Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang, ada berita menarik untuk anda hujung minggu ini! Festival Mega iLINDUNGu edisi ketiga kini kembali menemui orang ramai dengan pelbagai pengisian yang lebih segar, santai dan pastinya sarat dengan manfaat untuk seisi keluarga.
Berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara, festival bermula dari 18 hingga 20 September 2026 ini dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran kehadiran sehingga 60,000 pengunjung. Apa yang lebih menarik, penganjuran kali ini membawakan konsep “KESUMA Bersama Rakyat” yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.


Apa Yang Menarik di Festival Mega iLINDUNGu 2026?
Bukan sekadar program hiburan biasa, festival ini membawakan pelbagai inisiatif penting kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat secara terus. Antara tarikan utama termasuklah:
- Karnival LINDUNG Kerjaya (MYFutureJobs)
- Mencari kerja? Singgah ke reruai MYFutureJobs kerana ia membabitkan 25 majikan dengan menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan.
- Khidmat bimbingan resume dan peluang padanan pekerjaan secara langsung turut disediakan untuk para pencari kerja.
- Perkhidmatan Terus PERKESO & Kaunter Khas
- Nikmati pelbagai perkhidmatan percuma seperti saringan kesihatan, agihan topi keledar, semakan caruman, serta khidmat nasihat faedah.
- Diskaun menarik untuk majikan: Majikan berpeluang mendapat diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).
- Kaunter Khas LINDUNG 24 Jam: Bagi pencarum yang pernah opt-out LINDUNG 24 Jam sebelum ini, anda boleh menggunakan kaunter khas untuk opt-in semula ke dalam skim perlindungan kemalangan di luar waktu kerja ini.
- Gabungan 11 Agensi di Bawah KESUMA
- Merasai pengalaman perkhidmatan bersepadu dengan penyertaan agensi penting seperti HRD Corp (Human Resource Development Corporation), TalentCorp (Talent Corporation Malaysia Berhad), NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara) dan PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Anda boleh mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat kerjaya, kemahiran, dan kebajikan tenaga kerja dengan mudah.
- Penglibatan secara bersepadu ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan akses terus kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.
- Kulinari & Diskaun Makanan
- Himpunan lebih 60 pengusaha makanan dan minuman di bawah LINDUNG Kendiri menanti anda, termasuk jenama popular seperti Suka Dessert, Sushika, dan Kunafa Aiwahhh. Kupon diskaun istimewa turut disediakan untuk 100 pencarum terawal!

Hiburan Artis, Cabutan Bertuah & Aktiviti Keluarga
Bukan sahaja berinformasi, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air. Anda berpeluang menyertai sesi Meet and Greet, bual bicara, dan podcast bersama nama-nama besar seperti Kamal Adli, Elly Mazlein, Amyza Adnan, Zila Bakarin, Maria Tunku Sabri, Fahrin Ahmad, Zarul Umbrella, dan ramai lagi.
Sesi persembahan pentas turut tidak mengecewakan:
- Jumaat: Andi Bernadee, Azza, Abby Abadi, dan Cherpen.
- Sabtu: Kartika dan Sofazr.
- Ahad (Penutup): Kumpulan rock legenda Kristal X dan XPDC.
Lebih menarik, pelbagai aktiviti santai seperti pertandingan Zumba, fesyen kanak-kanak “Dream Job”, pertandingan mewarna, dan segmen “Dapur i LINDUNGu” turut diadakan. Jangan lepaskan peluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya sebuah motosikal!

Turut menarik perhatian ialah perkongsian kisah sebenar Orang Berinsurans (OB), termasuk pengalaman penerima manfaat LINDUNG 24 Jam, selain sesi bersama Zarul Umbrella, dan Fahrin Ahmad bagi pengisian berkaitan kesihatan, kerjaya serta kehidupan.
Melalui program ini, orang ramai dapat mengetahui lebih dekat tentang semua perlindungan yang disediakan oleh PERKESO untuk semua golongan lapisan masyarakat.


Festival Mega iLINDUNGu bukan sekadar acara hiburan dan kekeluargaan, malah menjadi medan libat urus antara kerajaan dengan rakyat dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan sosial sepanjang hayat. Penganjurannya juga memperkukuh tekad KESUMA dan PERKESO untuk terus hadir bersama rakyat, mendengar suara mereka serta memastikan tiada golongan pekerja dan keluarga yang tercicir daripada jaringan perlindungan sosial negara
Jangan Lupa, Jumpa Di Sana!
Jom pakat ramai-ramai serbu Festival Mega iLINDUNGu hujung minggu ini! Ingat tau tarikh dan lokasinya:
- Tarikh: 18 – 20 September 2026
- Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
- Tempat: Strand Mall, Kota Damansara, Selangor
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.perkeso.gov.my.




