Melalui Inisiatif Zakat Prihatin MAINS 2026 yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), terdapat lima kategori bantuan individu utama yang ditawarkan kepada umat Islam di Negeri Sembilan yang memenuhi syarat.
Permohonan dibuka dari 1 hingga 23 November 2026 secara atas talian di Sistem ePrihatin Zakat MAINS.
Jom semak cara permohonan, syarat kelayakan berserta dokumen sokongan yang diperlukan di bawah.
Senarai Bantuan Zakat MAINS
Daripada pendidikan anak-anak hingga kebajikan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, zakat yang anda tunaikan terus diterjemahkan kepada pelbagai bentuk bantuan demi kesejahteraan masyarakat.
MAINS menerusi Inisiatif Zakat Prihatin 2026 membuka peluang permohonan bagi lima kategori bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan.
LIMA INISIATIF BANTUAN YANG DITAWARKAN
1. Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu (Sesi 2027): RM100
2. Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Satu (Sesi 2027): RM100
3. Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negara: RM500
4. Bantuan Am Pelajaran IPT Luar Negara: RM500
5. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik & Kritikal: RM500
1. Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu MAINS

- TEMPOH PERMOHONAN: 1 – 23 NOVEMBER 2026
- KADAR BANTUAN: RM100
Syarat-syarat Permohonan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap.
- Bermastautin di Negeri Sembilan (Penjaga).
- Mempunyai anak Warganegara Malaysia yang memasuki Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2027.
- Mempunyai akaun bank yang aktif.
- Keutamaan pendapatan isi rumah M40: D5 -D8 (RM4,690-RM9,979).
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad Pengenalan Penjaga/Ibu/Bapa (jika berkenaan).
- Sijil Kelahiran anak yang lahir pada tahun 2020.
- Akaun bank yang aktif.
- Pengesahan bermastautin di Negeri Sembilan.
- Penyata Gaji/Pengesahan Pendapatan pemohon & pasangan (jika berkenaan).
*Dokumen dalam bentuk salinan perlu mendapatkan pengesahan yang sah.
IMBAS KOD QR UNTUK MEMOHON atau layari https://eprihatinzakat.mains.gov.my
2. Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Satu MAINS

- TEMPOH PERMOHONAN: 1 – 23 NOVEMBER 2026
- KADAR BANTUAN: RM100
Syarat-syarat Permohonan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap.
- Bermastautin di Negeri Sembilan (Penjaga).
- Mempunyai anak Warganegara Malaysia yang memasuki Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2027.
- Mempunyai akaun bank yang aktif.
- Keutamaan pendapatan isi rumah M40: D5 -D8 (RM4,690-RM9,979).
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad Pengenalan Penjaga/Ibu/Bapa (jika berkenaan).
- Sijil Kelahiran anak yang lahir pada tahun 2014.
- Akaun bank yang aktif.
- Pengesahan bermastautin di Negeri Sembilan.
- Penyata Gaji/Pengesahan Pendapatan pemohon & pasangan (jika berkenaan).
*Dokumen dalam bentuk salinan perlu mendapatkan pengesahan yang sah.
IMBAS KOD QR UNTUK MEMOHON atau layari https://eprihatinzakat.mains.gov.my
3. Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negara MAINS

- TEMPOH PERMOHONAN: 1 – 23 NOVEMBER 2026
- KADAR BANTUAN: RM500
Syarat-syarat Permohonan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Sembilan (Penjaga).
- Sedang menuntut di IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah.
- Mod Pengajian Sepenuh/Separuh Masa.
- Tidak pernah menerima bantuan zakat pendidikan daripada MAINS sepanjang tempoh pengajian.
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad Pengenalan Pelajar.
- Akaun bank yang aktif.
- Pengesahan bermastautin penjaga di Negeri Sembilan.
- Pengesahan sedang dalam pengajian daripada pihak institusi pengajian.
*Dokumen dalam bentuk salinan perlu mendapatkan pengesahan yang sah.
IMBAS KOD QR UNTUK MEMOHON atau layari https://eprihatinzakat.mains.gov.my
4. Bantuan Am Pelajaran IPT Luar Negara MAINS

- TEMPOH PERMOHONAN: 1 – 23 NOVEMBER 2026
- KADAR BANTUAN: RM500
Syarat-syarat Permohonan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Sembilan (Penjaga).
- Sedang menuntut di IPT luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Mod Pengajian Sepenuh/Separuh Masa.
- Tidak pernah menerima bantuan zakat pendidikan daripada MAINS sepanjang tempoh pengajian.
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad Pengenalan Pelajar.
- Akaun bank yang aktif.
- Pengesahan bermastautin penjaga di Negeri Sembilan.
- Pengesahan sedang dalam pengajian daripada Pegawai Atase Pendidikan/Universiti/Kedutaan Malaysia di negara tempat belajar/pihak yang berkaitan.
*Dokumen dalam bentuk salinan perlu mendapatkan pengesahan yang sah.
IMBAS KOD QR UNTUK MEMOHON atau layari https://eprihatinzakat.mains.gov.my
5. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik & Kritikal MAINS

- TEMPOH PERMOHONAN: 1 – 23 NOVEMBER 2026
- KADAR BANTUAN: RM500
Syarat-syarat Permohonan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai penyakit kronik dan kritikal yang diperakui oleh Pegawai Perubatan.
- Mempunyai akaun bank yang aktif.
- Keutamaan kepada pendapatan isi rumah D4: RM4,689 ke bawah (B40).
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan (jika berkenaan).
- Penyata Gaji/Pengesahan Pendapatan pemohon & pasangan (jika berkenaan).
- Akaun bank pemohon yang aktif.
- Pengesahan bermastautin di Negeri Sembilan.
- Pengesahan Pegawai Perubatan (bagi tahun semasa).
*Dokumen dalam bentuk salinan perlu mendapatkan pengesahan yang sah.
IMBAS KOD QR UNTUK MEMOHON atau layari https://eprihatinzakat.mains.gov.my
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka bermula: 1 hingga 23 November 2026.
Pemohon disarankan untuk meneliti syarat kelayakan serta menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam poster bagi setiap kategori bantuan.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Bantuan Zakat MAINS
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah teknikal semasa mendaftar, atau ingin menyemak status terkini, anda boleh merujuk saluran-saluran rasmi berikut:
- Sistem ePrihatin Zakat MAINS: eprihatinzakat.mains.gov.my
- Portal MAINS: www.mains.gov.my
- Facebook / Instagram / TikTok: @majlisagamaislamns
- Anda boleh hadir ke Pejabat Baitulmal Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda di Negeri Sembilan jika memerlukan bantuan.
Anda boleh menggunakan Borang Pengesahan Pendapatan yang disediakan oleh MAINS (boleh dimuat turun di dalam sistem ePrihatin semasa memohon) dan dapatkan pengesahan serta tanda tangan daripada Ketua Kampung, Pengerusi JPKK, atau Amil Kariah tempatan.
Layak, dengan syarat anda memenuhi kriteria pendapatan isi rumah pemohon/penjaga dan tidak pernah menerima sebarang bantuan zakat pendidikan daripada MAINS sepanjang tempoh pengajian semasa.
Bantuan akan dikreditkan secara terus (Direct Credit) ke dalam akaun bank pemohon yang aktif seperti yang didaftarkan dan dimuat naik semasa permohonan online. Pastikan akaun bank tersebut adalah atas nama pemohon sendiri dan bukan akaun pihak ketiga.
Permohonan bagi kelima-lima bantuan ini dibuka dari 1 November 2026 sehingga 23 November 2026. Permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.




