SPMU – Cara Daftar SPM Ulangan 2026 (sppat.moe.gov.my)

SPMU
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

SPM ulangan (SPMU) boleh didaftar bermula 1 Mac 2026 sehingga 30 April 2026 di portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan: https://sppat2.moe.gov.my/

Peperiksaan ini terbuka kepada individu yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (Calon Mengulang) dan memperolehi gred sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat dan cara mendaftar untuk calon-calon yang mengambil SPM ulangan (SPMU) 2026.

Ringkasan SPM Ulangan (SPMU) 2026

Pendaftaran SPM Ulangan bagi tahun 2026 kini dibuka secara atas talian untuk calon yang ingin memperbaiki gred subjek Bahasa Melayu, Sejarah, dan Matematik bermula 1 Mac 2026 sehingga 30 April 2026.

Calon perlu mendaftar melalui portal SPPAT (sppat.moe.gov.my) dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak denda pendaftaran lewat.

Apa Itu SPM Ulangan (SPMU)?

SPM Ulangan (SPMU) adalah peperiksaan khas yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kedua kepada calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.

Berbeza dengan peperiksaan SPM biasa (November/Disember), SPMU hanya menawarkan tiga subjek teras sahaja, iaitu:

  • Bahasa Melayu (1103)
  • Sejarah (1249)
  • Matematik (1449)

Kenapa Perlu Ambil SPMU?

Sebab utama calon menduduki SPMU adalah untuk mendapatkan Sijil SPM. Di Malaysia, syarat utama untuk memperoleh sijil tersebut adalah:

  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus mata pelajaran Sejarah.

Jika calon gagal salah satu daripada subjek ini dalam peperiksaan asal, mereka boleh mengambil SPMU untuk lulus dan melayakkan diri menerima sijil.

Selain itu, calon yang sudah lulus tetapi ingin meningkatkan gred (contohnya dari C ke A) untuk tujuan kemasukan ke universiti (UPU) juga boleh mendaftar.

Tarikh pendaftaran SPMU bagi tahun 2026 dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 30 April 2026 di portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan: https://sppat2.moe.gov.my/

Tarikh SPM Ulangan (SPMU) 2026

Tarikh Pendaftaran SPM Ulangan (SPMU) adalah bermula 01/03/2026 sehingga 30/04/2026.

Bagi Lepasan SPM 2025 dikecualikan fi pemprosesan tambahan RM150.00. Fi pemprosesan tambahan RM150.00 dikenakan bagi calon yang lewat daftar dan membuat pembayaran mulai 01/05/2026 – 15/05/2026

Tarikh peperiksaan SPMU pula adalah pada JULAI 2026.

Syarat Kelayakan Menduduki SPMU

Sebelum memulakan pendaftaran spm ulangan, pastikan anda memenuhi kriteria berikut:

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM pada tahun-tahun sebelumnya.
  2. Ingin memperbaiki gred bagi subjek wajib lulus (Bahasa Melayu & Sejarah) untuk mendapatkan sijil penuh.
  3. Calon mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang telah bersekolah di Malaysia.

Cara Daftar SPM Ulangan 2026

Berikut adalah cara mendaftarkan permohonan anda sebagai calon persendirian SPMU 2026:

  1. Layari portal rasmi SPPAT di https://sppat.moe.gov.my
  2. Klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)”.
  3. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU.
  4. Masukkan maklumat No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran bagi peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  5. Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan.
  6. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
  7. Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
  8. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
  9. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
  10. Mesej pengesahan maklumat akan dipaparkan sebelum borang pendaftaran anda dihantar. Klik butang OK.
  11. Kemudian sistem akan bawa anda ke laman bayaran perbankan elektronik selepas borang dihantar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Rujuk panduan bergambar di bawah & muat turun PDF panduan pendaftaran SPMU 2026:

NOTA PENTING:

  • Sebelum pendaftaran peperiksaan secara dalam talian dilaksanakan, semua pemohon perlu memastikan pilihan peperiksaan yang perlu didaftarkan iaitu SPM atau SPMU atau SPM dan SPMU.
  • Lembaga Peperiksaan TIDAK AKAN MENGEMBALIKAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN sekiranya calon membatalkan pendaftaran peperiksaan setelah urusan pendaftaran peperiksaan diselesaikan oleh pemohon.
  • Semua urusan pembayaran pendaftaran peperiksaan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian sepenuhnya (FPX).

Rujuk juga PDF maklumat pendaftaran SPMU 2026 di bawah:

Semakan Status Pendaftaran SPMU 2026

Selepas selesai membuat pendaftaran, anda perlu membuat semakan status pendaftaran bermula pada 18 Mei 2026.

Berikut ialah cara-cara membuat semakan status pendaftaran SPMU 2026:

  1. Layari portal rasmi Lembaga Peperiksaan SPPAT di https://sppat2.moe.gov.my/cp/spmu/epIndex.asp
  2. Klik menu “Semakan”
  3. Sila masukkan maklumat No. Pengenalan Diri untuk membuat semakan.
  4. Klik “Semak”
  5. Status pendaftran SPMU 2026 akan dipaparkan sekiranya anda sudah dan berjaya membuat pendaftaran.

Sila rujuk panduan semakan pendaftaran calon persendirian SPMU di sini.

Kadar Bayaran SPMU 2026

Kadar bayaran peperiksaan SPMU bagi calon persendirian ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bayaran yang dikenakan merangkumi bayaran asas dan bayaran bagi setiap mata pelajaran yang didaftarkan.

Bagi calon yang mengambil peperiksaan SPMU, hanya tiga (3) mata pelajaran ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Berikut ialah kadar bayaran SPMU 2026:

Bayaran Asas: RM 20.00

Bayaran Mata Pelajaran

  • Bahasa Melayu (Kod: 1103) – RM 12.00
  • Sejarah (Kod: 1249) – RM 10.50
  • Matematik (Kod: 1449) – RM 10.50

Ini bermaksud jumlah bayaran keseluruhan bergantung kepada bilangan mata pelajaran yang diambil, termasuk bayaran asas RM20.00.

NOTA: Calon yang mendaftar selepas tamat tempoh pendaftaran akan dikenakan RM 150.00 (Bayaran Calon Lewat).

Tarikh Penting SPM Ulangan 2026

Berikut ialah tarikh penting yang perlu diambil perhatian:

PerkaraTarikh
Tempoh pendaftaran calon persendirian SPMU 202601/03/2026 – 30/04/2026
Tarikh semakan status pendaftaran calon persendirian SPMU 2026mulai 18/05/2026
Tarikh peperiksaan SPMU 2026*Sila rujuk jadual peperiksaan SPMU 2026

NOTA:

  1. Permohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian sahaja di laman sesawang sppat.moe.gov.my.
  2. Calon hendaklah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah:
    • benar seperti dalam dokumen pengenalan diri;
    • mata pelajaran yang dimohon adalah tepat; serta
    • E-mel dan no. telefon bimbit yang boleh dihubungi.
    Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  3. Calon pertama kali mendaftar hendaklah mendaftar 6 mata pelajaran teras SPM: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains* (rujuk syarat mata pelajaran)
  4. Pendaftaran Calon Mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  5. Membuat pendaftaran SPM di portal sppat.moe.gov.my antara 01/03/2026 sehingga 30/04/2026.
  6. Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik. Calon hendaklah membuat pembayaran semasa permohonan dibuat atau selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari. Sekiranya bayaran tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan terbatal secara automatik (sila simpan resit untuk rujukan).
  7. Semakan pendaftaran boleh disemak mulai 01/07/2026.
  8. Sila cetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) Ujian Amali Sains/Ujian Bertutur/Ujian Lisan/Ujian Bertulis yang mempunyai angka giliran, pusat peperiksaan calon dan jadual waktu peperiksaan. Sila bawa PPP dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
  9. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah dimohon di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar antara 01/04/2026 sehingga 30/04/2026 berserta bayaran.
  10. Permohonan pembetulan maklumat calon/mata pelajaran hendaklah dimohon di JPN tempat calon mendaftar antara 01/04/2026 sehingga 15/04/2026 berserta bayaran.
  11. Sila cetak semula PPP jika terdapat pengemaskinian maklumat/mata pelajaran yang telah diluluskan.
  12. Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran.
  13. Sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres tidak lagi digunakan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SPM Ulangan 2026, sila rujuk pejabat JPN atau PPD yang berhampiran. Atau, layari:

  1. Portal rasmi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) Kementerian Pendidikan Lembaga Peperiksaan
  2. Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi

Soalan Lazim SPM Ulangan 2026 (SPMU)

Bilakah tarikh pendaftaran SPM Ulangan 2026?

1 Mac 2026 hingga 30 April 2026.

Apakah subjek yang boleh diambil dalam SPMU?

Hanya tiga (3) mata pelajaran sahaja ditawarkan dalam sesi ulangan Jun/Julai:
– Bahasa Melayu (1103)
– Sejarah (1249)
– Matematik (1449)

Berapakah yuran pendaftaran SPMU?

Yuran Asas: RM20.00
Bahasa Melayu: RM12.00
Sejarah: RM10.50
Matematik: RM10.50

Macam mana nak daftar SPM Ulangan?

Pendaftaran dilakukan secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal SPPAT di: https://sppat.moe.gov.my/

Bolehkah batalkan pendaftaran dan mendapat balik wang?

Tidak. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengembalikan bayaran yuran pendaftaran sekiranya calon membatalkan pendaftaran setelah urusan bayaran diselesaikan.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status pendaftaran?

Semakan status pendaftaran boleh dibuat di portal yang sama (SPPAT) mulai 18 Mei 2026 (bagi fasa awal).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut