20 Inisiatif Kerajaan Madani untuk Kesejahteraan Petugas Kesihatan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merangkumi strategi menyeluruh bagi memperkasa kebajikan, jaminan kerjaya, pendapatan, dan persekitaran kerja petugas kesihatan negara.
Inisiatif berskala besar ini memfokuskan kepada pemerkasaan kebajikan, jaminan kestabilan kerjaya, pelarasan pendapatan, serta pembentukan budaya kerja yang lebih sihat dan selamat.
Jom semak perincian penuh 20 inisiatif kerajaan MADANI untuk petugas kesihatan di Malaysia di bawah.
Senarai 20 Inisiatif Kerajaan Madani Untuk Petugas Kesihatan
Berikut ialah senarai inisiatif kerajaan MADANI untuk kesejahteraan petugas kesihatan:
- Lantikan tetap terbesar: 18,755 pegawai perubatan, farmasi & pergigian.
- Penamatan era doktor kontrak: Diserap tetap berfasa menjelang 2028.
- Elaun perpindahan penuh: Boleh dituntut bermula Jun 2026.
- Peluasan tajaan Parallel Pathway: 600 slot setahun (14 bidang).
- Kenaikan ETAP: Meningkat sehingga 43% mulai Oktober 2025.
- Elaun baharu: Elaun Pembedahan Elektif & Elaun Lokum (RM80/jam).
- Insentif Pakar (BIPPW): Bayaran bermula sewaktu Supervised Working Experience.
- Pengekalan insentif Pedalaman, Kritikal & Khas: 1. Terus dibayar mengikut lokasi 2. Termasuk Pos Basik, Psikiatri, Tibi & Kusta
- Aplikasi digital P3S: Sistem Pertukaran Suka Sama Suka diperluas.
- Kapasiti pelatih ILKKM digandakan: Dari 1,500 ke 3,000 pelatih setahun.
- Syarat kemasukan ILKKM dilonggarkan: 3 kredit untuk ambilan 2025 dan 2026.
- Lantikan tetap automatik: Untuk jururawat lepasan ILKKM (bermula Okt 2025).
- Lantikan tetap jururawat: 4,328 orang (2023-2025) & 935 orang (2026).
- Pengekalan waktu syif 42 jam: Bagi lebih 80,000 petugas kritikal.
- Kenaikan gaji 15%: Termasuk kenaikan gaji permulaan Jururawat U5 (Jan 2026).
- Budaya Kerja Sihat & Selamat: Polisi Zero Tolerance terhadap sebarang bentuk buli dan toxic workplace.
- Tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP): Untuk sub-kepakaran & Area of Interest.
- Pindaan Akta 50: Memantapkan pengiktirafan pakar Parallel Pathway & sarjana.
- Perkhidmatan Full Paying Patient (FPP): Pakar peroleh 40%-100% daripada fi.
- Kebenaran lokum swasta: Pakar dibenarkan berkhidmat di luar waktu rasmi.

Sorotan Utama Inisiatif untuk Petugas Kesihatan
1. Jaminan Kerjaya & Lantikan Tetap
- Seramai 18,755 pegawai perubatan, farmasi, dan pergigian serta 4,328 jururawat akan menerima lantikan tetap. Langkah ini memperkukuh struktur perjawatan di hospital awam.
- Penamatan Isu Doktor Kontrak: Sistem pelantikan secara kontrak yang sering mencetuskan polemik akan ditamatkan secara berfasa menjelang tahun 2028. Ini memberi jaminan laluan kerjaya (career path) yang lebih jelas dan adil bagi graduan baharu.
- Tuntutan Elaun Perpindahan Penuh: Pegawai yang berpindah status (daripada kontrak kepada tetap) layak menuntut elaun penuh mulai Jun 2026 termasuk:
- Elaun makan & bayaran sewa hotel / lojing
- Tambang perjalanan & pengangkutan barang
- Pemberian pindahan & belanja pelbagai
- Kebenaran 1 Hari Bekerja Fleksi & Time-Based Promotions: Kebenaran 1 Hari Bekerja Fleksi diperkenalkan untuk Pegawai Perubatan Gred 14 dan ke atas. Selain itu, laluan kenaikan pangkat berasaskan masa (Time-Based Promotion) kekal sebagai antara yang tercepat dalam sektor perkhidmatan awam.
- Pertukaran Suka Sama Suka (P3S): Memudahkan pertukaran tempat kerja yang setakat ini telah memberi manfaat kepada 116 jururawat.

2. Transformasi Institut Latihan KKM (ILKKM)
- Jaminan Kerja Automatik: Bermula Oktober 2025, semua graduan tajaan ILKKM akan diserap ke jawatan tetap secara automatik sebaik sahaja tamat pengajian.
- Peluang dan Akses Lebih Luas: Pengambilan pelatih baharu digandakan bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan, manakala syarat kemasukan dipermudah untuk menarik lebih banyak bakat muda menyertai bidang kesihatan awam.

3. Gaji & Elaun (Insentif Kewangan)
- Pelarasan Gaji SSPA: Pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Januari 2026 membawa kenaikan gaji sebanyak 15%, termasuk pelarasan bagi tangga gaji permulaan Jururawat Gred U5.
- Peningkatan Elaun & Tuntutan: Elaun Tanggungjawab (ETAP) dinaikkan sehingga 43%, manakala Elaun Lokum kini mencecah RM80 sejam.
- Pengenalan Elaun Baharu: Pengenalan elaun pembedahan elektif di luar waktu biasa.
- Insentif sedia ada diteruskan:
- Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal & Pos Basik
- Bayaran Insentif merawat pesakit Psikiatri, Tibi dan Kusta
- Bayaran Insentif Pedalaman serta Insentif Mengikut Lokasi & Tahap Kesusahan

4. Pembangunan Pakar Perubatan
- Reformasi Perundangan: Pindaan dilakukan ke atas Akta Perubatan 1971 (Akta 50) untuk mengiktiraf serta melancarkan struktur latihan kepakaran negara.
- Sokongan Laluan Kepakaran: Slot tajaan bagi program Parallel Pathway ditingkatkan kepada 600 slot setahun merangkumi 14 bidang kepakaran.
- Insentif Pra-Warta (BIPPW): Pelaksanaan Bayaran Insentif Pakar Perubatan Pra-Warta (BIPPW) turut diperkenal untuk menyokong kewangan doktor dalam tempoh pewartaan, di samping kelonggaran terkawal untuk menjana pendapatan sekunder yang sah.
- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP): Penawaran slot tajaan diperluas kepada pakar perubatan dalam latihan Sub-Keparan dan Area of Interest.
- Peluang Pendapatan Sekunder:
- Penjanaaan pendapatan tambahan melalui Full Paying Patient (FPP) dengan pulangan 40% – 100% daripada caj fi perubatan.
- Pakar diberi peluang membuat lokum di sektor swasta di luar waktu bekerja rasmi (tertakluk kepada syarat ditetapkan).

5. Kesejahteraan & Persekitaran Kerja
- Anti-Buli & Budaya Toksik: Penguatkuasaan polisi Zero Tolerance terhadap sebarang insiden buli bagi memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat.
- Keseimbangan Waktu Kerja: Tempoh masa bekerja dikawal selia dengan pengekalan syif maksimum 42 jam seminggu bagi mengelakkan keletihan melampau (burnout).
- Fleksibiliti Tugas: Pengenalan aturan 1 hari bekerja fleksi serta sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) berasaskan platform digital bagi mempermudah urusan perpindahan antara petugas.

6. Tadbir Urus dan Kerjasama Strategik
- Jawatankuasa Tetap KKM – JPA: Memantau dan menyusuli perwujudan serta pengisian perjawatan baharu, disamping memperkukuh sokongan penajaan latihan bagi pegawai perubatan.
- Jawatankuasa Bersama KKM – KPT: Meneliti dan meningkatkan peratusan Graduate on Time (GOT), memantau tahap kompetensi, serta menyelaraskan unjuran bilangan pelajar perubatan mengikut keperluan negara.
- Kebajikan Pasangan & Keluarga: Memudahkan urusan pertukaran suami/isteri/pasangan petugas kesihatan bagi memastikan kestabilan kehidupannya.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Inisiatif Untuk Petugas Kesihatan
Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai insiatif kerajaan MADANI untuk petugas kesihatan, sila rujuk:
Tawaran ini dikhususkan kepada pegawai perubatan, pegawai farmasi, dan pegawai pergigian.
Ditamatkan secara berfasa menjelang tahun 2028.
Kadar dinaikkan kepada RM80 sejam.
Berkuat kuasa mulai Januari 2026.
Aplikasi digital untuk memudahkan pertukaran tempat kerja secara suka sama suka antara petugas.
Mulai Oktober 2025, jururawat lulusan ILKKM akan mendapat lantikan tetap secara automatik sebaik tamat pengajian.
Kemudahan ini diperkenalkan khusus untuk Pegawai Perubatan Gred 14 dan ke atas.




