Merit Matrikulasi dikira 100% dengan pecahan formula 90% akademik + 10% kokurikulum. Sistem ini digunakan untuk pelajar seluruh Malaysia bagi kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM.
Bagi pelajar lepasan SPM ataupun calon SPM akan datang, penting sangat anda ambil tahu cara pengiraan merit matrikulasi ini bagi memastikan anda boleh merangka strategi daripada awal untuk memudahkan permohonan anda ke Matrikulasi KPM diterima.
Rujuk info penuh cara kiraan merit Matrikulasi dan strategi masuk Matrik KPM di bawah.
Ringkasan Merit Matrikulasi
Merit Matrikulasi KPM ialah sistem pemilihan berasaskan 90% markah akademik SPM (subjek teras/aliran) dan 10% kokurikulum.
Calon 10A dalam SPM 2025 dapat tawaran matrikulasi secara automatik.
Mata pelajaran yang dikira merit adalah mengikut jurusan.
Pengiraan merit matrikulasi TIDAK SAMA dengan cara kira merit UPU.
Merit Matrikulasi KPM ialah sistem pemilihan berasaskan 90% markah akademik SPM (subjek teras/aliran) dan 10% kokurikulum sebagai cara pemilihan untuk ke Program Matrikulasi KPM.
Merit Matrikulasi KPM dibahagikan kepada dua komponen utama, iaitu 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Ia digabungkan untuk membentuk satu markah merit keseluruhan.
Gred 4 mata pelajaran SPM, ditukar kepada skor (A+=25, A=24, A-=23, B+=22, B=21, C+=20, C=19, dst.).
Jumlah skor MP ditambah kemudian darab 90%.
Mata pelajaran yang diambil kira adalah mengikut jurusan.
Kokurikulum 10% diperoleh dari:
Ranking / pencapaian dalam aktiviti sekolah seperti persatuan, kelab, sukan, dan unit beruniform.
Apabila markah kedua‑dua komponen ini dicampur, sistem akan menyusun calon mengikut tertib merit untuk menentukan siapa yang layak mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM.
Pilih salah satu: Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia
Jurusan Sains Komputer
Mata pelajaran dikira merit:
Matematik
Matematik Tambahan
Sains Komputer
Pilih salah satu: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Jurusan Perakaunan
Mata pelajaran dikira merit:
Matematik
Pilih salah satu: Matematik Tambahan/Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Lukisan/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
Pilih salah satu: Matematik Tambahan/Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Lukisan/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
Pilih salah satu: Matematik Tambahan/Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Lukisan/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
Pilih jurusan dan masukkan gred SPM mengikut subjek.
Kemudian, masukkan juga markah kokurikulum (10%).
Klik Semak.
Markah Merit anda akan dipaparkan.
Strategi Masuk Matrik KPM
Memandangkan persaingan ke Matrikulasi adalah berasaskan sistem meritokrasi, anda tidak boleh hanya bergantung kepada nasib.
Strategi yang betul akan memastikan markah merit anda dioptimumkan sepenuhnya.
1. Strategi Akademik (90% Skor Merit)
Akademik adalah penentu utama merit. HANYA 4 mata pelajaran pengkhususan ikut jurusan dikira dalam kalkulator merit Matrikulasi KPM.
Target A+/A: Untuk subjek yang dikira dalam merit
BM/BI/Sejarah: Pastikan lulus/ gred minimum
Elak B+ ke bawah dalam 4 MP pengkhususan – jatuhkan merit banyak
2. Strategi Kokurikulum (10% Skor Merit) Markah kokurikulum jadi tie-breaker bila akademik sama.
Dapatkan jawatan tertinggi dalam pasukan/kelab
Sertai pelbagai kejohonan/pertandingan sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan
Sebaiknya fokus pada kejohonan/pertandingan yang berpotensi untuk anda layak sehingga ke peringkat kebangsaan – lebih tinggi markah.
3. Pemilihan Aliran Realistik
Manfaatkan kalkulator merit matrikulasi yang disediakan
Pilih aliran yang lebih tinggi merit untuk peluang yang lebih cerah
4. Strategi Permohonan & Rayuan
Uji merit anda dahulu menggunakan kalkulator rasmi KPM untuk pastikan melebihi 90% sebelum hantar dan sediakan dokumen lengkap.
Pilih jurusan berdasarkan jumlah markah merit.
Untuk rayuan, hantar rayuan pada hari pertama pembukaan untuk elak masalah teknikal
Tukar jurusan jika perlu, contohnya dari Sains ke Perakaunan yang mempunyai persaingan lebih rendah dengan kadar kelulusan 80%
Kenapa Keputusan Cemerlang Tapi Tak Dapat Tawaran Matrik?
Keputusan SPM cemerlang tidak menjamin tawaran matrikulasi kerana pemilihan berdasarkan sistem meritokrasi yang berbeza dengan sistem UPU.
Jadi walaupun keputusan SPM anda cemerlang, dapat 7A atau 8A, ia tetap tidak menjamin tawaran matrikulasi KPM.
Pemilihan adalah berdasarkan sistem merit yang mengutamakan markah subjek khusus jurusan, bukan jumlah A sahaja.
Persaingan sengit dengan kuota terhad juga memainkan peranan besar, di mana calon lain boleh mengatasi walaupun keputusan kelihatan lebih lemah secara keseluruhan.
Antara sebab pelajar yang tidak dapat tawaran Matrik ialah:
Kuota jurusan terhad & persaingan tinggi: Untun lepasan SPM 2025, jurusan seperti Perakaunan hanya menawarkan lebih kurang 8,000 tempat, JPPro pula hanya 150 tempat, manakala Sains lebih kurang 20,000 tempat (lebih banyak) selari dengan aspirasi STEM.
Pengiraan merit fokus subjek utama: Untuk Sains, hanya 4 subjek (Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik/Biologi) dikira 90% merit akademik; BM, BI, Sejarah untuk syarat minimum sahaja.
PAJSK (kokurikulum) sumbang 10%: Perbezaan kecil boleh membezakan dalam persaingan rapat.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:
Alamat: Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Apakah subjek yang dikira dalam Kalkulator Merit Matrikulasi?
4 mata pelajaran pengkhususan dikira mengikut jurusan.
Berapakah nilai mata bagi setiap gred SPM?
Apa formula merit matrikulasi?
Merit = 90 % akademik + 10% kokurikulum
Bagaimana cara kira merit matrikulasi?
Merit Matrikulasi dikira dengan memasukkan gred 4 mata pelajaran pengkhususan SPM ikut jurusan pilihan, ditambah markah kokurikulum sekolah (10%). Sistem akan tukar gred kepada skor, jumlahkan, dan keluarkan markah merit automatik. Rujuk kalkulator merit matrikulasi : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/calculator_merit.cfm
Berapakah skor merit “selamat” untuk lulus Matrikulasi?
Tiada had tetap (cut-off) rasmi kerana ia berubah mengikut persaingan tahun semasa. Walau bagaimanapun, skor merit 90% ke atas biasanya memberikan peluang yang lebih cerah.
Bolehkah saya memohon Matrikulasi jika subjek teras saya mendapat gred C?
Boleh, asalkan anda memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan bagi setiap aliran. Namun, perlu diingat bahawa sistem meritokrasi akan mendahulukan pelajar dengan mata gred yang lebih tinggi.