Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menawarkan penurunan bayaran kompaun kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik di Kuala Lumpur hanya serendah RM5 dan RM10 sahaja.

Berikut adalah info lanjut mengenai bayaran kompaun trafik ini.

Mengenai Pengurangan Kompaun Trafik DBKL

Tawaran pengurangan kompaun trafik DBKL ini dilakukan bagi meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas.

Kompaun trafik ini dibuat oleh pihak DBKL selaras dengan kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),  Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Menerusi pengurangan kompaun yang ditawarkan, pembayaran kompaun tersebut akan bergantung kepada tahun kompaun dilakukan sama ada kompaun tersebut dikeluarkan sebelum tahun 2021 atau selepas 2021.

Kesalahan Trafik Di Kuala Lumpur

Kesalahan trafik di Kuala Lumpur di bawah bidang DBKL lazimnya merujuk kepada 3 undang-undang iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.

Untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), DBKL akan melaksanakan kuasa dan penguatkuasaan berdasarkan akta ini serta perundangan subsidiari (perintah dan kaedah lalu lintas) yang diwartakan di bawahnya seperti:

  • Pengurusan dan pengawalan tempat letak kereta.
  • Pengalihan dan penahanan kenderaan.
  • Penguatkuasaan lalu lintas dan peraturan jalan raya.
  • Pelbagai perintah pengangkutan jalan lain seperti kawalan kenderaan berat, had laju tertentu, dan zon khas.

Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula, DBKL bertanggungjawab untuk mengawal selia kelancaran trafik, keselamatan pejalan kaki, dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara kesalahan yang sering dilakukan di bawah undang-undang ini adalah seperti berikut:

  • Halangan lalu lintas / meletak kenderaan secara haram
  • Melanggar isyarat & tanda lalu lintas
  • Penyalahgunaan lorong khas

Bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 pula, undang-undang ini mengawal peraturan parkir tepi jalan dan awam, bayaran, dan penalti yang dikuatkuasakan oleh DBKL di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di Kuala Lumpur, kadar caj parkir seperti yang tertakluk dalam undang-undang terbahagi kepada 3 Zon iaitu :

  • Zon A (kawasan pusat bandar) RM 1.50 satu jam pertama dan RM2.50 bagi setiap satu jam berikutnya.
  • Zon B (Kawasan luar pusat bandar dan beraktiviti) RM 1.00 bagi setiap satu jam.
  • Zon C (Kawasan luar pusat bandar) RM0.80 bagi setiap satu jam.

Jumlah Bayaran Kompaun Sebelum Pengurangan

Sebelum ini, mulai 1 Julai 2024 kadar kompaun kategori motosikal adalah seperti berikut:

  • RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
  • RM50 bagi tempoh bayaran 16 hingga 30 hari
  • RM80 bagi tempoh bayaran 31 hingga 60 hari.

Bagi kategori kereta, kompaun yang dikenakan pula adalah seperti berikut:

  • RM50 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
  • RM80 bagi tempoh bayaran 16 hingga 30 hari
  • RM100 bagi tempoh bayaran 31 hingga 60 hari

Untuk kenderaan berat, kadar kompaun yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • RM200 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari
  • RM250 bagi tempoh 16 hingga 30 hari
  • RM300 bagi tempoh 31 hingga 60 hari

Kadar Selepas Pengurangan Kompaun Trafik DBKL

Pemilik kereta dan motosikal boleh menyelesaikan kompaun trafik DBKL pada kadar berikut:

  • RM5.00 – Kompaun sebelum tahun 2021
  • RM10.00 – Kompaun selepas tahun 2021

Cara Pembayaran

Untuk membuat pembayaran, terdapat 4 kaedah pembayaran ditawarkan iaitu:

Soalan Lazim

Apakah tujuan utama pengurangan kompaun trafik DBKL ini dilaksanakan?

Pengurangan kompaun trafik ini dilaksanakan bagi meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas.

Adakah pengurangan kompaun ini hanya layak untuk kesalahan yang dikompaun oleh DBKL?

Ya. Pengurangan kompaun ini hanya layak untuk kesalahan yang dikompaun oleh DBKL sahaja.

Bilakah pengurangan kompaun trafik DBKL ini dilaksanakan?

Pengurangan kompaun trafik ini dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta.

Berapakah jumlah kadar kompaun yang ditawarkan selepas pengurangan?

a) RM5.00 – Kompaun sebelum tahun 2021
b) RM10.00 – Kompaun selepas tahun 2021

Bagaimanakah cara-cara untuk membayar kompaun tersebut?

Terdapat 4 cara untuk membayar kompaun trafik tersebut iaitu:
– Kaunter bayaran DBKL
– Kaunter Pos Malaysia
– Aplikasi PAY@KL
– Portal PBTPay: https://pbtpay.kpkt.gov.my

Info Lanjut

Untuk info selanjutnya mengenai pengurangan kompaun trafik DBKL, sila layari laman web DBKL iaitu https://www.dbkl.gov.my/.

Baca juga: Bolehkah Renew Road Tax / Lesen Kalau Tak Bayar Saman? Ini Jawapan Sebenar Ramai Tak Tahu

Penulis