Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pahang kini menawarkan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang yang boleh dipohon mulai 15 September 2026 menerusi syspin.yp.org.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Anak Yatim
Biasiswa Anak Yatim merupakan biasiswa yang diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari di IPTA dalam negara.
Biasiswa ini mula diperkenalkan pada tahun 2020 bertujuan memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu dan miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.
Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup golongan ini dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.
Tarikh Permohonan
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2026 sehingga 2 Oktober 2026.
Kadar Tajaan
Kadar penajaan bagi biasiswa ini adalah RM7,000 setahun yang meragkumi yuran pengajian dan sara hidup.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur:
– Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
– Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang mash bersekolah.
– Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40. - Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2025.
- Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
- Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Syarat Kelayakan Minimum
Pemohon mestilah mendapat keputusan minimum seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : Minimum lima (5) kepujian
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) : Minimum CGPA 2.50
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : Minimum Jayyid Jiddan

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://syspin.yp.org.my.
Panduan pengguna untuk sistem ini boleh dirujuk melalui file di bawah:
Soalan Lazim
Biasiswa Anak Yatim merupakan biasiswa yang diwujudkan oleh Yayasan Pahang bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari di IPTA dalam negara.
Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2026 sehingga 2 Oktober 2026.
Kadar penajaan bagi biasiswa ini adalah RM7,000 setahun yang meragkumi yuran pengajian dan sara hidup.
– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : Minimum lima (5) kepujian
– Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) : Minimum CGPA 2.50
– Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : Minimum Jayyid Jiddan
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://syspin.yp.org.my.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Anak Yatim ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/.
Baca juga: Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2026/2027




