STR Fasa 4 tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat pada 4 November 2026 untuk penerima sedia ada. Permohonan Baharu & Rayuan yang diluluskan pula akan mula menerima bayaran bermula 16 November 2026.
Pembayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion yang memberi manfaat kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara.
Untuk semakan status bayaran, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rayuan dan permohonan baharu STR Fasa 4 2026.
Bila Bayaran STR Fasa 4 Disalurkan?
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun 2026 disalurkan secara berperingkat mengikut kategori status permohonan anda seperti berikut:
- Penerima Sedia Ada: Bayaran dikreditkan bermula 4 hingga 6 November 2026.
- Permohonan Baharu & Rayuan (Lulus): Bayaran akan disalurkan bermula 16 November 2026.

Kaedah Penyaluran:
- Kredit ke Akaun Bank: Masuk secara terus ke akaun bank pemohon atau pasangan yang telah didaftarkan.
- Tunai di Cawangan BSN: Bagi yang tiada akaun bank atau gagal kredit, penunaian fizikal boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan status kelayakan dan kemas kini maklumat boleh dilakukan terus menerusi Portal Rasmi STR LHDNM.
Berapa Bayaran STR Fasa 4 2026?
Kadar bayaran STR Fasa 4 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut:
| Kategori Penerima | Pendapatan Bulanan | Kadar Bayaran STR Fasa 4 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,500 dan ke bawah | Sehingga RM500 |
| RM2,501 hingga RM5,000 | Sehingga RM250 | |
| Warga Emas | RM5,000 dan ke bawah | RM150 |
Penerima layak menerima manfaat sehingga RM2,200 setahun dengan pembayaran disalurkan secara berfasa mengikut kategori dan kelayakan STR.

Cara Semak Status STR 2026
Untuk membuat semakan status permohonan STR Fasa 4 2026, anda boleh rujuk beberapa kaedah rasmi seperti di bawah:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari Portal Rasmi STR, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR. Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Kaedah Pembayaran STR
Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit; atau
- Tiada Maklumat akaun bank
Maklumat Lanjut
Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.
Muat turun SOALAN LAZIM STR:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
- Permohonan STR 2026 (UPDATE 15 Ogos 2026)
- Semakan Status STR 2026
- Kemaskini Maklumat STR 2026
- Pembayaran STR 2026
- Maklumat Waris & SKK STR 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semu
Soalan Lazim – STR Fasa 4
Pembayaran fasa akhir ini diperuntukkan kepada semua penerima Isi Rumah (Berkahwin) dan Warga Emas Tiada Pasangan berstatus “Lulus”. Ini juga termasuk pemohon baharu atau kes rayuan yang diluluskan sebelum kaunter ditutup pada 30 September lalu.
Ya. Pasangan perlu mengemukakan permohonan baharu dengan status perkahwinan terkini (Balu/Duda). Sila lampirkan salinan sijil kematian pasangan bersama dokumen sokongan lain.
STR Fasa 4 tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat pada 4 November 2026 untuk penerima sedia ada. Permohonan Baharu & Rayuan yang diluluskan pula akan mula menerima bayaran bermula 16 November 2026.
Proses agihan bantuan dikendalikan melalui dua kaedah utama:
– Kredit ke Akaun Bank: Duit dimasukkan terus ke akaun bank aktif pemohon / pasangan yang didaftarkan semasa memohon.
– Tuntutan Tunai (BSN): Bagi mereka yang tiada akaun bank atau transaksi kredit ke bank gagal, penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad asal.
Tidak. Penerima kategori bujang (bukan warga emas) tidak menerima sebarang bayaran tunai pada Fasa













