Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 2 November 2026.
Minggu ini, terdapat pelbagai pengumuman, bantuan dan kemudahan baharu untuk rakyat Malaysia, antaranya pembayaran SARA Bulanan, SKAS Fasa 3, cuti tambahan Deepavali, pengambilan sukarelawan Penggerak Masjid dan Surau Johor serta permohonan Prasekolah Pusat ANIS. Turut dikongsikan maklumat berkaitan UPKK 2026, Kurikulum Persekolahan 2027 dan Rumah Mesra Rakyat.
Berikut ialah senarai lengkap pengumuman, bantuan, peluang dan info terkini minggu ini supaya anda tidak terlepas sebarang perkembangan penting!

1. SARA Bulanan untuk Bulan November
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan telah dikreditkan pada 1 November dalam MyKad penerima STR yang layak bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan perbelanjaan keperluan harian.
Penerima boleh menggunakan bantuan ini di hampir 15,000 pasar raya dan kedai runcit berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA di seluruh negara.
Menariknya, penerima boleh memilih lebih daripada 140,000 produk dalam 15 kategori barangan keperluan asas, termasuk barangan kebersihan diri dan keperluan persekolahan.
Untuk mengetahui senarai kedai berdaftar, lokasi Rakan Niaga SARA serta maklumat lanjut, anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi sara.gov.my.



Baca : SARA Bulanan 2026 – Semakan Status & Bayaran
2. Program Budi Belia Insentif E-Dompet RM100
Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Belanjawan 2027 memperkenalkan Program Budi Belia bagi mengiktiraf penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan.
Menerusi inisiatif ini, sukarelawan yang melengkapkan jumlah jam aktiviti kesukarelawanan yang ditetapkan bersama NGO terpilih layak menerima insentif e-dompet sebanyak RM100.
Antara platform sukarelawan KBS yang boleh disertai ialah:
- Sukarelawan Rakan Muda
- MYCorps
- MYCorps
- ASEAN Youth Volunteer
- Mobilisasi Sukarelawan Rakan Prihatin
- Mobilisasi Sukarelawan Rakan Bumi
- Program Intervensi dan Advokasi Kesihatan Mental bersama NGO
- Sukarelawan Sukan Negara (SUKMA, Sukan SEA dan F1)
Jom daftar sebagai sukarelawan melalui https://myprofil.iyres.gov.my/ dan bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara!



Baca : Program Budi Belia: Insentif E-Dompet RM100 Belia Sukarelawan
3. Peperiksaan Bertulis UPKK 2026
Calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2026 akan menduduki peperiksaan bertulis pada 2 hingga 5 November 2026 seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.
Pelaksanaan UPKK 2026 melibatkan lima komponen penilaian, iaitu:
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI): 29 Jun – 28 September 2026.
- Amali Solat: 29 Jun – 28 September 2026.
- Pentaksiran Al-Quran: 28 September – 16 Oktober 2026.
- Ithbat KAFA Pratahfiz (IKP) – Hifz Al-Quran: 3 – 6 Ogos 2026.
- Peperiksaan Bertulis UPKK: 2 – 5 November 2026.
Semua calon wajib mengikuti penilaian PCHI dan Amali Solat sebagai sebahagian daripada penilaian keseluruhan.

4. Senarai Mata Pelajaran Kurikulum Persekolahan 2027
Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) merupakan kurikulum baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan menggantikan KSSR Semakan 2017 dan KSSM.
Kurikulum ini memberi lebih tumpuan kepada penguasaan ilmu, kemahiran praktikal dan pembentukan nilai murid, bukan sekadar menghafal teori.
Bagi sekolah rendah, jumlah mata pelajaran khususnya untuk murid tahap awal turut dikurangkan supaya pembelajaran lebih bersepadu dan sesuai dengan perkembangan umur mereka.

Baca: Senarai Mata Pelajaran Kurikulum Persekolahan 2027
5. Pilihan Tempoh Sah Laku Pasport Malaysia
Bermula 2 November 2026, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menawarkan pilihan tempoh sah laku pasport selama 5 tahun atau 10 tahun bagi perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia melalui sistem MyOnline Passport.
Inisiatif ini memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing.

6. Prasekolah Pusat ANIS Selangor
Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) membuka permohonan kemasukan ke Prasekolah Pusat ANIS bagi kanak-kanak berkeperluan khas berumur 5 hingga 6 tahun yang lahir di Selangor.
Prasekolah ini ditawarkan secara percuma kepada kanak-kanak dalam kategori seperti lewat perkembangan (GDD), Sindrom Down dan ADHD.
Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan menyediakan pendidikan khas yang sesuai dengan perkembangan anak, selain membantu ibu bapa mendapatkan sokongan dan kemudahan pendidikan untuk anak istimewa.
Untuk membuat pendaftaran, sila layari pautan https://forms.cloud.microsoft/pages/responsepage.aspx?id=kLfodjqFM0SUd1G735YT0xrD72MWUrBIsExWVuvJmylUNzk5R0VHQ1QxNk1YWFAySzVZRTdIQ0dTRC4u&route=shorturl.

Baca : Prasekolah Pusat ANIS Selangor: Kemasukan Anak Berkeperluan Khas 5-6 Tahun 2027
7. Jawatan Kosong Penggerak Masjid dan Surau Negeri Johor
Permohonan Pengambilan Sukarelawan Penggerak Masjid dan Surau Negeri Johor kini dibuka bermula 1 hingga 15 November 2026.
Calon yang berminat mestilah lelaki, beragama Islam, boleh membaca dan menulis Jawi serta membaca al-Quran dengan baik. Pemohon juga perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM, Sijil 4 Sanawi, SMRA/SMA/STAM atau Sijil Darjah Khas.
Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR untuk mendapatkan borang. Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Kadi Daerah yang dipohon bersama gambar, salinan kad pengenalan dan sijil berkaitan sebelum atau pada 15 November 2026.



8. KPM Umum Cuti Tambahan Deepavali, KPT Benarkan PdP Online
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sempena perayaan Deepavali 2026 untuk semua sekolah mengikut kumpulan negeri. Sekolah dalam Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) mendapat satu hari cuti tambahan pada 9 November 2026 (Isnin).
Bagi Kumpulan B (negeri selain Kedah, Kelantan dan Terengganu), sekolah mendapat dua hari cuti tambahan iaitu pada 9 dan 10 November 2026 (Isnin dan Selasa), kecuali Sarawak yang hanya mendapat satu hari cuti tambahan pada 9 November 2026.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut membenarkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian bagi pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di universiti, politeknik dan kolej komuniti bermula 5 hingga 13 November 2026 bagi memberi kemudahan kepada mereka menyambut perayaan Deepavali.

9. SKAS Fasa 3 Dikrekditkan Pada 10 November
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 10 November 2026 kepada penerima yang layak.
Bantuan ini diberikan kepada anak Sarawak yang mempunyai kad pengenalan berstatus K, beralamat dan menetap di Sarawak serta tersenarai sebagai penerima STR Fasa terkini 2026. Ia melibatkan tiga kategori penerima iaitu isi rumah, bujang dan warga emas.
Penerima boleh membuat semakan kelayakan secara dalam talian menerusi Portal Kerajaan Negeri Sarawak.

Baca : SKAS Fasa 3 – Tarikh, Semakan & Kadar Bantuan
10. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Ada tanah sendiri? Jangan biarkan tanah tu kosong! Korang boleh cuba mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang menawarkan subsidi kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Permohonan terbuka kepada individu bujang atau yang sudah berkahwin dengan pendapatan isi rumah antara RM700 hingga RM5,000 sebulan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
Jadi, kalau ada tanah sendiri dan memenuhi syarat, bolehlah rebut peluang ini untuk bina rumah idaman!

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




