Pendaftaran Matrikulasi Online 2026/2027: Panduan Lengkap Pelajar Baharu

pendaftaran matrikulasi online
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pendaftaran Matrikulasi Online 2026/2027 kini dibuka bagi pelajar yang berjaya menerima tawaran Program Matrikulasi KPM.

Sebelum membuat pendaftaran, pelajar perlu menyediakan beberapa dokumen dan maklumat penting bagi memastikan proses daftar online berjalan lancar.

Berikut dikongsikan panduan lengkap pendaftaran matrikulasi online untuk rujukan pelajar baharu.

Pengenalan Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai program prauniversiti untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Program ini diperkenalkan bagi meningkatkan peluang pelajar cemerlang Bumiputera menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Pada awalnya, pelajar perintis terdiri daripada pelajar SBP dan MRSM sebelum kolej matrikulasi pertama seperti KMM dan KML mula beroperasi pada tahun 1999.

Program ini terus berkembang dengan penambahan kolej, pengenalan Program Satu Tahun (PST), Program Dua Tahun (PDT) serta aliran teknikal.

Kini, Program Matrikulasi KPM menjadi antara laluan utama prauniversiti di Malaysia dan Sijil Matrikulasi KPM diiktiraf dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2017.

Bilakah Pendaftaran Matrikulasi

Pendaftaran fizikal Matrikulasi di kolej adalah pada 7 dan 8 Jun 2026. Manakala pendaftaran dalam talian pula bermula 13 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026 menerusi portal rasmi matrikulasi masing-masing

Pendaftaran Matrikulasi Online

Berikut merupakan panduan pendaftaran online Program Matrikulasi KPM sesi 2026/2027 yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum membuat pendaftaran secara dalam talian.

pendaftaran matrikulasi online
Screenshot

1. Sediakan Dokumen & Maklumat Penting

Sebelum sistem pendaftaran online dibuka, pelajar perlu menyediakan beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan proses pendaftaran iaitu:

  • Nombor rujukan slip bayaran yuran
  • Nombor akaun bank pelajar (akaun mestilah atas nama pelajar sendiri)
  • Gambar pasport mengikut spesifikasi ditetapkan
  • Nombor telefon yang masih aktif

2. Bayaran Yuran Perlu Dibuat Lebih Awal

Ramai pelajar keliru kerana menyangka bayaran dibuat semasa mengisi pendaftaran online. Sebenarnya, bayaran yuran perlu dibuat lebih awal mengikut arahan rasmi yang diberikan.

Semasa proses daftar online, pelajar hanya perlu memasukkan nombor rujukan slip bayaran sahaja sebagai pengesahan pembayaran.

3. Tarikh Sistem Bayaran Dibuka

Sistem bayaran yuran bagi Program Matrikulasi KPM sesi 2026/2027 dibuka bermula:

13 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026

Pelajar disarankan membuat bayaran lebih awal bagi mengelakkan masalah sistem sesak pada saat akhir.

4. Cetak Slip Maklumat Pelajar

Selepas berjaya melengkapkan pendaftaran online, sistem akan menjana “Slip Maklumat Pelajar” yang mengandungi maklumat penting seperti:

  • Blok kediaman
  • Nombor bilik

Slip tersebut perlu disimpan atau dicetak kerana akan digunakan semasa hari lapor diri di kolej matrikulasi nanti.

Senarai Dokumen yang Diperlukan

Semasa pendaftaran fizikal nanti, pelajar disarankan menyediakan semua dokumen dan fail lebih awal supaya urusan menjadi lebih mudah dan teratur.

Walaupun nampak kecil, persediaan awal memang sangat membantu ketika hari pendaftaran nanti.

Pastikan semua salinan dokumen telah disahkan (cop rasmi) dan sediakan sekitar 10–15 salinan bagi dokumen penting seperti IC pelajar, IC ibu bapa / penjaga, sijil lahir, slip SPM dan surat tawaran.

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:

1. DOKUMEN PENTING & FAIL

    • Dokumen Asal
    • Kad pengenalan
    • Slip tawaran matrikulasi
    • Salinan keputusan SPM
    • Buku akaun bank / Kad ATM
    • Kad kesihatan / sijil berkaitan

    2. SALINAN DOKUMEN

    • Kad pengenalan
    • Sijil lahir
    • Sijil keputusan SPM
    • Surat tawaran
    • Gambar passport (4 keping)

    3. SEDIAKAN DALAM FAIL & ORGANISASI

    • Fail dokumen utama
    • Fail akaedemik
    • Sampul plastik dokumen
    • Pendrive / emel simpanan
    • Simpan softcopy dalam Google Drive

    Etika Pakaian Pelajar Matrikulasi

    Pelajar juga disarankan untuk memahami dan mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak matrikulasi sepanjang sesi pembelajaran dan urusan rasmi kampus.

    Berikut merupakan panduan etika pakaian pelajar matrikulasi:

    Puatan Pendaftaran Online

    Berikut merupakan pautan rasmi untuk pendaftaran online yang boleh anda akses mengikut matrikulasi masing-masing:

    1. Kolej Matrikulasi Labuan
    2. Kolej Matrikulasi Melaka
    3. Kolej Matrikulasi Johor
    4. Kolej Matrikulasi Kelantan
    5. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
    6. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
    7. Kolej Matrikulasi Perlis
    8. Kolej Matrikulasi Perak
    9. Kolej Matrikulasi Kedah
    10. Kolej Matrikulasi Selangor
    11. Kolej Matrikulasi Pahang
    12. Kolej Matrikulasi Sarawak
    13. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
    14. Kolej Matrikulasi Kejuteraan Pahang
    15. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah

    Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

    Untuk memudahkan urusan pelajar baharu, berikut disenaraikan Buku Panduan Pendaftaran bagi setiap kolej matrikulasi sebagai rujukan lengkap sebelum sesi pendaftaran bermula:

      Maklumat Lanjut

      Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi  03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM

      Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:

      • FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
      • IG/TikTok – matrikulasikpm

      Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
      https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.

      Soalan Lazim Pendaftaran Matrikulasi Online

      Apa itu Program Matrikulasi KPM?

      Program Matrikulasi KPM ialah program prauniversiti yang diwujudkan pada tahun 1998 untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Kini, ia menjadi antara laluan utama prauniversiti di Malaysia dan Sijil Matrikulasi KPM turut diiktiraf dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2017.

      Bilakah tarikh pendaftaran Matrikulasi 2026/2027?

      Pendaftaran online Matrikulasi bermula pada 13 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026 menerusi portal rasmi kolej matrikulasi masing-masing. Manakala pendaftaran fizikal di kolej pula berlangsung pada 7 dan 8 Jun 2026.

      Apakah dokumen yang perlu disediakan sebelum daftar online?

      Pelajar perlu menyediakan beberapa maklumat penting sebelum membuat pendaftaran online seperti:

      Nombor rujukan slip bayaran yuran
      Nombor akaun bank atas nama pelajar
      Gambar pasport mengikut spesifikasi
      Nombor telefon aktif

      Adakah bayaran yuran dibuat semasa pendaftaran online?

      Tidak. Bayaran yuran perlu dibuat lebih awal mengikut arahan rasmi yang diberikan oleh pihak matrikulasi.

      Semasa proses daftar online, pelajar hanya perlu memasukkan nombor rujukan slip bayaran sebagai pengesahan pembayaran.

      Bilakah sistem bayaran yuran dibuka?

      Sistem bayaran yuran Program Matrikulasi KPM sesi 2026/2027 dibuka bermula 13 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026.

      Pelajar digalakkan membuat bayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan atau kesesakan sistem pada saat akhir.

      Apa yang perlu dibuat selepas selesai pendaftaran online?

      Selepas selesai membuat pendaftaran online, pelajar perlu mencetak atau menyimpan “Slip Maklumat Pelajar” yang dijana oleh sistem.
      Slip tersebut mengandungi maklumat penting seperti:

      Blok kediaman
      Nombor bilik

      Slip ini biasanya diperlukan semasa hari pendaftaran fizikal di kolej nanti.

      Siapa pelajar perintis Program Matrikulasi?

      Pada peringkat awal, pelajar perintis Program Matrikulasi terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM sebelum kolej matrikulasi pertama seperti KMM dan KML mula beroperasi pada tahun 1999.

      Apakah jenis program yang ditawarkan dalam Matrikulasi?

      Program Matrikulasi KPM kini menawarkan beberapa pilihan program seperti:

      Program Satu Tahun (PST)
      Program Dua Tahun (PDT)
      Aliran Teknikal

      Program ini terus berkembang dengan penambahan kolej matrikulasi di seluruh negara.

      Baca juga:

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut