Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Secara rasminya bermula 19 September 2026, Lembaga Tabung Haji (TH) telah membahagikan setiap akaun pendeposit kepada konsep Multi-Tabung. Di bawah struktur baharu ini, akaun pendeposit dibahagikan kepada dua segmen utama: Tabung Am dan Tabung Istito’ah.

Bagi pendeposit yang ingin membuat pengasingan dana haji secara terancang, jom rujuk cara buat pindahan ke tabung istitoah di bawah.

Apa Itu Tabung Istito’ah?

Tabung Istito’ah ialah sub-tabung simpanan khas di bawah inisiatif Sistem Multi-Tabung Lembaga Tabung Haji (TH).

Ia diwujudkan khusus untuk membantu pendeposit membentuk disiplin menyimpan secara berfokus bagi tujuan persediaan menunaikan ibadat haji tanpa bercampur dengan wang perbelanjaan atau transaksi harian.

Di bawah pelan Seruan Istito’ah, akaun TH anda kekal menggunakan nombor akaun yang sama, namun ia dibahagikan kepada dua fungsi tabung secara automatik:

Ciri RingkasTabung AmTabung Istito’ah
Fungsi UtamaMenguruskan keperluan simpanan dan urusan transaksi harian.Berfokus membina kemampuan kewangan untuk persediaan Haji.
Kemasukan WangTempat utama semua duit masuk (pindahan bank, kaunter, potongan gaji, Direct Debit).Hanya menerima kemasukan wang melalui pindahan dari Tabung Am.
Fleksibiliti PengeluaranBoleh dikeluarkan serta-merta pada bila-bila masa.Tertakluk kepada tempoh bertenang 10 hari (T+10). Wang perlu dipindahkan semula ke Tabung Am sebelum dikeluarkan.
Kadar Agihan KeuntunganSama rata mengikut baki tabung.Sama rata mengikut baki tabung.

Fungsi Tabung Istito’ah

Fungsi utama Tabung Istito’ah adalah sebagai instrumen pengasingan dana khas untuk membantu pendeposit membina disiplin simpanan haji serta menjadi penanda aras kesiapsiagaan kewangan (istito’ah) sebelum terpilih ke Tanah Suci.

1. Penanda Aras Kelayakan Kewangan

Tabung ini bertindak sebagai indikator kelayakan sistem pemilihan haji terbaharu (Pelan Seruan Istito’ah). Bagi yang belum mendaftar haji, Sebaik sahaja baki akaun keseluruhan anda mencecah minimum RM15,000, sistem TH akan memindahkan dana tersebut ke Tabung Istito’ah secara automatik. Ini memberikan anda Kelayakan Giliran Haji Automatik tanpa perlu mendaftar secara manual.

    2. Elak Duit Terguna

    Jika dahulu wang simpanan haji sering terkeluar atau terguna untuk komitmen harian, Tabung Istito’ah berfungsi mengunci dana tersebut.

    Urusan pengeluaran biasa atau transaksi harian (seperti pindahan ke bank luar/kaunter) tidak boleh dilakukan secara langsung dari Tabung Istito’ah.

    Wang di dalam Tabung Istito’ah perlu dipindahkan semula ke Tabung Am terlebih dahulu sebelum boleh dikeluarkan, dan transaksi pindahan keluar ini tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 hari (T+10). Ciri ini memastikan wang simpanan haji anda selamat daripada pengeluaran implusif.

    3. Platform Simpanan Sasaran (Bagi Alumni Haji)

    Bagi pendeposit yang telah menunaikan haji, fungsi Tabung Istito’ah bertukar menjadi tabung matlamat kewangan pelbagai guna. Mereka boleh memindahkan wang secara sukarela ke tabung ini untuk mengumpul dana jangka panjang yang memerlukan disiplin tinggi seperti:

    • Simpanan pendidikan anak-anak
    • Dana perkahwinan atau persaraan
    • Tabung kecemasan keluarga

      Cara Buat Pindahan ke Tabung Istito’ah

      Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pindahan wang ke Tabung Istito’ah:

      Melalui Aplikasi/Portal THiJARI (Pindahan Manual):

      1. Log masuk ke akaun THiJARI.
      2. Pilih menu Pindahan.
      3. Pilih sub-menu Pindahan – TABUNG AM ke TABUNG ISTITOAH.
      4. Masukkan Jumlah (RM) yang dikehendaki.
      5. Semak maklumat dan klik Hantar untuk pengesahan.

        Melalui Perbankan Internet Bank Luar (Maybank2u, CIMB Clicks, dll):

        1. Pindahkan wang dari akaun bank anda ke akaun TH seperti biasa (melalui Transfer atau JomPAY).
        2. Wang akan masuk ke Tabung Am dahulu.
        3. Log masuk ke THiJARI dan ikut langkah Pindahan Manual di atas untuk mengalihkan wang tersebut ke Tabung Istito’ah.

          Kebaikan Membuat Pindahan ke Tabung Istito’ah

          • Kelayakan Giliran Haji Automatik: Memberikan status kelayakan giliran haji secara automatik sebaik baki mencukupi syarat.
          • Dividen Tetap Berjalan: Wang yang disimpan tetap menerima agihan keuntungan tahunan TH seperti biasa.
          • Disiplin Simpanan Bersasar: Membantu membina tabiat menyimpan secara fokus demi memenuhi rukun Islam ke-5 atau matlamat jangka panjang lain.
          • Menghalang “Kebocoran” Wang: Mengasingkan dana haji daripada wang perbelanjaan harian di Tabung Am.
          • Sekatan Pengeluaran Impulsif: Tidak boleh dikeluarkan terus di kaunter/ATM dan tertakluk kepada tempoh bertenang 10 hari (T+10) jika mahu dikeluarkan.

          Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cara Pindahkan Duit ke Tabung Istito’ah TH

          Untuk sebarang semakan rasmi, terma, dan kemas kini terbaharu mengenai Pelan Seruan Istito’ah, anda boleh merujuk saluran-saluran rasmi berikut:

          Bolehkah saya masukkan duit dari akaun bank (Maybank/CIMB) terus masuk ke Tabung Istito’ah?

          Tidak boleh secara terus. Semua transaksi luaran (pindahan bank, kaunter, potongan gaji, Direct Debit) akan dikreditkan ke dalam Tabung Am dahulu. Selepas duit masuk ke Tabung Am, anda perlu log masuk ke THiJARI dan melakukan pindahan manual ke Tabung Istito’ah.

          Adakah had amaun ditetapkan untuk pindahan sukarela dari Tabung Am ke Tabung Istito’ah?

          Tiada had. Pendeposit boleh memindahkan seberapa banyak wang secara sukarela tanpa had amaun demi mencapai matlamat simpanan haji atau simpanan jangka panjang mereka

          Saya belum mendaftar haji, perlukah saya tekan menu pindahan manual di THiJARI untuk gerakkan RM15,000?

          Tidak perlu. Bagi pendeposit yang belum mendaftar, anda hanya perlu fokus menyimpan di dalam Tabung Am sehingga baki akaun bersih mencapai minimum RM15,000. Sebaik sahaja syarat itu dipenuhi dan baki dikekalkan selama sebulan, sistem TH akan melakukan Auto-Thru (pindahan automatik sehingga RM14,995)
          ke Tabung Istito’ah bagi mengunci giliran haji anda.

          Jika wang sudah dipindahkan ke Tabung Istito’ah, adakah cara pengeluarannya sama seperti biasa?

          Tidak sama dan ada sekatan. Duit di dalam Tabung Istito’ah tidak boleh dikeluarkan atau dipindahkan ke bank luar secara terus. Anda wajib memindahkannya semula ke Tabung Am terlebih dahulu. Proses pindahan semula ke Tabung Am ini tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 hari (T+10).

          Penulis