SMPK – Login Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan KPM

SMPK merupakan akronim bagi Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

Secara mudah difahaminya, ia adalah satu sistem pangkalan data yang mengumpulkan informasi pelajar dari pelbagai institusi pra sekollah termasuklah institusi prasekolah swasta.

Data-data ini penting buat kerajaan (melalui pihak Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana ianya memudahkan tugas pemantau dan peninilaian pendidikan di peringkat prasekolah dengan lebih menyeluruh.

Sistem ini bukanlah satu kewajipan tapi setiap guru di prasekolah amat-amat digalakkan untuk mengemaskini segalla maklumat pelajar mereka dengan tepat.

Objektif

Secara umumnya, terdapat 3 objektif utama sistem ini dibangunkan oleh pihak KPM:

  • Membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan bagi pelajar prasekolah
  • Memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat agar ianya mudah diakses
  • Memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana

Kelebihan menggunakan SMPK

  1. Sistem maklumat yang bersepadu dan tepat
  2. Menggantikan sistem merekod maklumat dan data para pelajar secara manual
  3. Mengelakkan ketidakseragaman format kutipan maklumat yang pastinya akan menyukarkan dan menyebabkan kekeliruan di kemudian hari.

Pengguna dan pelaksana

Untuk apakah sistem SMPK ini dibangunkan?

Secara ringkasnya, sistem ini difokuskan untuk pengguna dan pelaksana berikut:

  • Pengguna – Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabaran Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Institusi (Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta)
  • Pelaksana – Prasekolah sekolah-sekolah KPM, Tadika KEMAS, Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Tadika Swasta

Login SMPK

smpk

Bagi pihak-pihak pengguna dan pelaksana yang dinyatakan di atas, anda boleh mengakses sistem ini dengan langkah-langkahh berikut:

  1. Layari layari SMPK di alamat https://smpk.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna dan Katalaluan
  3. Klik pada ikon anak panah untuk login

Setelah berjaya login, anda boleh kemaskini maklumat terkini bagi para pelajar anda.

Manual SMPK

Sila rujuk manual penggunaan SMPK dalam lampiran di bawah:

MANUAL PENGISIAN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) PPD / JPN

MANUAL PENGISIAN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) SEKOLAH

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!