Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan gabungan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditingkatkan kepada RM16 bilion (berbanding RM15 bilion pada tahun sebelumnya).
Untuk pengetahuan anda, Bantuan SARA 2027 dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
- Penerima STR: Penerima sedia ada automatik menerima SARA sehingga RM150 sebulan (maksimum RM1,800 setahun), manakala golongan miskin tegar e-Kasih menerima sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan).
- Bukan Penerima STR (Termasuk M40): Warganegara 18 tahun ke atas yang layak menerima SARA MADANI berjumlah RM200 secara keseluruhan (manfaat kepada kira-kira 13 juta rakyat).
Jom rujuk kadar bayaran dan maklumat terperinci mengenai SARA 2027 di bawah.
Apa Itu SARA 2027?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 ialah program bantuan bersasar kerajaan Malaysia yang disalurkan secara bulanan tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas dan barangan basah segar.
Melalui Belanjawan 2027, peruntukan gabungan STR dan SARA dinaikkan kepada RM16 bilion untuk memelihara kebajikan rakyat.
Lokasi pembelian juga diperluas ke 216 Pasar Tani FAMA serta 15,000 premis rakan niaga.
Siapa Layak Dapat SARA 2027?
Semua penerima STR automatik menerima bantuan SARA antara RM50 hingga RM150 sebulan (RM600 hingga RM1,800 setahun) mengikut kategori pendapatan.
Manakala golongan Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih mendapat bantuan tambahan antara RM50 hingga RM100 sebulan (RM600 hingga RM1,200 setahun).
Manakala, warganegara 18 tahun ke atas yang tidak menerima STR layak menerima SARA MADANI berjumlah RM200 secara keseluruhan.
SARA MADANI akan diberikan sebanyak dua kali untuk kumpulan bukan penerima STR (termasuk M40 dan belia) iaitu:
- Agihan Pertama (RM100): Dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Agihan Kedua (RM100): Dibayar menjelang ambang Hari Kebangsaan yang ke-70 (Ogos 2027).
Kadar Bantuan
Kadar bantuan SARA 2027 kini disalurkan mengikut kategori pendapatan bulanan, status isi rumah, dan tambahan khusus untuk golongan miskin/miskin tegar:
- Isi Rumah Berpendapatan <RM2,500: Menerima kadar SARA tetap sebanyak RM150 sebulan (RM1,800 setahun).
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000: Menerima kadar SARA sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Warga Emas Tiada Pasangan & Lajang: Menerima kadar SARA sebanyak RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Tambahan Khusus Miskin & Miskin Tegar: Penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM50 hingga RM100 sebulan (RM600 hingga RM1,200 setahun) di atas kadar asas SARA mereka.

Perbezaan SARA 2027 & SARA MADANI 2027
Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya adalah SARA 2027 adalah bantuan bulanan untuk penerima STR (B40), manakala SARA MADANI 2027 adalah bantuan khas dua fasa untuk bukan penerima STR (M40 & Belia).
Rujuk perbandingannya di bawah:
| Program | SARA 2027 (Kategori Penerima STR) | SARA MADANI 2027 (Kategori Bukan STR) |
|---|---|---|
| Kumpulan Sasar | Khusus untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 | Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang tidak mendapat STR (Merangkumi belia & kelas menengah M40) |
| Kadar Bantuan | RM50 hingga RM150 sebulan (Bersamaan RM600 hingga RM1,800 setahun) mengikut kategori. | Jumlah tetap RM200 setahun |
| Kaedah Agihan | Dikreditkan secara bulanan sepanjang tahun ke dalam MyKad (tanpa tunai) | Disalurkan secara berfasa sebanyak dua kali (RM100 + RM100) |
| Fasa Pembayaran | Setiap bulan sepanjang tahun 2027 | • Fasa 1: Sebelum Hari Raya Aidilfitri • Fasa 2: Menjelang ambang Hari Kebangsaan ke-70 (Ogos 2027) |

Lokasi Pembelian SARA 2027
Berdasarkan Belanjawan 2027, lokasi pembeliaan menggunakan kredit SARA 2027 telah diperluas untuk memudahkan penerima berbelanja.
Anda boleh menggunakan MyKad anda untuk pembelian menggunakan SARA di lokasi-lokasi berikut:
- Pasar Tani FAMA: Kini diperluas rasmi merangkumi 216 Pasar Tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara untuk pembelian barangan basah dan segar.
- Premis Runcit & Pasar Raya Rakan Niaga: Bilangan kedai runcit, pasar raya, dan koperasi yang menerima pembayaran SARA telah ditingkatkan daripada 6,800 buah kepada 10,000 premis di seluruh Malaysia.
Antara rangkaian pasar raya besar sedia ada yang terlibat sebagai rakan niaga termasuklah Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s, AEON terpilih, serta kedai runcit yang mempunyai logo panel SARA.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim SARA 2027
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai SARA 2027 menerusi saluran-saluran utama berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDN
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
Tidak perlu. Jika permohonan STR 2027 anda lulus, anda secara automatik akan didaftarkan untuk menerima bantuan bulanan SARA.
Bagi penerima STR, bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima pada setiap bulan.
Kredit SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan makanan sahaja. Melalui penambahbaikan terbaharu, penggunaan SARA kini diperluas untuk pembelian barangan basah dan segar (seperti ikan, ayam, sayur, dan buah-buahan).
Kredit ini boleh digunakan di lebih 10,000 premis rakan niaga (termasuk pasar raya terkemuka, kedai runcit kecil, dan koperasi) serta di 216 Pasar Tani / Tamu FAMA terpilih di seluruh negara.




