Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Lepasan STPM Yayasan Pahang yang boleh dipohon menerusi pautan https://syspin.yp.org.my.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa IPT Lepasan STPM Yayasan Pahang

Biasiswa IPT Lepasan STPM Yayasan Pahang diwujudkan oleh Yayasan Pahang untuk membantu anak Pahang yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam STPM melalui elaun sara hidup bagi meringankan kos pengajian di IPTA dalam negara.

Ia juga diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang sebagai motivasi kepada pelajar lepasan STPM yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 15 September sehingga 02 Oktober 2026.

Kadar Penajaan

Kadar penajaan untuk biasiswa ini adalah sebanyak RM3,000 setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur:
    – Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    – Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
    – Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Kelayakan Akademik
    – Memiliki kelulusan STPM Tahun 2025 dengan memperolehi keputusan 4A atau 3A (A/A-).
  3. Pendapatan Keluarga
    – Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.
  4. Tawaran Pengajian
    – Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian ljazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  5. Kesihatan & Sahsiah
    – Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan biasiswa ini, pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://syspin.yp.org.my.

Manual pengguna untuk permohonan biasiswa ini boleh dirujuk seperti file di bawah:

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa IPT Lepasan STPM Yayasan Pahang?

Biasiswa IPT Lepasan STPM diwujudkan untuk membantu anak Pahang yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam STPM melalui elaun sara hidup bagi meringankan kos pengajian di IPTA dalam negara.

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini dibuka?

Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September sehingga 02 Oktober 2026.

Berapakah kadar penajaan yang ditawarkan menerusi biasiswa ini?

Kadar penajaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000 setahun.

Apakah syarat kelayakan bagi anak Pahang yang ingin memohon biasiswa ini?

– Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
– Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
– Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.

Bagaimanakah permohonan biasiswa ini boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://syspin.yp.org.my.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

Baca juga : Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2026

Penulis