Permohonan Diploma Kolej Vokasional lepasan SPM bagi ambilan Mei 2026 dibuka secara online mulai 15 Mac 2026 hingga 12 April 2026 melalui pautan https://mohon.tvet.gov.my/.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Kolej Vokasional termasuk senarai kursus yang ditawarkan, syarat kemasukan, cara permohonan dan lokasi institusi ini di seluruh Malaysia.

Apa Itu Kolej Vokasional?
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.


BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
Program Sijil & Program Kemahiran Kolej Vokasional
KV menawarkan 2 peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Murid lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.
KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM.
Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.
Bidang Utama Kolej Vokasional
Sebanyak 10 bidang utama KV di seluruh negara iaitu:
| Teknologi Elektrik | Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. |
| Teknologi Elektronik | Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik. |
| Teknologi Pemesinan Industri | Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri. |
| Teknologi Kimpalan | Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer. |
| Teknologi Automotif | Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. |
| Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara | Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan. |
| Teknologi Pembinaan | Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri |
| Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan | Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan. |
| Seni Kulinari | Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan. |
| Bakeri & Pastri | Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini. |
| Pelancongan | Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan. |
| Seni Reka Fesyen | Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini. |
| Kosmetologi | Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon. |
| Pengajian Awal Kanak-kanak | Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi. |
| Pengurusan Perniagaan | Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan. |
| Kesetiausahaan Pentadbiran | Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran. |
| Insurans | Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans. |
| Pemasaran | Program ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat. |
| Pengurusan Peruncitan | Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan. |
| Perakaunan | Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat. |
| Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian | Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat. |
| Multimedia Kreatif Animasi | Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan. |
| Rekabentuk Grafik dan Media Cetak | Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak. |
| Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi | Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI) |
| Agroindustri Tanaman | Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran. |
| Agroindustri Ternakan Ruminan | Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau |
| Agroindustri Ternakan Poultri | Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung. |
| Teknologi Mekanisasi Agro | Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil. |
| Bioteknologi | Program ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu. |
| Akuakultur | Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal |
| Hortikultur | Murid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai. |
| Seni Bina Landskap | Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran. |
| Pemprosesan Makanan | Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia |
Program Diploma Yang Ditawarkan
Program peringkat Diploma yang ditawarkan bagi ambilan Mei 2026 adalah seperti berikut:
- Diploma Teknologi Maklumat
- Diploma Teknologi Komputeran
- Diploma Perakaunan
- Diploma Insuran
- Diploma Bioteknologi
- Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik
- Diploma Teknologi Animasi 3D
- Diploma Seni Reka Fesyen
Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Vokasional 2026
Syarat bagi permohonan peringkat Diploma KV 2026 adalah seperti berikut:
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025
- Kepujian Bahasa Melayu (1103); dan
- Salah satu syarat berikut:
i- Kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah (1249); atau
ii- Lulus Sejarah (1249) dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
iii- Kepujian dua (2) mata pelajaran iaitu Sejarah (1249) dan Bahasa Inggeris (1119) serta memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan
SYARAT KHUSUS
a) Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Komputeran
- WAJIB Kepujian Matematik
b) Diploma Perakaunan dan Diploma Insurans
- WAJIB Kepujian Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris
c) Diploma Bioteknologi
- WAJIB Kepuilan Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains
d) Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik, Diploma Teknologi Animasi 3D dan Diploma Seni Reka Fesyen
- LULUS temuduga atau penilaian portfolio
Cara Permohonan Diploma Kolej Vokasional (KV) 2026
Permohonan Kolej Vokasional perlu dibuat secara online melalui pautan https://mohon.tvet.gov.my/
Lokasi Kolej Vokasional Setiap Negeri
Senarai kolej vokasional di seluruh negara adalah seperti berikut:
Selangor
- KV Klang
- KV Shah Alam
- KV Gombak
- KV Kajang
- KV Kuala Selangor
- KV Sepang
- KV Sungai Buloh
Kuala Lumpur
- KV ERT Setapak
- KV Labuan
- KV Setapak
Perlis
- KV Arau
- KV Kangar
Kedah
- KV Kulim
- KV Pulau Langkawi
- KV Alor Setar
- KV Sungai Petani 1
- KV Sungai Petani 2
Pulau Pinang
- KV Balik Pulau
- KV Seberang Perai
- KV Butterworth
- KV Nibong Tebal
- KV Batu Lanchang
Perak
- KV Gerik
- KV Ipoh
- KV Seri Manjung
- KV Taiping
- KV Teluk Intan
Negeri Sembilan
- KV Ampangan
- KV Juasseh
- KV Pork Dickson
- KV Dato Maharaja Lela
Melaka
- KV Melaka Tengah
- KV Jasin
Johor
- KV ERT Azizah
- KV Batu Pahat
- KV Muar
- KV Kluang
- KV Segamat
- KV Kota Tinggi
Kelantan
- KV Bachok
- KV Pasir Mas
- KV Tanah Merah
- KV Pengkalan Chepa
Terengganu
- KV Besut
- KV Dungun
- KV Kemaman
- KV Wakaf Tembesu
- KV Kuala Berang
Pahang
- KV ERT Puteri
- KVMuadzam Shah
- KV Temerloh
- KVSultan Haji Ahmad Shah
- KVPertanian Chenor
Sabah
- KV Keningau
- KV Beaufort
- KV Lahad Datu
- KV Tawau
- KV Sandakan
- KV Kudat
Sarawak
- KV Miri
- KV Sibu
- KV Kuching
Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM di bawah :
Syarat kemasukan ke KV adalah seperti berikut:
SYARAT UMUM
– Warganegara Malaysia
– Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025
– Kepujian Bahasa Melayu (1103); dan
– Salah satu syarat berikut:
i- Kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah (1249); atau
ii- Lulus Sejarah (1249) dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau
iii- Kepujian dua (2) mata pelajaran iaitu Sejarah (1249) dan Bahasa Inggeris (1119) serta memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan
SYARAT KHUSUS
a) Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Komputeran
– WAJIB Kepujian Matematik
b) Diploma Perakaunan dan Diploma Insurans
– WAJIB Kepujian Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris
c) Diploma Bioteknologi
– WAJIB Kepuilan Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains
d) Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik, Diploma Teknologi Animasi 3D dan Diploma Seni Reka Fesyen
– LULUS temuduga atau penilaian portfolio
Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Mac 2026 hingga 12 April 2026
a) Pemohon hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
b) Pemohon hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
Kursus bagi pengajian Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:
– Diploma Teknologi Maklumat
– Diploma Teknologi Komputeran
– Diploma Perakaunan
– Diploma Insuran
– Diploma Bioteknologi
– Diploma Teknologi Reka Bentuk Grafik
– Diploma Teknologi Animasi 3D
– Diploma Seni Reka Fesyen
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program Diploma KV, sila layari laman web https://bpltv.moe.gov.my/program-kolej-vokasional/.
Baca juga: Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027




