendapatan Bulanan
Isi RumahTiada had umur spesifik• Berkahwin (kahwin sah berdaftar)
• Ibu/Bapa Tunggal / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung atau anak angkat sah yang berdaftar dengan JPN.
RM5,000 dan ke bawah (Pendapatan kasar isi rumah pemohon & pasangan)
Warga Emas60 tahun dan ke atas• Warga emas sebatang kara / tiada pasangan.RM5,000 dan ke bawah
Bujang21 tahun hingga 59 tahun• Belum berkahwin.
• Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
RM2,500 dan ke bawah (Nota: Mengikut ketetapan am LHDN)
Orang Kurang Upaya (OKU)Seawal 19 tahun hingga 59 tahun• Memegang kad OKU yang sah.
• Memenuhi kriteria status bujang.
RM2,500 dan ke bawah

Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tidak dibenarkan memohon sebagai individu bujang. Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan di bawah permohonan isi rumah (ibu bapa).

Cara Membuat Permohonan Baharu STR 2027

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang Permohonan Baharu
  3. Klik butang ‘Teruskan Permohonan Baharu’ untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID atau klik butang ‘Gunakan MyDigital ID’ untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.
  4. K lik butang ‘Teruskan Permohonan Baharu’ untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID atau klik butang ‘Gunakan MyDigital ID’ untuk meneruskan permohonan menggunakan MyDigital ID.
  5. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Muat naik dokumen sokongan. Saiz dokumen haruslah kurang dari 3MB. dan jenis fail adalah PDF, JPG, JPEG atau PNG sahaja.
  7. Klik butang Teruskan untuk ke halaman seterusnya.
  8. Masukkan maklumat waris.
  9. Isi Captcha untuk pengesahan & tandakan kotak kecil.
  10. Klik butang ‘Hantar’. Selesai!
Panduan Permohonan Baharu STR 2027

Rujuk panduan bergambar Permohonan Baharu STR 2027 yang lebih terperinci di bawah:

Kadar Bayaran STR 2027

Berikut ialah kadar bayaran STR 2027 dan juga SARA mengikut kategori:

1. Kategori Isi Rumah (Tiada Had Umur)

Pendapatan Bulanan: Kurang RM2,500 (<RM2,500)

  • 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,000
  • 1–2 Anak: STR RM600 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,400
  • 3–4 Anak: STR RM1,100 + SARA RM1,800 = Jumlah RM2,900
  • 5 Anak atau Lebih (≥5): STR RM1,600 + SARA RM1,800 = Jumlah RM3,400

Pendapatan Bulanan: RM2,501 – RM5,000

  • 0 Anak: STR RM200 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,400
  • 1–2 Anak: STR RM450 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,650
  • 3–4 Anak: STR RM700 + SARA RM1,200 = Jumlah RM1,900
  • 5 Anak atau Lebih (≥5): STR RM950 + SARA RM1,200 = Jumlah RM2,150

2. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (≥60 Tahun)

  • Had Pendapatan: Kurang RM5,000 (<RM5,000)
  • Bilangan Anak: 0 Anak
  • Kadar Bayaran: STR RM600 + SARA RM600 = Jumlah RM1,200

3. Kategori Bujang (21 – 59 Tahun)

  • Had Pendapatan: Kurang RM2,500 (<RM2,500)
  • Bilangan Anak: 0 Anak
  • Kadar Bayaran: STR (Tiada/-) + SARA RM600 = Jumlah RM600

Maklumat Tambahan & Nilai Maksimum/Minimum

  • Tambahan SARA untuk Miskin & Miskin Tegar: RM1,200 / RM600 setahun (Diberikan RM100 / RM50 sebulan selama 12 bulan).
  • Jumlah Maksimum STR + SARA: RM4,600
  • Jumlah Minimum STR + SARA: RM600
jumlah str 2027

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut STR 2027 di saluran rasmi berikut:

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah teknikal atau memerlukan pengesahan lanjut, anda boleh menghubungi:

  • Hotline BKK (Bantuan Sara Hidup LHDN): 1800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hotline MOF (Kementerian Kewangan Malaysia): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • E-mel Rasmi: [email protected].

Soalan Lazim Lupa Kata Laluan STR 2027

Apa nak buat kalau lupa kata laluan MySTR?

Anda perlu set semula (reset) kata laluan secara dalam talian. Layari Portal Rasmi STR, masukkan nombor kad pengenalan, klik Semak, dan kemudian pilih menu Terlupa Kata Laluan.

Saya tidak menerima Kata Laluan Sementara di e-mel saya. Apakah yang perlu saya buat?

– Semak Folder Spam/Junk: Kadangkala e-mel automatik daripada sistem LHDN masuk ke dalam folder ini.
– Tunggu 5-10 Minit: Sistem mungkin mengalami trafik yang tinggi.
– Guna Soalan Keselamatan: Jika emel tetap tidak diterima, gunakan kaedah soalan keselamatan untuk reset.

Adakah permohonan atau bayaran STR 2027 saya akan terjejas jika akaun online disekat?

Tidak terjejas. Sekatan akaun portal MySTR hanya melibatkan akses paparan dalam talian sahaja. Proses pemprosesan permohonan dan pengkreditan duit bantuan ke akaun bank anda tetap berjalan seperti biasa mengikut jadual LHDN.

Adakah kata laluan sementara yang dihantar ke emel mempunyai tempoh luput?

Ya, ada. Kata laluan sementara yang dihantar oleh sistem LHDN biasanya mempunyai tempoh sah yang terhad (biasanya dalam tempoh 15 hingga 30 minit sahaja). Jika anda tidak menggunakannya untuk log masuk dalam waktu tersebut, kod itu akan terbatal dan anda perlu mengulangi semula langkah Terlupa Kata Laluan.

Apa jadi kalau saya salah masukkan kata laluan banyak kali?

Jika anda salah masukkan kata laluan sebanyak 3 kali berturut-turut, akaun anda boleh disekat selama 24 jam atas faktor keselamatan. Selepas 24 jam, barulah anda boleh cuba log masuk semula atau klik butang reset.

Penulis