Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan kemasukan murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) bagi Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Selangor bagi Kalendar Akademik 2027 dibuka bermula 28 September 2026 hingga 28 Oktober 2026.

Permohonan boleh dilakukan melalui Sistem Permohonan Aliran Agama & Dini (SPAAD) di pautan: https://idme.moe.gov.my

Permohonan ke Tingkatan 1 terbuka kepada warganegara Malaysia murid Tahun 6 sekolah KPM, swasta, atau negeri yang menguasai Al-Quran, jawi, serta cemerlang dalam PBD dan UPKK.

Manakala kemasukan ke Tingkatan 4 pula dikhususkan untuk murid Tingkatan 3 cemerlang PBD daripada pelbagai aliran sekolah menengah agama (SMKA, KAA, SABK, SMAN, SMAR, dan Swasta) yang mempunyai asas Al-Quran, jawi, atau Bahasa Arab.

Rujuk info penuh permohonan di bawah.

Apa Itu Kelas Aliran Agama Selangor 2027?

Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor bagi sesi Kalendar Akademik 2027 ialah sebuah program khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian pilihan.

Program ini direka khusus untuk memberi peluang kepada murid-murid Islam mengimbangi kecemerlangan akademik arus perdana (seperti Sains dan Matematik) dengan pendidikan Islam yang lebih mendalam, tanpa perlu memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang mempunyai kuota yang sangat terhad.

Kelas Aliran Agama Selangor 2027
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Syarat Permohonan

Berikut ialah syarat permohonan Kelas Aliran Agama Selangor 2027:

Syarat Kelayakan Kemasukan Tingkatan 1

Permohonan ke Tingkatan 1 terbuka kepada calon yang memenuhi kriteria di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid tahun enam (6) pada tahun semasa
  3. Mempunyai kebolehan membaca dan menulis jawi
  4. Murid sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) / swasta / negeri
  5. Mencapai keputusan Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  6. Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dengan baik
  7. Memiliki pencapaian cemerlang sijil agama Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Syarat Kelayakan Kemasukan Tingkatan 4

Permohonan ke Tingkatan 4 pula terbuka kepada calon yang memenuhi kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid tingkatan tiga (3) pada tahun semasa
  • Mencapai keputusan cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran / menulis jawi / Bahasa Arab
  • Murid mestilah sedang bersekolah di salah satu daripada institusi berikut:
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan – Kelas Aliran Agama (SMK-KAA)
    • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    • Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
    • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)
    • Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS)

Tarikh Permohonan Dibuka

Tarikh permohonan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor bagi Kalendar Akademik 2027 dibuka bermula 28 September 2026 sehingga 28 Oktober 2026.

Ibu bapa mempunyai tempoh selama 31 hari untuk melengkapkan pengisian maklumat anak masing-masing secara dalam talian melalui portal rasmi idMe KPM menggunakan sistem SPAAD.

    Cara Permohonan Kelas Aliran Agama Selangor 2027

    Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui pautan yang disediakan di Sistem Pengurusan idMe

    Ibu bapa/penjaga perlu mendaftar sebagai pengguna di dalam Sistem Pengurusan idMe dan mengemas kini profil sebelum membuat permohonan.

    1. Log masuk Sistem Pengurusan Identiti (idMe) KPM.
    2. Klik pada Menu Aplikasi.
    3. Klik pautan SISTEM PERMOHONAN ALIRAN AGAMA DAN DINI.
    4. Pilih kategori Kelas Aliran Agama (KAA) untuk mengemukakan permohonan KAA.
    5. Klik pada butang Permohonan Dibuka.
    6. 4. Pilih nama murid (anak jagaan) yang disenaraikan.
    7. Pilih sekolah pilihan. Sekolah 1 adalah medan wajib diisi.
    8. Klik butang Simpan. Permohonan disimpan sebagai Draf.
    9. Klik butang Penyelarasan Data MOEIS.
      • Klik butang Sahkan untuk setiap maklumat.
    10. Klik tab Perakuan.
    11. Klik butang Hantar Permohonan. Pop up notis perakuan akan dipaparkan.
    12. Tandakan pada kotak perakuan dan klik butang Hantar.
    13. Klik butang Cetak Slip dan klik Cetak Slip Permohonan. Slip berjaya dijana.

    Nota:

    • Nama murid (anak jagaan) akan dipaparkan sekiranya menepati kriteria syarat permohonan sahaja. Pilihan sekolah akan dipaparkan mengikut tetapan sekolah penyalur (feeder) yang telah ditetapkan.
    • Pengguna diwajibkan untuk mengemas kini maklumat di dalam sistem MOEIS bagi memastikan ketepatan dan kesahihan data.

    Rujuk manual pengguna di bawah:

      Semakan Tawaran

      Pemakluman penawaran akan dihantar terus kepada ibu bapa/penjaga melalui e-mel yang telah didaftarkan atau boleh dirujuk di Sistem SPAAD.

      Tarikh rasmi bagi semakan tawaran keputusan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor bagi Kalendar Akademik 2027 belum diumumkan secara terperinci di dalam pekeliling pembukaan permohonan terkini oleh JPN Selangor.

      Calon yang ditawarkan wajib membuat pengesahan penerimaan atau penolakan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran terbatal.

      Rayuan Kelas Aliran Agama Selangor 2027

      Permohonan rayuan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor bagi Kalendar Akademik 2027 hanya boleh dibuat selepas keputusan tawaran rasmi diumumkan.

      Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui pautan yang disediakan di Sistem SPAAD.

      Pemakluman keputusan rayuan akan dihantar terus kepada ibu bapa/penjaga melalui e-mel yang telah didaftarkan atau boleh dirujuk di Sistem SPAAD.

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Kelas Aliran Agama Selangor 2027

      Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk saluran utama berikut:

      Kelas Aliran Agama Selangor 2027
      Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
      Kelas Aliran Agama Selangor 2027
      Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
      Kelas Aliran Agama Selangor 2027
      Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
      Kelas Aliran Agama Selangor 2027
      Sumber: Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
      Apakah perbezaan utama antara KAA, SMKA, dan SABK?

      – KAA (Kelas Aliran Agama): Merupakan kelas khas yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian biasa. Pelajar bercampur dengan murid arus perdana tetapi mengambil subjek tambahan Bahasa Arab.
      – SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama): Keseluruhan sekolah mengamalkan ekosistem aliran agama di bawah KPM dan biasanya berasrama penuh.
      – SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan): Sekolah agama negeri atau rakyat yang telah didaftarkan sebagai sekolah bantuan kerajaan di bawah KPM.

      Adakah murid yang tidak mengambil UPKK/PSRA boleh memohon KAA Tingkatan 1?

      Syarat rasmi mengutamakan murid yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam sijil agama seperti UPKK atau kelayakan setaraf. Walau bagaimanapun, kebolehan asas yang kuat seperti membaca Al-Quran dengan baik dan menguasai tulisan Jawi tetap menjadi merit saringan utama sekolah.

      Adakah murid KAA wajib mengambil subjek Bahasa Arab sehingga SPM?

      Ya. Bagi murid yang memasuki KAA bermula Tingkatan 1, mata pelajaran Bahasa Arab merupakan subjek teras aliran yang wajib diambil dan diduduki di dalam peperiksaan SPM.

      Bolehkah murid menukar pilihan sekolah selepas menghantar permohonan di SPAAD?

      Kemas kini pilihan sekolah hanya boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan dibuka (28 September hingga 28 Oktober 2026). Selepas butang ‘Hantar’ dikunci atau tarikh tutup berakhir, tiada seubahan maklumat dibenarkan sehinggalah fasa keputusan dikeluarkan.

      Penulis