Pendaftaran SPM 2026 Calon Persendirian & SPM Ulangan (SPMU)

pendaftaran SPM 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pendaftaran SPM 2026 bagi calon persendirian kini dibuka untuk calon baharu dan calon mengulang. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di: https://sppat.moe.gov.my

Calon yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian mulai 1 Mac 2026 hingga 30 April 2026. Pastikan pendaftaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang bayaran lewat atau masalah permohonan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan cara mendaftar dan info penting untuk calon persendirian SPM 2026.

Calon Persendirian SPM 2026

Calon persendirian adalah individu yang menduduki peperiksaan SPM di luar sistem persekolahan biasa. 

Calon yang berminat perlu memenuhi beberapa syarat utama, antaranya berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026 dan mendaftar enam mata pelajaran teras. 

Terbuka kepada calon baharu (pertama kali menduduki SPM) dan calon mengulang (pernah menduduki SPM sebelumnya). 

Bagi calon yang pernah menduduki SPM sebelum ini dan ingin mengambil semula peperiksaan tersebut, mereka boleh mendaftar sebagai calon mengulang

Calon perlu membayar yuran asas sebanyak RM20, serta bayaran tambahan mengikut mata pelajaran yang didaftarkan. Peperiksaan dijangka akan berlangsung pada bulan November 2025.

Pendaftaran hanya akan diproses setelah bayaran yuran peperiksaan diterima. Calon juga digalakkan untuk memilih pusat peperiksaan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, bergantung kepada kekosongan yang ada. 

Pendaftaran SPM Calon Persendirian Tahun 2026

Berikut ialah cara mendaftar sebagai calon persendirian SPM 2026:

LANGKAH 1: PENDAFTARAN 

Daftar secara atas talian di https://sppat.moe.gov.my

LANGKAH 2: PEMBAYARAN

Lakukan pembayaran di atas talian sahaja (fpx). Pembayaran yang tidak dilakukan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan pendaftaran akan dibatalkan secara automatik.

LANGKAH 3: SEMAKAN PENDAFTARAN

Semakan pendaftaran dan cetakan Penyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP)

NOTA: Semua maklumat untuk peperiksaan spm persendirian dan spm ulangan akan disalurkan melalui email oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan emel anda yang aktif. 

Tarikh Pendaftaran SPM 2026 (Calon Persendirian) 

Pendaftaran sebagai calon persendirian SPM 2026 boleh dilakukan bermula 1 MAC 2026 sehingga 30 April 2026. 

Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang berikut: https://sppat.moe.gov.my dan ikut cara mendaftar yang dinyatakan di atas.

pendaftaran SPM 2026

Pendaftaran Lewat 

Bagi calon yang mendaftar lewat (1 Mei 2026 – 15 Mei 2026) caj Daftar Lewat sebanyak RM150 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Caj ini tidak termasuk dalam bayaran asas dan bayaran mata pelajaran. 

Kadar Bayaran Peperiksaan

Kadar bayaran peperiksaan SPM dan SPMU bagi calon persendirian ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bayaran yang dikenakan merangkumi bayaran asas dan bayaran bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan.

Struktur bayaran berbeza mengikut kategori calon sama ada SPMU, calon persendirian SPM, atau calon sekolah swasta dan sekolah agama rakyat (Kod D dan F).

1. Kadar Bayaran Peperiksaan SPMU (Calon Persendirian)

Bagi calon yang mengambil peperiksaan SPMU, hanya tiga (3) mata pelajaran ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Bayaran Asas

  • RM 20.00

Bayaran Mata Pelajaran

  • Bahasa Melayu (Kod: 1103) – RM 12.00
  • Sejarah (Kod: 1249) – RM 10.50
  • Matematik (Kod: 1449) – RM 10.50

Ini bermaksud jumlah bayaran keseluruhan bergantung kepada bilangan mata pelajaran yang diambil, termasuk bayaran asas RM20.00.

2. Kadar Bayaran Peperiksaan SPM (Calon Persendirian, Sekolah Swasta & SAR)

Kategori ini melibatkan:

  • Calon persendirian SPM
  • Calon sekolah swasta
  • Calon Sekolah Agama Rakyat (Jenis Kod D dan F)

Berapakah Bayaran Asas SPM 2026?

  • Bayaran asas: RM 20.00

Berapakah Bayaran Setiap Mata Pelajaran SPM?

Calon baharu wajib mengambil enam (6) mata pelajaran teras.

  • Bahasa Inggeris (Kod: 1119) – RM 20.50
  • Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat (*) – RM 10.50 bagi setiap subjek
  • Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat (**) – RM 12.00 bagi setiap subjek

Apakah Bayaran Calon Lewat Daftar SPM?

Calon yang mendaftar selepas tamat tempoh pendaftaran akan dikenakan:

  • RM 150.00 (Bayaran Calon Lewat)

Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran asas dan bayaran mata pelajaran.

Subjek yang Ditawarkan 

Calon yang baru pertama kali wajib mengambil 6 subjek teras yang ditawarkan, iaitu:

  1. Bahasa Melayu (Kod: 1103)
  2. Bahasa Inggeris (Kod: 1119)
  3. Matematik (Kod: 1449)
  4. Sains (Kod: 1511)
  5. Sejarah (Kod: 1249)
  6. Pendidikan Islam (Kod: 1223) atau Pendidikan Moral (Kod: 1225)

Berikut adalah mata pelajaran elektif yang ditawarkan:

  1. Kesusasteraan Inggeris (Kod: 2206)
  2. Kesusasteraan Melayu Komunikatif (Kod: 2216)
  3. Geografi (Kod: 2280)
  4. Bahasa Arab (Kod: 2361)
  5. Pendidikan Seni Visual (Kod: 2611)
  6. Pendidikan Muzik (Kod: 2621)
  7. Matematik Tambahan (Kod: 3472)
  8. Pertanian (Kod: 3729)
  9. Pengajian Keusahawanan (Kod: 3754)
  10. Prinsip Perakaunan (Kod: 3756)
  11. Lukisan Kejuruteraan (Kod: 3759)
  12. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Kod: 3760)
  13. Pengajian Kejuruteraan Awam (Kod: 3761)
  14. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kod: 3762)
  15. Reka Cipta (Kod: 3763)
  16. Perniagaan (Kod: 3766)
  17. Ekonomi (Kod: 3767)
  18. Asas Kelestarian (Kod: 3768)
  19. Sains Rumah Tangga (Kod: 3769)
  20. Sains Komputer (Kod: 3770)
  21. Grafik Komunikasi Teknikal (Kod: 3771)
  22. Fizik (Kod: 4531)
  23. Kimia (Kod: 4541)
  24. Biologi (Kod: 4551)
  25. Sains Tambahan (Kod: 4561)
  26. Sains Sukan (Kod: 4572)
  27. Tasawwur Islam (Kod: 5226)
  28. Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah (Kod: 5227)
  29. Pendidikan Syari’ah Islamiah (Kod: 5228)
  30. Hifz Al-Quran (Kod: 5301)
  31. Maharat Al-Quran (Kod: 5302)
  32. Turath Al-Quran dan Al-Sunnah (Kod: 5303)
  33. Turath Dirasat Islamiah (Kod: 5304)
  34. Turath Bahasa Arab (Kod: 5305)
  35. Usul Al-Din (Kod: 5401)
  36. Al-Syariah (Kod: 5402)
  37. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah (Kod: 5403)
  38. Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah (Kod: 5404)
  39. Al-Adab Wa Al-Balaghah (Kod: 5405)
  40. Bahasa Cina (Kod: 6351)
  41. Bahasa Tamil (Kod: 6354)
  42. Bahasa Iban (Kod: 6356)
  43. Bahasa Kadazandusun (Kod: 6357)
  44. Bahasa Semai (Kod: 6358)
  45. Pembinaan Domestik (Kod: 7101)
  46. Kerja Paip Domestik (Kod: 7103)
  47. Pendawaian Domestik (Kod: 7104)
  48. Kimpalan Arka dan Gas (Kod: 7105)
  49. Menservis Automobil (Kod: 7106)
  50. Menservis Motosikal (Kod: 7107)
  51. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara (Kod: 7108)
  52. Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Kod: 7109)
  53. Pembuatan Perabot (Kod: 7110)
  54. Rekaan & Jahitan Pakaian (Kod: 7201)
  55. Katering dan Penyajian (Kod: 7202)
  56. Pemprosesan Makanan (Kod: 7203)
  57. Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kod: 7205)
  58. Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut (Kod: 7207)
  59. Gerontologi Asas & Geriatrik (Kod: 7208)
  60. Landskap & Nurseri (Kod: 7301)
  61. Akuakultur & Haiwan Rekreasi (Kod: 7302)
  62. Tanaman Makanan (Kod: 7303)
  63. Produksi Multimedia (Kod: 7403)
  64. Produksi Reka Tanda (Kod: 7405)
  65. Hiasan Dalaman (Kod: 7406)
  66. Reka Bentuk Grafik Digital (Kod: 7407)
  67. Kesusasteraan Cina (Kod: 9216)
  68. Kesusasteraan Tamil (Kod: 9217)
  69. Bible Knowledge (Kod: 9221)
  70. Bahasa Punjabi (Kod: 9378)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Atau, emelkan ke [email protected]

Maklumat yang dikongsikan ini adlaah tertakluk kepada pindaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pastikan anda sentiasa membuat semakan untuk info terkini.

Soalan Lazim Pendaftaran SPM 2026

1. Bilakah pendaftaran SPM 2026 bagi calon persendirian dibuka?

Pendaftaran SPM 2026 bagi calon persendirian dibuka mulai 1 Mac 2026 hingga 30 April 2026. Calon baharu dan calon mengulang boleh mendaftar dalam tempoh ini melalui https://sppat.moe.gov.my

2. Di manakah calon boleh mendaftar SPM 2026?

Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi: https://sppat.moe.gov.my

3. Apakah langkah-langkah mendaftar sebagai calon persendirian SPM 2026?

Berikut ialah cara mendaftar:
Langkah 1: Pendaftaran
Daftar secara atas talian di https://sppat.moe.gov.my

Langkah 2: Pembayaran
Lakukan pembayaran secara dalam talian sahaja (FPX).
⚠️ Pembayaran yang tidak dibuat dalam tempoh 3 hari selepas permohonan akan dibatalkan secara automatik.

Langkah 3: Semakan Pendaftaran
Buat semakan pendaftaran dan cetak Penyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) sebagai bukti pendaftaran.

4. Bagaimana calon akan menerima maklumat peperiksaan?

Semua maklumat berkaitan peperiksaan SPM persendirian dan SPM ulangan akan disalurkan melalui emel oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Calon perlu memastikan menggunakan alamat emel yang aktif dan sah semasa pendaftaran.

5. Adakah pendaftaran lewat dibenarkan?

Ya. Pendaftaran lewat dibuka dari 1 Mei 2026 hingga 15 Mei 2026.
Namun, caj Daftar Lewat sebanyak RM150 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
Caj ini tidak termasuk bayaran asas dan bayaran mata pelajaran.

6. Berapakah kadar bayaran peperiksaan SPM 2026 bagi calon persendirian?

Kadar bayaran peperiksaan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bayaran merangkumi:

– Bayaran asas
– Bayaran setiap mata pelajaran yang didaftarkan

Struktur bayaran berbeza mengikut kategori calon iaitu SPMU, calon persendirian SPM, dan calon sekolah swasta/SAR (Kod D dan F).

7. Berapakah bayaran peperiksaan SPMU (Calon Persendirian)?

Bagi SPMU, hanya tiga (3) mata pelajaran ditawarkan:

– Bahasa Melayu (Kod: 1103) – RM 12.00
– Sejarah (Kod: 1249) – RM 10.50
– Matematik (Kod: 1449) – RM 10.50

Bayaran asas: RM 20.00
Jumlah keseluruhan bergantung kepada bilangan mata pelajaran yang diambil termasuk bayaran asas.

8. Berapakah bayaran peperiksaan SPM (Calon Persendirian, Sekolah Swasta & SAR)?

Bayaran asas: RM 20.00

Bayaran setiap mata pelajaran:
– Bahasa Inggeris (Kod: 1119) – RM 20.50
– Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat (*) – RM 10.50 setiap subjek
– Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat (**) – RM 12.00 setiap subjek

9. Apakah subjek wajib bagi calon baharu SPM persendirian?

Calon yang pertama kali mendaftar wajib mengambil 6 subjek teras, iaitu:

– Bahasa Melayu (Kod: 1103)
– Bahasa Inggeris (Kod: 1119)
– Matematik (Kod: 1449)
– Sains (Kod: 1511)
– Sejarah (Kod: 1249)
– Pendidikan Islam (Kod: 1223) atau Pendidikan Moral (Kod: 1225)

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut