Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Penjawat awam kini boleh menikmati diskaun sebanyak 20% selama 12 bulan keahlian pandapro menerusi Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil yang boleh ditebus menerusi https://www.foodpanda.my/ms/.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai insentif ini.

Mengenai Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam

Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 ialah tawaran istimewa oleh foodpanda kepada semua penjawat awam Malaysia dengan pemberian diskaun sebanyak 20% ke atas pelan langganan keahlian 12 bulan pandapro.

Insentif ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan foodpanda ini dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk seluruh warga perkhidmatan awam.

Selain menyokong inisiatif Kerajaan MADANI melaksanakan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH), ia juga membantu golongan penjawat awam mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Menerusi pemberian insentif ini, penjawat awam Malaysia dapat menikmati kadar diskaun istimewa pelan langganan keahlian 12 bulan pandapro pada kadar harga jauh lebih murah berbanding kadar harga standard, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh foodpanda.

Apa Itu pandapro?

pandapro ialah ialah program langganan berbayar bulanan atau bermusim daripada foodpanda Malaysia yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan diskaun eksklusif kepada penggunanya.

Menerusi pandapro, foodpanda menawarkan program langganan pandapro pada tiga pakej iaitu:

  • Satu bulan pada harga RM8.90 yang memberikan diskaun sebanyak 70 peratus
  • Enam bulan pada harga RM6.90 sebulan yang memberikan diskaun sebanyak 77 peratus
  • 12 bulan pada harga RM4.90 sebulan yang memberikan diskaun sebanyak 84 peratus

Tawaran Diskaun

Menerusi insentif ini, foodpanda menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi pelan langganan keahlian pandapro selama 12 bulan, khusus untuk penjawat awam yang memiliki alamat e-mel rasmi kerajaan (@xxx.gov.my).

Tempoh Penebusan

Tempoh penebusan insentif ini dibuka menerusi aplikasi foodpanda mulai 14 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Faedah Diperoleh

Semua penjawat awam Malaysia yang menebus Rebat RAHMAH pandapro 2026 akan menikmati kadar penjimatan yang signifikan sehingga 43% seperti perincian yang berikut:

  • Harga Istimewa Anda: RM47.04 untuk 12 bulan penuh (berbanding harga standard RM58.80).
  • Jumlah Penjimatan Setahun: Anda menjimatkan RM11.76 serta-merta untuk pelan ini.
  • Pecahan Bulanan: Ini bersamaan hanya RM3.92 sebulan. Ia merupakan penjimatan sebanyak 43% berbanding pelan bulanan standard (RM6.90/sebulan).

Sebaik sahaja mengaktifkan keahlian pandapro, pelbagai manfaat eksklusif dapat dinikmati:

  • Penghantaran percuma tanpa had (potongan sehingga RM4) untuk hidangan restoran dan pesanan barangan runcit.
  • Harga makanan dan pesanan lebih murah dengan diskaun sebanyak 25% dan ke atas.
  • Kos perjalanan lebih murah dengan diskaun sehingga 70% bagi perjalanan menggunakan Bolt untuk customer baru dan diskaun 40% untuk pelanggan sedia ada.
  • Diskaun sehingga 25% apabila memilih untuk mengambil sendiri pesanan makanan.
  • Pembelian barangan runcit lebih murah dengan diskaun 10% serta pilihan penghantaran percuma.

Cara Penebusan

Proses penebusan adalah berbeza mengikut status langganan pandapro dan sila ikuti langkah-langkah di bawah berdasarkan kategori pengguna yang berkenaan:

i- Pengguna Baharu pandapro (Layak Menerima Percubaan Percuma)

Sekiranya anda merupakan pengguna baharu pandapro dan layak menerima percubaan percuma selama 30 hari, anda boleh menikmati manfaat pandapro sehingga 13 bulan, iaitu 1 bulan percuma diikuti dengan langganan 12 bulan pada harga istimewa RAHMAH sebanyak RM47.04.

Langkah 1: Buka Aplikasi foodpanda
– Buka aplikasi foodpanda dan pergi ke bahagian Account.
– Pilih Try pandapro for free now.
– Pastikan akaun foodpanda anda didaftarkan menggunakan alamat e-mel rasmi kerajaan .gov.my bagi tujuan pengesahan kelayakan.

Langkah 2: Aktifkan Percubaan Percuma Selama 30 Hari
– Pilih Start your 30-day free trial now.
– Masukkan maklumat pembayaran, baca dan setujui Terma dan Syarat pandapro.
– Pilih Start your free trial untuk mengaktifkan percubaan percuma anda.

Langkah 3: Tetapkan Langganan 12 Bulan pada Harga Istimewa
– Setelah percubaan percuma diaktifkan, pergi ke Account → Subscriptions → Manage subscription.
– Pilih pelan langganan pandapro selama 12 bulan.
– Pada bahagian Vouchers for renewal, masukkan kod promosi RAHMAHPRO20 dan tekan Apply.

Langkah 4: Semak dan Sahkan Langganan
– Pastikan harga istimewa bagi langganan 12 bulan dipaparkan sebagai RM47.04.
– Baca dan setujui terma langganan yang berkaitan.
– Tekan Confirm untuk melengkapkan proses penebusan

Langkah 5: Nikmati Manfaat pandapro Sehingga 13 Bulan

    ii- Pengguna yang Pernah Menikmati Percubaan Percuma pandapro

    Sekiranya pernah menikmati percubaan percuma pandapro sebelum ini, pengguna tidak lagi layak menerima percubaan percuma selama sebulan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menikmati tawaran langganan 12 bulan pada harga istimewa, tertakluk pada kelayakan.

    Langkah 1: Buka Aplikasi foodpanda
    – Pergi ke bahagian Account dan pilih Become a pro.
    – Tekan Select plan untuk melihat pilihan pelan langganan yang tersedia.

    Langkah 2: Pilih Pelan Langganan
    – Pilih pelan langganan pandapro selama 12 bulan.
    – Pergi ke bahagian Vouchers.

    Langkah 3: Masukkan Kod Promosi
    – Masukkan kod RAHMAHPRO20 dan tekan Apply.
    – Pastikan harga istimewa RM47.04 dipaparkan.

    Langkah 4: Sahkan Langganan
    – Baca dan setujui terma langganan yang berkaitan.
    – Tekan Confirm and subscribe.
    – Semak bahagian Subscriptions dalam aplikasi serta e-mel pengesahan untuk memastikan langganan anda telah berjaya diaktifkan.

    iii- Pengguna dengan Langganan pandapro Sedia Ada yang Masih Aktif

    Sekiranya anda mempunyai langganan pandapro bulanan atau tahunan yang masih aktif, anda boleh menebus tawaran langganan 12 bulan pada harga istimewa melalui akaun sedia ada, tertakluk pada kelayakan.

    Langkah 1: Buka Tetapan Langganan
    – Buka aplikasi foodpanda dan pergi ke Account → Subscriptions → Manage subscription.
    – Tekan Edit pada bahagian maklumat pelan langganan semasa.

    Langkah 2: Pilih Pelan Langganan 12 Bulan
    – Pilih pelan langganan pandapro selama 12 bulan.
    – Pergi ke bahagian Vouchers.

    Langkah 3: Masukkan Kod Promosi
    – Masukkan kod RAHMAHPRO20 dan tekan Apply.
    – Pastikan harga istimewa RM47.04 dipaparkan.

    Langkah 4: Sahkan Langganan
    – Semak terma langganan yang berkaitan, termasuk tarikh kuat kuasa dan butiran pembaharuan langganan.
    – Tekan Confirm and subscribe. Bagi pengguna baharu pandapro: Sila daftar akaun foodpanda menggunakan alamat e-mel rasmi kerajaan .gov.my bagi membantu proses pengesahan
    – Semak bahagian Subscriptions dalam aplikasi serta e-mel pengesahan untuk memastikan tawaran promosi telah berjaya digunakan

    Soalan Lazim

    Apakah itu Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026?

    Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 ialah tawaran istimewa oleh foodpanda kepada semua penjawat awam Malaysia dengan pemberian diskaun sebanyak 20% ke atas pelan langganan keahlian 12 bulan pandapro. Pemberian insentif ini dilaksanakan bagi menyokong inisiatif Kerajaan MADANI melaksanakan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) serta membantu golongan penjawat awam mengurangkan bebanan kos sara hidup. Menerusi pemberian insentif ini, penjawat awam Malaysia dapat menikmati kadar diskaun istimewa pelan langganan keahlian 12 bulan pandapro pada kadar harga jauh lebih murah berbanding kadar harga standard, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh foodpanda.

    Siapakah yang layak menikmati Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 ini?

    Semua penjawat awam Malaysia yang memiliki e-mel rasmi kerajaan @xxx.gov.my. Contoh : [email protected]

    Bilakah Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 boleh mula dinikmati?

    Insentif rebat ini akan ditawarkan menerusi aplikasi pandapro mulai 14 Oct 2026 sempena penjawat awam mula melaksanakan norma bekerja baharu di bawah Dasar HBH. Semua penjawat awam Malaysia yang layak boleh membuat penebusan rebat sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada terma dan syarat foodpanda.

    Adakah terdapat sebarang perbelanjaan minimum yang perlu saya patuhi untuk menikmati faedah penghantaran percuma?

    Ya. Walaupun pelan anda menawarkan faedah penghantaran percuma (potongan sehingga RM4), foodpanda menetapkan syarat perbelanjaan minimum mengikut jenis pesanan (kebiasaannya RM20 untuk makanan restoran dan RM50 untuk barangan runcit/pandamart) bagi melayakkan menikmati faedah penghantaran percuma tersebut.

    Selepas tempoh langganan 12 bulan Rebat RAHMAH pandaPro Penjawat Awam 2026 tamat, adakah langganan keahlian saya akan diperbaharui secara secara automatik?

    Ya. Sepertimana tetapan langganan pandapro standard, langganan keahlian anda akan diperbaharui secara automatik selepas tempoh langganan 12 bulan pelan Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026 tamat menggunakan butiran pembayaran yang disimpan di dalam akaun anda. Jika anda tidak mahu meneruskan pelan langganan pandapro untuk tahun kedua pada kadar harga standard, anda boleh mematikan pembaharuan automatik pada bila-bila masa di bahagian tetapan langganan aplikasi foodpanda.

    Bolehkah saya dapat semula sebahagian dari bayaran langganan jika saya batalkan langganan Rebat RAHMAH Penjawat Awam 2026 pada pertengahan tahun?

    Tidak. foodpanda tidak menawarkan bayaran balik atau pemulangan wang secara prorata bagi langganan yang dibatalkan lebih awal. Walau bagaimanapun, jika pengguna memilih untuk menamatkan langganan, pengguna masih boleh menikmati faedah pro sepenuhnya sehingga tempoh 12 bulan tamat.

    Bagaimanakah caranya untuk saya menguruskan tetapan langganan atau membatalkan pelan langganan saya di dalam aplikasi foodpanda?

    Untuk mengurus tetapan atau mematikan pembaharuan automatik, klik tab Akaun (Account) di bahagian bawah kanan aplikasi foodpanda > pilih Langganan (Subscription) > pilih Urus Langganan” (Manage Subscription) dan ikuti arahan yang tertera untuk menamatkan langganan

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Rebat RAHMAH pandapro Penjawat Awam 2026, sila layari laman web Kementerian Komunikasi https://www.komunikasi.gov.my/.

    Baca juga: Cara Daftar Pandapro & Dapatkan Pelbagai Baucer Percuma

    Penulis