SMAN Kedah: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026

sman kedah
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Kedah Tahun 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai SMAN Kedah

    SMAN Kedah merupakan sekolah yang dikelolakan oleh LZNK yang menawarkan pendidikan peringkat menengah iaitu Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

    Sekolah ini menawarkan 2 jenis aliran iaitu:

    • Aliran 1: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
    • Aliran 2: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Tahfiz Turath / Kurikulum Standard Sekolah Menengah
      (KSSM)

    Untuk aliran 1, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah panel Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah (Sekolah Agama Rakyat & Sekolah Zakat Kedah).

    Untuk aliran 2, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di Pondok Moden Zakat Kedah, Mergong sahaja.

    Menariknya, pelajar yang terpilih memasuki mana-mana sekolah tersebut dan dalam kategori miskin akan ditaja sepenuhnya oleh LZNK.

    Tarikh Permohonan

    Tarikh permohonan dibuka sehingga 22 November 2025.

    Senarai Pusat Temuduga

    Bagi mereka yang layak dan akan dipanggil untuk sesi temuduga, berikut adalah senarai pusat temuduga:

    Zon 1 Selatan

    • SMA Tarbiah Diniah Kulim
      Jalan Pegawai 09000 Kulim Kedah Darul Aman
    • SMA Ihsaniah
      Jangkang 09700 Karangan Kedah Darul Aman
    • SM Tahfiz Sains Darul Mumtaz
      Lot 483, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kulim, Kedah Darul Aman
    • SMA Yayasan Khairiah
      Kg. Pisang Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman
    • SMA Diniah Islamiah
      Pekan Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman
    • Maahad Tarbiah Haraki Annur 
      Kampong Carok Beras, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
    • Madrasah Islahiah Diniah Memali 
      Kampong Memali, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman
    • Maahad Dini Sultan Abdul Halim
      Kampung Belantik, Mukim Sok, 08210, Sik, Kedah Darul Aman

    Zon 2 Tengah

    • Madrasah Zubaidiyah (Merbok)
      Kampung Belau, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman
    • Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam SMITI At-Taqwa
      Sungai Bongkok, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman
    • SMA Daris
      Kampung Sungai Layar Tengah, 08000 Sungai Petani, Kedah
    • SMA Taufikiah Khairiah Halimiah
      Bt. 16 Padang Lumat 08300 Gurun Kedah Darul Aman
    • SM Islam Darul Izzah
      Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah.
    • SMA Islah
      Seberang Pendang 06710 Pendang Kedah Darul Aman
    • Kolej Agama Sultan Abdul Halim
      Lot 1306, Jalan Suka Menanti, Mukim Pumpong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
    • SMA Makarimul Akhlak
      06500 Langgar Alor Setar Kedah Darul Aman
    • SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI)
      Jln Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman
    • Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah
      Kampung Tok Keling, Mukim Darga, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman

    Zon 3 Utara

    • SMI Darul Ulum – SMIDU
      KM. 23, Jalan, Kampung Bukit Larek, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
    • Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele
      Kampung Seberang Melele, Batu 21, Jalan Kodiang, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman
    • Maktab Pengajian Islam Kedah – MPIK
      No. 25, Batu 13, Jalan Changloon, Kedah, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman
    • SMA Al-Khairiah Pedu
      Jalan Empangan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
    • SMA As-Siddiqiah Al-Islamiah
      Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
    • SMA Al-Baqiyatussolihat
      Kampung Ranggot Besar, 07000 Langkawi, Kedah

    Syarat Kemasukan

    Syarat kemasukan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

    i- Kemahiran Berasaskan Dini

    1. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.
    2. Sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah.
    3. Umur 13 tahun pada tahun 2026.
    4. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.
    5. Pelajar yang layak sahaja akan ditawarkan TAJAAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA.

    ii- Tahfiz Turath

    1. Lelaki sahaja.
    2. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.
    3. Sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah.
    4. Umur 13 tahun pada tahun 2026.
    5. Berminat untuk menghafal Al-Quran dan Kitab Turath.
    6. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga (Ujian Penilaian Sekolah Zakat Kedah)

    Cara Memohon

    Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/PermohonanKemasukan_Tingkatan1_2026.

    Pemohon mestilah memuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:

    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga
    • Salinan Keputusan UPKK/ UPSRI/ SPI (Jika Ada)
    • Salinan Keputusan Peperiksaan Pertengahan/ Akhir Tahun
    • Borang Pengesahan Pendapatan Waris (Bagi yang tiada penyata gaji). Sila muat turun borang melalui pautan berikut https://bit.ly/BORANG_PENGESAHAN_PENDAPATAN_WARIS2024

    Soalan Lazim

    Berapakah umur pelajar yang boleh memohon kemasukan ke sekolah ini?

    Tawaran ini dibuka kepada semua pelajar yang berumur 13 tahun pada tahun 2026.

    Adakah pelajar yang berjaya memasuki sekolah ini akan ditaja?

    Penajaan hanya akan diberikan kepada pelajar dalam kategori miskin sahaja.

    Jika pelajar tidak bermastautin di Negeri Kedah, adakah mereka boleh memohon?

    Tidak, hanya pelajar yang sedang bermastautin atau menetap di Negeri Kedah sahaja layak memohon.

    Pertanyaan Lanjut

    Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke SMAN Kedah, sila hubungi:

    DIVISYEN PENDIDIKAN ZAKAT KEDAH
    TEL: 1800-88-1740 (Ext. 520) / 013-459 2071

    LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT
    013-446 3071

    Baca juga: Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 & Kalendar Akademik KPM

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut