Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2025 telah dibuka bagi peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda. Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui https://application.yayasanbankrakyat.com.my/. Pemohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2025 yang telah berjaya menghantar borang permohonan adalah dikehendaki untuk menduduki Ujian Saringan Online di portal permohonan Yayasan Bank Rakyat bagi saringan seterusnya.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran.
Baca juga: Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)
Apakah PPBU Bank Rakyat?
PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.
Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).
PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Jumlah Tajaan & Insentif PPBU Bank Rakyat 2025
Jumlah tajaan bagi PPBU adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut: –
Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun
Peratus bayaran balik dan kadar insentif bagi PPBU bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti dalam jadual berikut:
| CGPA | PERATUS BAYARAN BALIK (%) | INSENTIF (%) |
| 3.50-4.00 | 0 | 100 |
| 3.33-3.49 | 10 | 90 |
| 3.00-3.32 | 20 | 80 |
| 2.75-2.99 | 50 | 50 |
| 2.50-2.74 | 70 | 30 |
| <2.49 | 100 | 0 |
Kursus PPBU Bank Rakyat 2025 Yang Ditawarkan
Hanya kursus tertentu yang berkaitan dengan Perbankan akan diberi keutamaan di bawah pengkhususan pengajian berikut:
- Pengajian Islam
- Pengurusan dan Perniagaan
- Perakaunan
- Komunikasi dan Media
- Teknologi Maklumat
- Pendidikan
- Sains Sosial
Syarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2025
Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran.
- Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Telah disahkan mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Perguruan (IPG) di dalam negara semasa membuat permohonan.
- Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar tahun akhir.
- Mod pengajian secara SEPENUH MASA.
- Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Bahagian Pendidikan Swasta / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
- Menyediakan 2 (dua) orang penjamin ketika menerima tawaran PPBU YBR: ibu atau bapa serta seorang lagi daripada kalangan warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan, bekerja dan berpendapatan minimum RM1,000.00 dan ke atas.
- Keutamaan pemilihan permohonan diberikan kepada Anggota / Anak Anggota (Pemegang Saham) Bank Rakyat.
- Semasa tawaran, pemohon tidak dibenarkan menerima pinjaman / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (Double Sponsor).




Cara Permohonan
Cara Daftar Akaun Pengguna Di Portal Permohonan Yayasan Bank Rakyat.
Pemohon perlu mendaftar akaun pengguna di portal permohonan sebelum memohon untuk Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU).
Pendaftaran akaun boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Daftar akaun pengguna di: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/
Sila isi borang permohonan adalah secara atas talian sahaja.

Ujian Saringan Online
Pemohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2025 yang telah berjaya menghantar borang permohonan adalah dikehendaki untuk menduduki Ujian Saringan Online di portal permohonan Yayasan Bank Rakyat.
USAT akan bermula pada 21 Oktober – 24 Oktober 2025. Peringatan bagi menjawab USAT akan diberikan menerusi e-mel dan hebahan media sosial rasmi Yayasan Bank Rakyat.

Langkah-langkah untuk menjawab adalah seperti berikut:
- Log masuk https://application.yayasanbankrakyat.com.my/
- Semak status permohonan
- Jalani ujian saringan
Untuk maklumat lanjut/ sebarang permasalahan, sila e-mel kepada [email protected].
Berikut dikongsikan sedikit tips untuk ujian ini yang dikompilasikan dari media sosial :
Semakan Keputusan Tawaran
Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) akan diumumkan dalam tempoh satu (1) ke dua (2) bulan setelah tarikh tutup permohonan.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:
https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

Maklumat Lanjut PPBU Bank Rakyat 2025
Permohonan akan dibuka dari 15 September 2025 (Isnin) sehingga 15 Oktober 2025 (Rabu).
Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran.
c. Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
d. Telah disahkan mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Perguruan (IPG) di dalam negara semasa membuat permohonan.
e. Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar tahun akhir.
f. Mod pengajian secara SEPENUH MASA.
g. Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Bahagian Pendidikan Swasta / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
h. Menyediakan 2 (dua) orang penjamin ketika menerima tawaran PPBU YBR: ibu atau bapa serta seorang lagi daripada kalangan warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke bawah semasa tempoh permohonan, bekerja dan berpendapatan minimum RM1,000.00 dan ke atas.
i. Keutamaan pemilihan permohonan diberikan kepada Anggota / Anak Anggota (Pemegang Saham) Bank Rakyat.
j. Semasa tawaran, pemohon tidak dibenarkan menerima pinjaman / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (Double Sponsor).
Bayaran balik bermula 6 bulan dari tarikh tamat pengajian yang disahkan Institusi Pengajian.
Pelajar tajaan perlu melakukan bayaran balik dalam tempoh maksimum 5 tahun (60 bulan) berdasarkan surat bayaran balik.
Hanya pelajar yang layak dan dirasakan sesuai akan ditawarkan berkhidmat di Bank Rakyat. Namun hal ini tertakluk kepada tawaran dan kekosongan semasa.
Tidak. Berpandukan konsep “Qardhul Hassan”, PPBU merupakan program tajaan yang tidak mempunyai sebarang syarat bayaran tambahan melebihi jumlah pinjaman.
Pengeluaran pertama akan dilakukan selepas proses dokumentasi selesai dan lengkap yang dijangka mengambil masa sehingga 3 bulan dari tarikh pelajar menghantar dokumen. Pelajar juga dikehendaki untuk menghadiri Program Pembangunan Siswa apabila ditawarkan.
a. Jumlah tajaan bagi PPBU adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
Diploma: RM11,000 / 1 tahun
Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000 / 1 tahun
b. Pengeluaran wang adalah terus ke akaun simpanan Bank Rakyat pelajar tajaan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar membuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing.
c. Pengeluaran kepada pelajar tajaan adalah mengikut semester (2 semester = 1 tahun), selepas pelajar mengemukakan keputusan peperiksaan di Portal Pelajar Tajaan Yayasan Bank Rakyat dan tertakluk kepada keputusan peperiksaan pelajar pada semester terdahulu.
Tempoh pembiayaan PPBU adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum 4 tahun (8 semester)
b. Diploma: Maksimum 3 tahun (6 semester)
* Tempoh penajaan YBR adalah sepadan dengan tempoh tahun semasa permohonan dikemukakan.
Anda boleh menyemak keputusan secara atas talian melalui portal YBR. Semakan boleh dilakukan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan. Pemohon juga akan dimaklumkan oleh YBR dari masa ke semasa melalui e-mel, portal permohonan dan SMS sama ada berjaya atau tidak dipertimbangkan.
Rayuan TIDAK DIBENARKAN namun pemohon boleh memohon semula bagi permohonan pada sesi akan datang (kecuali pelajar tahun akhir).
USAT akan bermula pada 21 Oktober – 24 Oktober 2025. Peringatan bagi menjawab USAT akan diberikan menerusi e-mel dan hebahan media sosial rasmi Yayasan Bank Rakyat.
Media sosial rasmi:
Laman web rasmi: https://www.yayasanbankrakyat.com.my
Instagram: @officialybr
X / Twitter: @OfficialYBR
TikTok: @yayasanbankrakyat
LinkedIn: Yayasan Bank Rakyat
Facebook: Yayasan Bank Rakyat
Untuk mengetahui info lanjut tentang Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk:
- Layari https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu-2/
- Hubungi talian 03 – 2612 6443/ 6444 / 0956 (hari bekerja, 9:00 pagi hingga 5:00 petang) atau
- e-mel: [email protected]

Daftar sekarang di: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/
Ikuti & like media sosial Yayasan Bank Rakyat untuk info terkini!
Instagram: @officialybr https://www.instagram.com/officialybr
TikTok: @officialybr
X/Twitter: @officialybr
- Linkedin: Yayasan Bank Rakyat https://www.linkedin.com/company/yayasanbankrakyat
- Facebook: Yayasan Bank Rakyat https://www.facebook.com/officialybr
- Youtube: Yayasan Bank Rakyat https://www.youtube.com/@yayasanbankrakyatofficial
Baca juga : Baucar Buku IPT MySISWAPLACE- Semakan / Penebusan RM100




