Permohonan Dermasiswa B40 (DB40) 2026 – Syarat Kelayakan

dermasiswa 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 dijangka dibuka secara rasmi sekitar Ogos 2026 melalui Portal Rasmi Penajaan JPA.

Program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah khas untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sahaja.

Penajaan dibuka kepada calon daripada keluarga berpendapatan rendah (golongan B40) yang ingin menyambung pengajian peringkat Diploma di Universiti Awam, Politeknik, mau pun Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2026 untuk rujukan bersama.

Apa Itu Program Dermasiswa B40?

Program Dermasiswa B40 (DB40) ialah skim bantuan kewangan penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar lepasan SPM daripada keluarga berpendapatan rendah (kumpulan B40).

Program ini menanggung sepenuhnya kos pengajian di peringkat Diploma dan Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang telah mendapat pengiktirafan penuh atau sementara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Tujuan utamanya adalah untuk membantu anak-anak B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tanpa bebanan hutang pendidikan.

Untuk tahun 2026, permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) akan dibuka pada bulan OGOS 2026 melalui penajaan.jpa.gov.my.

Maklumat dari masa ke semasa akan dikemaskini kelak.

Permohonan Dermasiswa B40 (DB40) 2026

Manfaat Utama Dermasiswa B40

Program Dermasiswa B40 (DB40) menawarkan bantuan kewangan menyeluruh yang direka khas untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Berikut adalah manfaat utama yang diterima oleh pemegang tajaan ini:

  • Tajaan Penuh: Yuran pengajian universiti dibayar terus oleh pihak JPA.
  • Elaun Sara Hidup: Wang saku sebanyak RM700 sebulan untuk perbelanjaan harian.
  • Elaun Buku: Bantuan tunai tahunan untuk membeli bahan rujukan akademik
  • Elaun Perkakas: Dana khas bagi pelajar kursus teknikal atau kejuruteraan.
  • Tiket Penerbangan: Tambang percuma pergi dan balik untuk pelajar Sabah dan Sarawak.

Kelebihan Struktur Tajaan:

  • Bukan Pinjaman: Pembiayaan ini adalah biasiswa penuh yang tidak perlu dibayar balik.
  • Bebas Kontrak: Pelajar tidak terikat untuk bekerja dengan sektor kerajaan selepas tamat pengajian.
  • Tiada Faedah: Anda bebas daripada bebanan hutang pendidikan atau faedah pinjaman.

    Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40

    Syarat Umum:

    Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Mempunyai kesihatan yang baik.
    3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
    4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
    5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
    6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
    7. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
    8. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.

    Syarat Khusus:

    Bagi Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti:

    • Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga subjek lain yang diambil; dan
    • Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.

    Bagi TVETMARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM)/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/ Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dan Institut Kemahiran Latihan Awam (ILKA) yang lain seperti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

    • Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu subjek lain yang diambil; dan
    • Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.

    Institusi Pengajian

    • Universiti Awam (UA)
    • Politeknik 
    • TVETMARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

    Bidang Pengajian

    • Sains
    • Sains Sosial/ Sastera
    • Kejuruteraan dan Teknikal/ Teknologi
    • Seni Bina

    Cara Permohonan

    Permohonan boleh dibuat menerusi laman web Portal Rasmi Penajaan JPA apabila permohonan dibuka kelak.

    Calon-calon dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

    Tarikh Permohonan

    Tarikh permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA bagi tahun 2026 akan dibuka pada OGOS 2026.

    Maklumat Lanjut

    Untuk permohonan lanjut dan info terkini, sila rujuk: Portal Rasmi Penajaan JPA.

    Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-8000 8000.

    Semoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan.

    Soalan Lazim Dermasiswa B40 (DB40) 2026

    Siapakah yang layak memohon Dermasiswa B40?

    Pelajar berstatus Warganegara Malaysia yang menduduki SPM buat kali pertama dan berasal daripada keluarga kategori B40 dengan pendapatan isi rumah bulanan yang sah di bawah had ketetapan semasa (sekitar RM5,249 sebulan dan ke bawah).

    Adakah keputusan SPM saya perlu “Straight A+” untuk memohon?

    Tidak perlu. Syarat akademik minimum untuk Dermasiswa B40 adalah jauh lebih fleksibel berbanding biasiswa elit lain. Anda hanya perlu mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, serta memenuhi syarat gred minimum mengikut institusi masing-masing.

    Peringkat pengajian apakah yang ditaja oleh program ini?

    Program ini dikhasan hanya untuk peringkat Diploma dan Diploma bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Program peringkat Asasi, Matrikulasi, atau Ijazah Sarjana Muda (Degree) tidak ditaja di bawah skim DB40 ini.

    Di manakah institusi pengajian yang dibenarkan?

    – Universiti Awam (UA) terpilih (contoh: UiTM, UTM, UTHM, dll.).
    – Politeknik (termasuk Politeknik Premier dan Konvensional).
    – Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

    Bolehkah tajaan ini ditarik balik atau dihentikan?

    Ya boleh. Anda wajib mengekalkan prestasi akademik yang baik setiap semester mengikut tahap Pointer (CGPA) minimum yang ditetapkan oleh JPA (biasanya CGPA 2.00 ke atas). Kegagalan mengekalkan keputusan minimum atau melanggar disiplin universiti boleh menyebabkan tajaan dihentikan.

    Bila permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 2026 boleh dibuat?

    Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2026 dijangka dibuka secara rasmi sekitar Ogos 2026 melalui Portal Rasmi Penajaan JPA.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut