Permohonan Rayuan Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027

rayuan matrikulasi KPM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan Rayuan Matrikulasi Sesi 2026/2027 bagi pelajar lepasan SPM 2025 yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dilakukan bermula 27 April 2026 sehingga 6 Jun 2026 melalui pautan berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my

Permohonan rayuan dilakukan sepenuhnya secara online. Pelajar tidak perlu menghantar surat rayuan fizikal melainkan diminta oleh pihak kementerian dalam kes-kes tertentu.

Rujuk cara dan syarat permohonan rayuan matrikulasi sesi 2026/2027 di bawah.

Ringkasan Rayuan Matrikulasi 2026/2027
  • Tarikh rayuan matrik dibuka: 27 April 2026 sehingga 6 Jun 2026.
  • Rayuan Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui https://matrikulasi.moe.gov.my
  • Permohonan rayuan dibuka untuk calon yang gagal mendapat tawaran dan calon yang ingin menukar kolej.

Rayuan Matrikulasi 2026/2027

Rayuan Matrikulasi 2026/2027 membolehkan calon lepasan SPM 2025 yang tidak berjaya dalam permohonan awal mengemukakan permohonan semula untuk kemasukan ke program pra-universiti ini.

Tempoh rayuan akan dibuka sejurus selepas pengumuman keputusan rasmi keluar.

Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada beberapa faktor kritikal:

  • Meritokrasi: Skor merit anda (kombinasi 90% akademik dan 10% kokurikulum) mestilah kompetitif berbanding pemohon rayuan yang lain.
  • Syarat Minimum: Pastikan anda memenuhi syarat minimum gred mata pelajaran bagi jurusan yang dipohon (Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, atau Profesional Perakaunan).
  • Kekosongan Tempat: Rayuan hanya berjaya jika terdapat calon yang mendapat tawaran awal tetapi tidak mendaftar atau menolak tawaran tersebut.

Tarikh Permohonan Rayuan Matrikulasi 2026/2027 Dibuka

Tarikh permohonan Rayuan Matrikulasi 2026/2027 telah dibuka bermula 27 April 2026 (Isnin) sehingga 6 Jun 2026.

Calon boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui portal rasmi Matrikulasi KPM di pautan: matrikulasi.moe.gov.my selepas log masuk menggunakan MyKad.

rayuan matrik kpm

Syarat Rayuan Matrik

Berikut adalah syarat-syarat dan maklumat penting berkaitan rayuan:

  • Sebelum membuat rayuan, anda mesti memastikan syarat asas kemasukan dipenuhi:
    • Warganegara: Mestilah warganegara Malaysia.
    • Umur: Tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
    • Kelayakan Akademik: Calon SPM tahun semasa yang memenuhi syarat minimum gred bagi jurusan yang dipohon (Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, atau Perakaunan Profesional).
Jenis Rayuan

1. Rayuan Kemasukan (Bagi yang Gagal): Untuk pelajar yang tidak mendapat tawaran pada pengambilan pertama. Kelulusan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan merit.

2. Rayuan Pertukaran Kolej: Hanya dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan sebab yang kukuh seperti:

  • Mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan berkala di kawasan tertentu.
  • Ibu bapa atau penjaga bertukar tempat kerja antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak (dan sebaliknya).
  • Adik-beradik ditempatkan di kolej lain.

Cara Mohon Rayuan Matrikulasi 2026/2027

Permohonan rayuan Matrikulasi bagi sesi 2026/2027 boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula 27 April sehingga 6 Jun 2026.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan:

  1. Layari Portal Rasmi: Pergi ke laman web rasmi Matrikulasi KPM.
  2. Log Masuk Sistem: Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda untuk menyemak keputusan sedia ada.
  3. Klik Butang Rayuan: Bagi calon yang tidak berjaya (Gagal), pautan atau butang “Rayuan” akan dipaparkan pada skrin keputusan anda.
  4. Isi Maklumat Diperlukan: Pastikan semua maklumat dikemas kini dan berikan alasan rayuan yang kukuh jika diminta dalam sistem.
  5. Hantar Permohonan: Simpan atau cetak slip pengesahan rayuan sebagai bukti permohonan telah diterima.

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2026/2027

Semakan Keputusan Calon Jaya bagi Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan 2026/2027 telah dibuka mulai 27 April 2026, jam 2.00 petang, khusus untuk lepasan SPM 2025. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut: http://matrikulasi.moe.gov.my/

semakan keputusan matrikulasi 2026

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi ambilan sesi 2026/2027 akan diumumkan pada 15 Jun 2026 (Isnin). Pelajar akan mendaftar di kolej pada 22 Jun 2026 (Isnin).

Tarikh-Tarikh Penting Kemasukan ke Program Matrikulasi

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kemasukan ke Program Matrikulasi 2026/2027:

  1. Permohonan Fasa 1
    – 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026
  2. Permohonan Fasa 2 & Kemaskini
    – Selepas keputusan SPM diumumkan (dalam tempoh 5 hari)
  3. Ujian & Temuduga JPPro
    – Dalam tempoh 1 minggu selepas SPM diumumkan
    – Khas pelajar mohon JPPro sahaja
  4. Calon Jaya
    27 April 2026
  5. Rayuan Kemasukan / Tidak Berjaya
    27 April – 6 Jun 2026
  6. Rayuan Pertukaran Kolej / Jurusan
    28 April – 3 Mei 2026
  7. Pendaftaran
    – Daftar fizikal di kolej mulai 7 & 8 Jun 2026
  8. Keputusan Rayuan
    – Pengumuman keputusan: 15 Jun 2026
    – Pelajar mendaftar di kolej: 22 Jun 2026

*Tarikh-tarikh adalah tertakluk kepada pindaan

Kalendar Akademik Program Matrikulasi 2025/2026

Berikut dikongsikan juga Kalendar Akademik Program Matrikulasi bagi sesi 2025/2026. Untuk sesi 2026/2027, info akan dikemaskini selepas ditarikh permohonan dibuka.

Permohonan Matrikulasi KPM
Kalendar Akademik Program Matrikulasi 2025/2026
Permohonan Matrikulasi KPM
Kalendar Interaksi Pensyarah Program Matrikulasi 2025/2026
Cuti Matrikulasi KPM
Kalendar Cuti Perayaan Program Matrikulasi KPM

Maklumat Lanjut

Jika menghadapi masalah teknikal, anda boleh menghubungi kaunter pertanyaan di Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya (sehingga 8 Mei 2026) atau e-mel ke [email protected].

Atau, hubungi  03-8884 4083/4042/4098 dan sertai Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM

Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:

  • FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
  • IG/TikTok – matrikulasikpm

Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.

SENARAI MATRIKULASI

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

Soalan Lazim Rayuan Matrikulasi KPM 2026/2027

Bilakah tempoh rayuan Matrikulasi 2026/2027 dibuka?

Rayuan dibuka mulaiĀ 27 April hingga 6 Jun 2026. Calon dinasihatkan memohon awal melalui portalĀ Matrikulasi KPM.

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk merayu?

Tiada. Permohonan rayuan adalah percuma.

Bolehkah saya membuat rayuan jika umur melebihi 20 tahun?

Tidak. Syarat am menetapkan umur calon tidak boleh melebihi 20 tahun pada tahun permohonan.

Bolehkah saya merayu melalui surat atau e-mel?

Tidak. Semua rayuan mesti dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi sahaja.

Bolehkah saya menukar jurusan (contoh: Sains ke Perakaunan)?

Ya, tetapi anda perlu mendaftar masuk ke kolej yang ditawarkan terlebih dahulu. Permohonan pertukaran boleh dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kolej tersebut.

Adakah saya boleh merayu pertukaran tempat/kolej?

Boleh, namun ia hanya dipertimbangkan untuk kes-kes tertentu dengan sebab yang kukuh seperti masalah kesihatan kronik, pertukaran tempat kerja ibu bapa antara Wilayah, atau adik-beradik di kolej lain.

Bilakah keputusan rayuan akan diumumkan?

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi ambilan sesi 2026/2027 akan diumumkan pada 15 Jun 2026 (Isnin). Pelajar akan mendaftar di kolej pada 22 Jun 2026 (Isnin).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut