Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka permohonan kepada mana-mana pihak untuk menjadi Pemerhati Pilihan Raya PRU DUN Melaka Ke-16 dan permohonan boleh dibuat kepada pihak SPR.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pemerhati pilihan raya ini untuk makluman mereka yang berminat.

Mengenai Pemerhati Pilihan Raya
Pemerhati pilihan raya ialah individu atau wakil daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau badan bebas yang dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memantau perjalanan sesuatu proses pilihan raya.
Ini adalah bagi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan dengan baik mengikut proses yang adil serta membawa cadangan penambahbaikan tersebut.
Objektif pemerhati ini diwujudkan dalam pilihan raya ialah:
- Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
- Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
- Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
- Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2026.
Skop Pemerhatian
Pemerhati yang dilantik dibenarkan untuk memerhatikan proses-proses pilihan raya seperti berikut:
- Proses Penamaan Calon;
- Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
- Kempen Pilihan Raya;
- Proses Pengundian Awal;
- Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
- Proses Pengundian Biasa;
- Proses Pengiraan Undi Awal;
- Proses Pengiraan Undi Pos;
- Proses Pengiraan Undi; dan
- Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya.
Pemohon Yang Boleh Memohon
Pemohon yang boleh memohon sebagai pemerhati ini adalah:
- Agensi Kerajaan;
- Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan); dan - Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Syarat Permohonan
Syarat untuk menjadi pemerhati bagi pilihan raya ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
- Tidak bankrap;
- Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
- Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
- WAJIB menghadiri latihan yang disediakan;
- Permohonan melalui organisasi sahaja. Permohonan individu tidak diterima.
- Syarat-syarat tambahan PRU DUN Melaka Ke-16:-
– Pemerhati bebas memilih satu (1) DUN sahaja untuk membuat pemerhatian
– Pemerhatian hanya dibenarkan di dalam DUN yang dipilih sahaja.
– DUN yang dipilih oleh pemerhati adalah kekal sepanjang tempoh pemerhatian dan tidak boleh ditukar selepas pelantikan dibuat.
(Rujuk LAMPIRAN D – SENARAI PARLIMEN & DUN DI NEGERI MELAKA) - Setiap organisasi boleh melantik sehingga 4 orang pemerhati setiap DUN.
Contoh:
– N.06 Rembia : 4 orang pemerhati (maksimum)
– N.09 Durian Tunggal: 3 orang pemerhati
– N.21 Duyong : 4 orang pemerhati (maksimum)
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1- Permohonan sebagai pemerhati
a)- Memaklum dan mengemukakan maklumat berikut kepada Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO):
- Nama;
- No. Kad Pengenalan;
- No. Telefon;
- E-mel;
- Parlimen yang dipilih (Rujuk LAMPIRAN D – SENARAI PARLIMEN & DUN DI NEGERI MELAKA);
- Saiz baju pemerhati; dan
- Zon taklimat yang dipilih.
b)- Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI.
2. Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO)
a) Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO.
b) Melengkapkan LAMPIRAN A – SENARAI PERMOHONAN PEMERHATI ORGANISASI.
c) Mengemukakan semua dokumen yang telah lengkap kepada [email protected].
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS
- Laporan aktiviti
- Profil pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
- Surat permohonan
- Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
- LAMPIRAN A – SENARAI PERMOHONAN PEMERHATI ORGANISASI
- LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI
- LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO
Nota:
- Pengecualian dokumen [1,2,3 dan 4] kepada Agensi Kerajaan yang menyertai program ini.
- Agensi Kerajaan diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan daripada Ketua Jabatan peringkat negeri atau persekutuan.
Soalan Lazim
Pemerhati pilihan raya ialah individu atau wakil daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau badan bebas yang dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memantau perjalanan sesuatu proses pilihan raya.
Tarikh permohonan dibuka mulai 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2026.
– Proses Penamaan Calon;
– Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
– Kempen Pilihan Raya;
– Proses Pengundian Awal;
– Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
– Proses Pengundian Biasa;
– Proses Pengiraan Undi Awal;
– Proses Pengiraan Undi Pos;
– Proses Pengiraan Undi; dan
– Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya.
– Agensi Kerajaan;
– Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan); dan
– Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
– Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
– Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
– Tidak bankrap;
– Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
– Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
– WAJIB menghadiri latihan yang disediakan;
– Permohonan melalui organisasi sahaja. Permohonan individu tidak diterima.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Pemerhati Pilihan Raya SPR PRU DUN Melaka ke-16 , sila layari laman web SPR iaitu https://spr.gov.my/pemerhati-prudun-melaka-16/
Baca juga: Tarikh PRN Melaka Ke-16 & Permohonan Undi Pos




