Pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan dan ingin tukar hak milik kenderaan kepada pemilik baharu perlu membuat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.
Bagaimana cara proses buat pemeriksaan PUSPAKOM terkini?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang prosedur, kos dan cara membuat temujanji.
Apakah PUSPAKOM?
Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.
PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.
Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.
Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan
Prosedur Pemeriksaan PUSPAKOM
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.
Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.
BAYARAN FI TUKAR HAK MILIK
Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
- Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Bahagian Pemeriksaan
Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:
- IDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
- CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
- POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
Standard Pemeriksaan
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.
Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan PUSPAKOM di sini.
Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM
Klik sini untuk mencari pusat pemeriksaan_PUSPAKOM berhampiran anda.
Borang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)
Klik sini Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
Klik sini untuk Rujukan
Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM
Berikut adalah info ringkas berkenaan pemeriksaan e-hailing di PUSPAKOM.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pemeriksaan ini, anda boleh memuat turun:
Panduan Pemeriksaan E- Hailing: https://www.puspakom.com.my/…/E-Hailing-BM_2-Julai-2021…
Nota Ringkas Untuk Pemandu E-Hailing:
https://www.puspakom.com.my/…/Slide_Handsout-E-Hailing…
Pemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)
Dapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan fi pemeriksaan hanya RM15.00 sahaja bagi satu item.
Baca juga: MySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen & Roadtax Online
Cara Daftar Akaun MyPuspakom & Janji Temu Online
- Layari portal MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.my
- Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
- Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:
- Account Type samaada Company atau Individual.
- email anda yang sah
- Password dan sahkan Password tersebut.
- Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.
- Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)
- File yang diperlukan adalah
- MyKad pemilik
- Geran kenderaan.
- Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
- Pendaftaran anda selesai.
Maklumat lanjut? Klik sini
Cara Mohon Janji Temu Online PUSPAKOM
- Log Masuk akaun MyPuspakom anda
- Kemudian, pilih TEMUJANJI BARU;
- Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan
- Kategori kenderaan
- Jenis kenderaan
- Kelas kegunaan dan sebagainya
- Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;
- Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
- SAHKAN maklumat janji temu anda;
- SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
- Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut
Baca juga: Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta
SOALAN LAZIM
Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.
Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.
Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PUSPAKOM, anda boleh hubungi saluran berikut:
- Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
- E-mel: [email protected]
- Live Chat di www.mypuspakom.com.my.