Nak mohon pembiayaan TEKUN tapi tak nak ulang-alik ke cawangan? Kini permohonan boleh dibuat 100% secara online.
Lebih menarik, tempoh kelulusan pembiayaan bawah RM100,000 dipendekkan daripada sekitar 30 hari kepada 7 hari, dengan sasaran proses seawal 5 hari.
Ada juga inisiatif pra-kelulusan sehingga RM20,000 dalam tempoh 24 jam. Jom tengok cara mohon dan info penting yang perlu anda tahu!
Baca juga: Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) 2026
Apa itu Pembiayaan TEKUN?
TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah KUSKOP yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan mikro dan perusahaan kecil bagi membantu memulakan serta mengembangkan perniagaan.
Melalui pelbagai skim pembiayaan yang ditawarkan, usahawan berpeluang mendapatkan modal pusingan dan dana tambahan untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka.
Pembaharuan Utama
Antara pembaharuan utama:
- Permohonan boleh dibuat 100% secara dalam talian tanpa perlu hadir ke cawangan.
- Tempoh kelulusan pembiayaan bawah RM100,000 dipendekkan daripada kira-kira 30 hari kepada hanya 7 hari.
- KUSKOP menyasarkan proses kelulusan dan penyaluran dipercepatkan kepada 5 hari.
- Inisiatif pra-kelulusan pembiayaan sehingga RM20,000 dalam tempoh 24 jam bakal dijadikan sasaran perkhidmatan berterusan.
Jumlah Pembiayaan
- RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal
- RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 60 bulan @ 5 tahun
Syarat Kelayakan Asas Pembiayaan TEKUN Nasional
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
Dokumen Asas Yang Diperlukan
Pemohon hanya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM)
Atau
Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)
Cara Permohonan Pembiayaan TEKUN Online
Permohonan pembiayaan TEKUN boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan TEKUN Online di https://tekunonline.tekun.gov.my.
1. Daftar Akaun TEKUN Online
- Klik “Buat akaun baharu”. Isi maklumat seperti:
- Nama penuh
- E-mel
- No. telefon
- No. Kad Pengenalan tanpa tanda “-”
- Kata laluan
- Pengesahan kata laluan
- Klik “Daftar”. E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan. Buka e-mel tersebut dan klik “Sahkan Alamat E-mel”. Jika tidak menerima e-mel, klik “Hantar Semula E-mel Pengesahan”.
Nota: Gunakan nama penuh seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan.
2. Log Masuk & Mulakan Permohonan
- Masukkan e-mel dan kata laluan.
- Klik “Log Masuk”.
- Jika terlupa kata laluan, klik “Lupa kata laluan anda?” untuk menetapkan semula kata laluan.
- Selepas log masuk, klik “Mohon Pembiayaan”.
3. Isi Maklumat Asas
Lengkapkan maklumat asas perniagaan seperti:
- Negeri dan cawangan berdekatan
- Status dan kaedah perniagaan
- Maklumat akaun bank
- Nombor pendaftaran perniagaan/bank
Maklumat bertanda (*) adalah wajib diisi.
4. Isi Maklumat Peribadi Pemohon
Lengkapkan maklumat seperti:
- Nama dan No. Kad Pengenalan
- Jantina dan tarikh lahir
- Agama dan bangsa
- Status perkahwinan
- Bilangan tanggungan
- Alamat kediaman
- Nombor telefon dan e-mel
- Status pekerjaan dan pendapatan
Jika sudah berkahwin, isi juga maklumat pasangan pemohon dan klik “Simpan”.
5. Isi Maklumat Perniagaan
Masukkan maklumat berkaitan perniagaan, antaranya:
- Status dan jenis lesen perniagaan
- Nama syarikat/perniagaan
- Sektor dan aktiviti perniagaan
- Tempoh pengalaman berniaga
- Alamat premis/projek
- Anggaran pendapatan kasar
- Nombor telefon perniagaan
- Status premis
- Bilangan pekerja
- Waktu operasi
- Nilai aset perniagaan
- Modal untuk memulakan perniagaan
6. Isi Maklumat Pemilik Syarikat/Rakan Kongsi
- Masukkan maklumat pemilik syarikat atau rakan kongsi, jika berkaitan.
- Klik “Simpan” selepas selesai.
Kemudian, masukkan:
- Bilangan cawangan perniagaan
- Maklumat setiap cawangan
- Maklumat pembiayaan perniagaan sedia ada
Klik “Simpan”.
7. Lengkapkan Maklumat Pembiayaan
Isi maklumat berkaitan pembiayaan yang dipohon, termasuk:
- Jumlah pembiayaan yang diperlukan
- Tempoh bayaran
- Kekerapan bayaran
- Cara bayaran
Kemudian lengkapkan maklumat perujuk, perlindungan Takaful & PERKESO serta pendaftaran wasiat, jika berkenaan.
8. Beri Kebenaran & Isi Penamaan
- Tandakan “Ya” pada bahagian kebenaran penzahiran maklumat kredit individu dan akaun pemohon.
- Lengkapkan Perakuan Pemohon.
- Masukkan maklumat Perakuan Penamaan.
- Klik “Simpan”.
9. Muat Naik Dokumen
Muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan pasangan, jika berkaitan
- Salinan lesen/permit/daftar perniagaan
- Gambar perniagaan
- Penyata bank
Pastikan dokumen jelas dan mengikut format yang ditetapkan. Jika dokumen dalam format JPG, gunakan fungsi yang disediakan untuk menukarnya kepada PDF.
10. Hantar Permohonan
- Semak semua maklumat dan dokumen yang telah dimasukkan.
- Klik butang “Hantar”.
- Status permohonan boleh disemak melalui dashboard pemohon.
11. Semak Profil Pemohon
Untuk melihat maklumat akaun:
- Klik “Maklumat Profil”.
- Maklumat profil pemohon akan dipaparkan.
12. Tukar Kata Laluan
Jika mahu menukar kata laluan:
- Klik “Tukar Kata Laluan”.
- Masukkan kata laluan semasa.
- Masukkan kata laluan baharu.
- Sahkan kata laluan baharu.
- Klik “Kemas kini Kata Laluan”.

Manual Pengguna Panduan Permohonan
Portal TEKUN Nasional Permudah Urusan Usahawan
Dalam perkembangan sama, KUSKOP turut melancarkan Portal TEKUN Nasional, iaitu platform digital sehenti yang memudahkan usahawan mengakses pelbagai perkhidmatan secara dalam talian.
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Maklumat pembiayaan TEKUN
- Permohonan pembiayaan secara online
- Semakan status permohonan
- Hebahan program dan latihan keusahawanan
- Maklumat pejabat TEKUN di seluruh negara
Pelancaran portal ini selaras dengan agenda pendigitalan TEKUN Nasional dan inisiatif Birokrasi Dipermudahkan di bawah kerangka ABCD KUSKOP bagi memastikan rakyat dapat mengakses maklumat, perkhidmatan dan pembiayaan keusahawanan dengan lebih cepat serta mesra pengguna.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh layari Portal Tekun Nasional, atau rujuk butiran berikut:
Ibu Pejabat TEKUN Nasional 199801015544 (471673-V)
Menara TEKUN, T5-01-01, Maju Link
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000 Bandar Tasik Selatan,
Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 5.00 petang
Telefon : 03-9059 8888
Emel : [email protected]
Google Map : https://g.co/kgs/fPtthd
Soalan Lazim (FAQ) Sistem Permohonan Tekun Online
Permohonan boleh dibuat 100% secara dalam talian melalui Sistem Permohonan TEKUN Online di https://tekunonline.tekun.gov.my, tanpa perlu hadir ke cawangan TEKUN.
Tidak perlu. Proses permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara online, termasuk pendaftaran akaun, pengisian maklumat, muat naik dokumen dan penghantaran permohonan.
Klik “Buat akaun baharu”, kemudian isi nama penuh, e-mel, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan, kata laluan dan pengesahan kata laluan. Selepas klik “Daftar”, sahkan akaun melalui e-mel yang diterima.
Semak folder Inbox, Spam atau Junk terlebih dahulu. Jika masih tiada, kembali ke sistem TEKUN Online dan klik “Hantar Semula E-mel Pengesahan”.
Pada halaman log masuk, klik “Lupa kata laluan anda?”. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan klik “Hantar pautan tetapan semula kata laluan”. Pautan untuk menetapkan kata laluan baharu akan dihantar ke e-mel anda.
Pemohon perlu menyediakan maklumat seperti:
Maklumat peribadi pemohon
Maklumat pasangan, jika sudah berkahwin
Maklumat perniagaan
Maklumat pemilik syarikat/rakan kongsi, jika berkaitan
Maklumat cawangan perniagaan
Maklumat pembiayaan sedia ada
Maklumat pembiayaan yang dipohon
Maklumat perujuk
Maklumat Takaful dan PERKESO
Maklumat penamaan
Dokumen sokongan
Antara dokumen yang diperlukan ialah salinan Kad Pengenalan pemohon, Kad Pengenalan pasangan (jika berkaitan), lesen/permit/daftar perniagaan, gambar perniagaan dan penyata bank.
Pastikan semua dokumen jelas dan mengikut format yang ditetapkan sebelum dimuat naik.
Bagi pembiayaan bawah RM100,000, tempoh kelulusan telah dipendekkan daripada kira-kira 30 hari kepada 7 hari.
Pada masa sama, KUSKOP menyasarkan proses kelulusan dan penyaluran pembiayaan dipercepatkan kepada 5 hari.
Ya. Inisiatif pra-kelulusan pembiayaan sehingga RM20,000 dalam tempoh 24 jam diperkenalkan sebagai usaha mempercepatkan proses pembiayaan.
Pastikan permohonan dan semua dokumen telah dihantar dengan lengkap. Selepas itu, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui dashboard dan menunggu makluman berkaitan proses seterusnya.
Baca juga: Tajaan PTPTN 50% Selangor – Rujuk Sini Cara Mohon & Syarat




